Salam,
Aku buat apa yang aku suka. Salah satunya mencuba kopi dari kedai-kedai baharu, atau mencuba jenis minuman kopi baharu. Aku mula minum kopi nie semenjak bergelar mahasiswa. Dan rasanya atas dasar peningkatan umur juga bila taste bud kau dah mula suka pada kopi. Air teh, ok lah, tapi rasa kepuasannya tak sama dengan minum kopi. Daripada kopi kampung yang dijual di restoran, tak kisah lah di kopitiam ke, di restoran biasa ke, di stesen petrol ke, sehinggalah ke tren kopi hipster nie. Sekarang nie cafe atau coffee bar memang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tapi ada tu rasanya sama aje. Aku dah nampak macam franchise je, atau supplier yang sama, cuma nama outlet berbeza. Biasalah strategi pemasaran zaman skrang nie.
OK, apa yang aku cari dari secangkir kopi? Rasa sudah tentu keutamaannya. Jenis biji kopi, cara dipanggang boleh beri rasa yang berbeza. Bukan takat rasa, bau pun berbeza. Kemudian cara penyediaan dia pun penting. Kalau kurang kopi, atau tak cukup panas, memang kill my taste bud lah. Atau terlalu manis. Pilihan kopi aku mestilah lebih rasa kopi aka pahit dan kurang rasa manis aka sirap atau gula. Kecuali memang minta kopi yang ada caramel. Tak suka sangat kopi yang manis, tapi, kopi kampung kalau tak manis tak boleh, sebab nanti rasa akan melekat kat tekak. No no no.
OK, semenjak beberapa tahun kebelakangan nie, aku suka rekod pengalaman kopi aku. Aku siap ada album khas di facebook untuk menyimpan momen indah ini, kununnya perjalanan kopi ku. Album tu ku beri nama "My Happy Bean Journey." Hah, kelas. Ok hasil penyelidikan kopi yang tidak dibiaya oleh sesiapa kecuali aku, berikut ranking kopi yang pernah aku minum.
No. 1: Ginger coffee - Trung Nguyen Ho Chi Minh.
Semasa lawatan kerja aku di Ho Chi Minh (HCM), aku pun cubalah kopi Vietnam nie. Orang kata kalau pergi Vietnam tak rasa kopi dia memang tak sah. OK selain makanan dia yang sedap, bandar Saigon ini juga menyediakan kopi yang sedap. Trung Nguyen nie salah satu kedai kopi yang tersangatlah popular di HCM, dia popular sampaikan setiap blok di bandar tu mesti ada 1 outletnya. Dan setiap outlet dia memang ramai orang. Jadi selain cuba kopi vietnam dia, ada colleague recommend kopi halia nie. Sikit je, macam 1 shot. Tapi rasanya, perghhh.... mmg sedap. Sib baik dia hidang sikit, sebab lepas minum tu terasa badan panas, dan kau segar berjam-jam hahaha....
No. 2: Kopi Power Manshor - Kopi Manshor Jr. atau Kopitiam Manshor.
OK, yang ini dekat, dalam Malaysia je. Dan yang best sekali kek kampung den. Kopi dia nie memang lain dari yang lain, kalau yang belum cuba tu, pergi lah cuba. Pastry dan kek dia pun sedap. Sup kambing dia pun power. Cuma orang agak ramai juga lah. Walaupun ramai, tapi servis dia ok. Tak lama lah menunggu. Cuba kopi power dia tau, dalam gambar nie cawan yang kopitiam tu. Masa mula-mula pergi, my other half dah suruh order kopi power tu, kita dok fikir power nie apa ekk, ada tongkat ali ke, tak mau lah. Tu lah sombong, tak nak tanya my other half. Malu bertanya sesat jalan, memang nyesal betul. Lepas tu bila repeat, aku tak pandang dah kopi lain. Adoi...terngiang2 kopi nie kat tekak, dah lame tak rasa nie.
No. 3: Nitro Cold Brew, Coffee Bean and Tea Leaves.
No. 4: Maru latte at MyNews.com.
Si petite maru nie berada di tangga ke 4 carta aku. Apa yang buat aku puas hati dengan Maru nie ialah bau kopi dia yang segar. Dan panas-panas. Dari MyNews.com ke rumah masih lagi panas kopi nie. Dan rasa kopi dia memang tak shy-shy lah.
Si petite maru nie berada di tangga ke 4 carta aku. Apa yang buat aku puas hati dengan Maru nie ialah bau kopi dia yang segar. Dan panas-panas. Dari MyNews.com ke rumah masih lagi panas kopi nie. Dan rasa kopi dia memang tak shy-shy lah.
No. 5: Irish Nut Creme Gloria Jeans.
OK antara Starbuck, CBTL dan GJ nie, kalau nak tau pilihan aku sudah tentu aku akan pilih CBTL dulu, kemudian Starbuck dan akhir sekali GJ. Kopi GJ nie tak cukup strong, tak rasa kepahitan kopi tu, walau aku minum black coffee. Kalau nak bersosial ok lah GJ atau bila takde pilihan lain aku boleh je masuk GJ nie, tapi kat sini aku akan order Irish Nut Creme je. Sebab apa aku suka, sebab rasa nutty dia yang enak, dan ia tak terlalu manis.
OK, so ini ranking 1 hingga 5 aku. Kopi lain yang sedap adalah Kluang Station. Nie kopi yang aku rasa hampir sama dengan kopi vietnam.
Kalau dirumah, pagi-pagi aku tak miss minum essenso, need to have some caffeine in my blood. Petang aku minum arissto coffee. Kopi lain Aik Cheong dan 434. Basically, aku tak kisah minum kopi, I am ready to experiment. Kalau tak minum kopi rasa macam tak lengkap. hahahahaha...
Ini semua pendapat aku ye. Kalau you all ada pendapat lain tak ape, masing-masing punya tekak kan.
So sekian sahaja.
Spread the love
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?