Yours truly,

Me Academia

Saturday, January 4, 2020

So what else you pledge for year 2020: Green bags

Salam,

So today is the 4th day of January and marked the first Saturday of 2020. So what had happened so far?

1st Jan: Celebrate new year with siblings at PD. We agree to make plan for annual family trip, exclude the New Year celebration lah for my brother said he will keep the vouchers for new year eve. So ke mana kita?

2nd Jan: First day of school. And this year only miss t wears the school uniform. I am on leave, but had to go to the office for a quick project meeting. Managed to kemas-kemas my office room a bit. And my next door office neighbour is back.

3rd Jan: Booked myself for a traditional massage at Mesa Mall. Sedapnye.

And I want to story sikit lah about go green thing. As an environmentalist (chewah tetiba), I always have this soft spot whenever I watch videos that relate to environment. The one with a straw stuck in the turtle nose really make me sad. Teruknya lah kita nie. Another soft spot things are videos related to food waste. Giler banyak pembaziran makanan kita nie. Tak gheti bersyukur betullah. Patutlah barang makin mahal. Nie bawang dah naik harga nie. Sib baik kita tak bny makan bawang merah.


OK back to the story. We learned about preserving the environment and safety when we lived in Brisbane.

1. Kat sana, air pun kena kawal. Lebih had, kena bayar bil air. Kalau tak air free je, if you use below the limit. Air dia bukan murah, sekali pakai lebih, bil boleh cecah ratus.

2. Semua barang elektrik diorang ada energy saving sticker. So dah mula congak2 how much energy you can save when you used the electrical appliances. Lagi high energy saver lagi mahal lah barang tu.

3. No plastic bag campaign. They encourage the use of reusable bags. They sell a durable good quality bag for less than 1 dollar per bag. Dah lah durable, cantik pulak tu. Yg jute punya dalam 2 dollars.

4. Seat belts and baby/child car seat. Compulsory. Kau nak bagi duit kat government diorang silalah tak pakai seat belts dan car seats. Seat belts bukan driver aje tau, semua passenger, depan dan belakang. Lepas tu kalau infant lain car seat, toddler lain car seat, dah besar sikit, 4 hingga 6 tahun selagi kepala anak kau tak lepas tingkap bila tengok dari luar, kena duduk booster. Kalau tak sediakan duit, bayar je saman (sarcastic). Polis diorang memang merata-rata.

OK since skop harinie pasal preserving environment and safety, aku tak nak citer lain lah ye. Kang panjang pulak post nie.

Mind you, nie aku cakap masa kitaorang mula2 sampai in 2007. That was 13 years ago. 13 years ago man.

OK, bercakap pasal environmental preservation nie, aku nak share satu benda lah. Kali pertama aku pakai green bag adalah semasa bermastautin di bumi Brisbane. Masa tu semua tempat encourage penggunaan bag sendiri. Tapi takde pulak diorang kenakan kos jika kau nak pakai plastik. Aku tertarik dengan kempen diorang, sikap rakyat mereka sendiri dan sokongan yang mereka bagi ke arah pengurangan beg plastik ini. Beg-beg guna semula dijual dengan harga yang murah, all sort of bags, trolley bag, carry on bag etc. Lagi satu, bila kau bawa beg, diorang akan pack barang kau beli tu untuk kau. Tak macam kat sini, bila hari tanpa plastik tu, terkial2 lah kau pack barang sendiri. Cashier kat kaunter tu keje scan aje. Atau worst, dia sumbat semua benda dalam plastik yang besar atau dalam green bag kau tu. Setakat ini aku puas hati lah dengan Jaya Grocer, sebab perkhidmatan diorang hampir sama dengan pasaraya Woolie dan Coles kat bandar sunshine tu. So dah terbiasa dengan tabiat bawa green bag sendiri, kami memang beli banyak green bag ini dan bawa balik Malaysia. Ada juga kirim kat kawan yang bercuti ke negara kangaroo tu. Setakat ini spare bag masih ada lagi.

OK berbalik kepada perkara environmental preservation nie, aku up sikit usaha pengurangan beg plastik dengan beli mesh bag, beg putih dalam gambar bawah nie lah.




Nie untuk menggantikan beg plastik yang nipis untuk bungkus sayur, buah, bawang, etc. Setakat ini aku pernah pakai kat Jaya Grocer je. Belum cuba kat pasaraya lain. Yang best beg nie, bila sampai rumah, kau tak perlu ganti2 beg atau keluarkan barang2 daripada beg tu. Terus aje masuk dlm fridge atau freezer. Nak basuh pun senang. Kat mana aku beli? Ala kat Lazada je. Ada banyak jenis orang jual kat Lazada tu. Yang aku beli nie, 12 beg, 3 saiz, RM20. Damn cheap. Tapi skrang dah tak dapat RM20.

Aku rasa tiba masanya ada mesin penimbang kat cashier, macam kat sana. Semua dah pakai barcode sekarang, so dah boleh buat single point POS dah. Tak perlu lagi ada stesen penimbang. Jadi bila orang nak guna beg sendiri, takde lah isu dia menipu/mencurik ke lepas timbang sebab barang akan ditimbang di exit iaitu cashier.

OK, sekian sahaja karangan aku harini.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?