Yours truly,

Me Academia

Saturday, September 19, 2020

Kami ke Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Salam,

Pada 11hb September yang lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan telah merasmikan pembukaan bangunan baharu Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan. Perpustakaan tersebut terletak di Seremban 2. Cheh...ada macam pemberita tak sey? Hehehehe....

Seperti biasa, sey kalau bab buku-buku nie memang teruja dia lain maciam sikit. Jadi sey ajaklah my other half dan anak-anak untuk check it out. Lokasi dia kat Seremban 2 aje. Sebab sey pun tak tau kat mana lokasi sebenarnye, maka sey pun dapatkan bantuan pakcik google map. Sey nie memang ke mana-mana tempat baharu pakai google map aje. Tak pakai waze. Sebab sey tak suke 3rd party apps. Lagipun dah terbiasa guna RefDex jadi sey lebih selesa dengan interface google maps. Ok sambung citer. Bila tak tau arah tujunya, dan rely on google maps, jadi ikutlah jalan standard aka jalan jauh. Rupenya, dekat ngan AEON aje haaa...hahahahahha.... Ok Ok. Well at least sey jumpalah banyak tempat-tempat baharu.

Bila dah sampai, parking pulak issuenya. Perpustakaan ini terletak kat bangunan PKNS. So bangunan pejabat. Pejabat Sains kat situ rupanya. Parking percuma, tapi limited. Sey boleh bayangkan ini akan jadi masalah pada hujung minggu atau cuti sekolah. Tapi maybe I spoke too soon. Mungkin sebab baru bukak so sambutan dia luar biasa. Ada basement parking, tapi 95% reserved untuk pekerja, ada 3 4 aje lot parking yang tidak bernombor. Jadi kami pun parking lah. Kami pun masuk perpustakaan dan mula jelajah.



Perpustakaan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah adalah pintu masuk, kemudian koleksi buku dan majalah. Terbahagi kepada dua bahagian. Sebelah kiri dari pintu masuk tu koleksi umum. So kat sini ada fiksyen, bukan fiksyen, majalan, buku-buku khas seperti koleksi Islam, koleksi peperiksaan dan tak ingat hehehehe... Bahagian kedua, sebelah kanan dari pintu masuk tu adalah ruang khas untuk kanak-kanak. Ada ruang smart library, education toys macam lego dan koleksi buku kanak-kanak. Selain tu ada ruang e-sport. Tapi hanya ahli aje yang boleh guna kemudahan di perpustakaan. Tetamu hanya boleh baca buku ajelah.





Di ruang atas adalah koleksi buku-buku rujukan. Ada juga koleksi DVDs. Bahan-bahan di ruang atas nie tidak boleh dipinjam. Kanak-kanak berumur 13 tahun dan ke bawah tidak boleh naik ke ruang atas.

Ruang membaca sangat selesa dan moden, carpeted, lazy boy merata, sofa, wing chair, selain meja dan kerusi. Ruang perbincangan pun ada. Terdapat sebuah cafe di hujung kiri sebelah bawah. Sey ada tinjau kejap cafe tu, ada snack macam roti, sandwich, dan macam-macam jenis kopi standard sekaranglah. 

Ramai juga yang datang. Nampak student pun ramai sebab diorang sibuk mentelaah. Tak sempat interview budak-budak nie, tapi rata-rata nampak budan Econ dan Social Studies. 

Keahlian perpustakaan ini setakat ini mereka kata percuma. Jadi sey pun daftarlah untuk kami bertiga. My other half tak nak pulak. Seorang hanya boleh pinjam 2 buah buku untuk 2 minggu sahaja. Tapi boleh perbaharui tempoh meminjam untuk 2 minggu lagi sahaja. So, secara amnya, kita boleh pinjam buku selama 1 bulan. Kalau nak renew boleh ke library, atau call sahaja.

Sempat miss t pinjam 5 buah buku.



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?