Yours truly,

Me Academia

Tuesday, July 14, 2020

Back to school, new norm vs new normal

Salam,

Sunyi je rumah petang nie. Sorang kat meja makan tengah siapkan kerja sekolah yang tiba-tiba menimbun. Dari minggu lepas siapkan keje lagak student uni sibuk nye. Bagus gak takde lah dia sibuk main game je keje.

Sorang kat atas tengah siapkan tugasan kolej. Sekali 3 tugasan madam bagi kat dia semalam. Tu tengah cakap sorang2 mengarang ayat. Bagus gak takdelah dia sibuk melukis je keje.

Si abahnye pun sibuk kat atas, membaca kalam. Mata dah mulai rabun, kala membaca, cermin mata bertenggek dihidung.

Esok dah mula sekolah. Baca SOP yang sekolah sediakan, nampak kemas dan teratur. Parents juga diminta untuk buat tempahan makanan untuk seminggu, makanan di kantin sekarang secara make-to-order. Norma baharu. Tiba-tiba teringat tuck shop kat Ironside state school.

Jumpa buku nie di used bookstore, perrghhhh harganya jgn tanya..... barang rare dah... ada sape2 yg kumpul? Buku RAM pun kalau jual used harga tak turun. Bertuah ler collectors RAM hehehe....




Hlovate, dah tulis 8 buah buku. Brader kedai buku bagitau Hlovate dah tak tulis, semenjak dah habis belajar dan sudah mula profesion sebagai seorang doktor. Dari cara cakap brader nie Hlovate nie penulis yang hebat. Tapi sey tak pernah dengar pula, takde kawan-kawan sey yang share pasal penulis ini. Mungkin sebab bukan generasi sey. Sey pun masuk goodread tengok rating Hlovate, wow boleh tahan. Balik rumah bila tanya miss y, dia pun tak pernah dengar. Tak apelah, biar sey explore dulu.

Esok dah mula bersekolah balik. Macam awal tahun je rasa. Baju, kasut, miss t pun dah tukar baharu sebab tak muat. Memang dah makin tinggi miss t nie.

New norm ke new normal? Rupenya dua-dua betul, cuma penggunaan yang berbeza.



Spread the love

yours truly,

Monday, July 13, 2020

Sambal tolo itik

Salam,

Harinie sey bercuti kerana menguruskan kemasukan anak ke kolej. Alhamdulillah miss y dah masuk kolej, maka bermula life dia sebagai pelajar kolej. Harini dah mula kuliah pertama. Kuliah masih berjalan secara dalam talian. Dapat offer letter Jumaat, kelam kelibut juga. Asalnya nak mohon untuk masuk intake September. Tapi kolej dah proses takpe lah, mula terus. Lagipun miss y tak buat apa-apa, asyik melukis aje keje nye...hahahahaha

Sempatlah sey masak sambal tolo itik. Tolo itik fresh beli daripada sahabat masih berbaki 5 bijik. Minggu lepas dah buat masak kuning, takkan nak masak kuning lagi. Kite buat sambal aje. Sey pakai pes sambal maggi je, sonang kojo den, tambah bawang, asam jawa, kecap manis dan garam.





Miss y online class pagi tadi. Application, document sume submit online, tak perlu ke kampus. Tunggu nak buat medical checkup sahaja. 



Spread the love

yours truly,

Saturday, July 11, 2020

Trying to recreate the CBTL's savoury scones

Salam,

On last Wednesday, my other half and me had coffee at CBTL. Our first coffee date at CBTL since MCO started and ended. I love CBTL because of the nitro latte/coffee, and the food and the cakes. So on that day, I tried their new coffee selection, mocha coldbrew and nitro. And I had their savoury scones too. Never saw the scones before. And it was so good. So today I've decided to recreate the scones. I used cupcake jemma's recipe, the recipe that I have tried. Read here. I just add beef bacon and chives and a little bit of spring onion from my small herb garden. 




So we had the scones for dinner. I cooked scrambled eggs, beef bacon and grilled vege. Kinda breakfast for dinner thingy. Another scones project achieved. Yeihaaa.....




And for tea, again I baked that pretty marble cake again. This time I made simple design, a spider web design. I like playing with colours. And for recipe, read here. I am happy with today's result because I used a round pan instead of the square one like last one. 









Itik Mashtar, the famous Sg Ramal salai house has open a branch in Nilai. We went there for lunch today.


Spread the love

yours truly,

Friday, July 10, 2020

Express dinner: Ayam bakar macam pizza hut lah

Salam,

Malam tadi sebelum tido, sey marinate chicken drummet nie. Beli kat Mydin Mall Senawang. Simple marinate, oyster sauce, hoisin sauce, black pepper, dan seasoning lain. Nak habiskan hoisin sauce. Tadi sambil goreng nasi goreng cina, sey bakar ayam. Masakan mudah, pantas dan mengenyangkan.





Spread the love

yours truly,

Thursday, July 9, 2020

Express dinner: Roti telur dan tuna

Salam,

Petang tadi briskwalk dengan rakan sepejabat. 1st briskwalking for this year, tertangguh sebab MCO. Briskwalking dalam kampus. Sampai rumah tadi perut dah lapa, mula merancang nak masak apa yang pantas. Jadi buat lah roti telur dan tuna nie.

Sey buat style roti john, tuang bancuhan telur atas pan, kemudian tampal roti atasnye, kemudian tuang lagi telur. Untuk anak-anak sey tambah mozzarella cheese, mau kasi effect tarik-tarik tu.







Menu 30 minit siap. Sey post ke FB, ada rakan-rakan yang tanya cukup ke makan tu aje. Sey cakap cukup lah, malam-malam memang tak makan banyak. Lagipun tengahari tadi dah bedal sotong goreng kunyit kat Nasi Dulang Sg Ramal. Kenyang sampai ke malam.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, July 8, 2020

From my bookshelf: Baca semula 7 hari mencintaiku 2

Salam,

Drama 7 hari mencintaiku 2 sedang ditayangkan di TV3. Hari ini dah episod ke 5. Drama yang ditunggu-tunggu. Dan sempena drama tu juga, sey baca semula buku nie. Kali pertama baca pada 2018, beli masa cetakan pertama lagi. Sey memang peminat novel tulisan Siti Rosmizah. Follow juga update novel terkini. Cuma kalau baca kerap sangat, kite akan hilang minat, sebab ada masanya rasa jalan ceritanya sama je. Jadi kena baca jarak-jarak sikit buku SR nie. Buku SR yang sey mula baca ialah Andai itu takdirnya. Giler kejam wey...hahahahaha... Jalan cerita SR macam tu lah, kalau tak perempuan yg bernasib malang, si lelaki yang bernasib malang,

OK berbalik kepada buku ini, drama yang sedang tayang nie, setakat nie nampak drama follow novel. 

OKLah, korang tengok lah sendiri drama tu, jam 7 petang Isnin hingga Khamis. Tapi sey tengok kat utube aje, tak dapek nak tengok petang2 tu time maghrib pulak...kenapalah TV3 nie tayang drama petang2 camtu.






Spread the love

yours truly,

Friday, July 3, 2020

Cuci tub mesin basuh

Salam

Pernah tak cuci mesin basuh? Haa belum pernah ye? Nie sey nak kongsi, mesin basuh sey kat rumah tu sudah menjadi penduduk tetap selama 10 tahun. Lately, sebenarnya bukan baru gak ler, rasa dah tahun lepas, ke tahun sebelum nie. Lupe, sebab masa kan berlalu dengan pantas. Sey sedar habuk melekat kat baju tu kira lama juga ler. Sebelum nie sey pakai dynamo, kan kalau dynamo tu bau wangi kan, pastu tu dah mula bau masam. Tahun lepas sey tukar top pulak, sebab bonda sey dah pakai top juga dan baju dia bau wangi je. Jadi mula-mula sey tukar ke jenama top tu, baju yang kering bau sedap je. Tapi habuk yang melekat kat baju masih ada. Bulan lepas sey dah mula rasa kurang segar. Sey cakap, tak boleh jadi nie, mesti tub dah kotor nie. Jadi mulalah operasi sey mencuci tub mesin basuh nie.

Sey pernah sekali guna fungsi tub clean yang ada kat mesin basuh. Tapi sey buat tak habis, sebab nie dia dok tadah air je kejenye, bila nak habis. Tulah tak nak study betul-betul. Manual pun ntah ke mana perginya, dah 10 tahun kan. Cari-cari bahan kat online untuk model mesin basuh tak jumpa pulak. Sey pun tengok aje lah camne orang cuci tub. Rupenya kalau guna tub clean tu memang lama, makan separuh hari perrghhh.... lepas dah study tu sey jadi malas. Tapi sebab baru-baru nie baju dah mula tidak bau wangi, dan miss y kerap pulak naik ruam kat kulit, dia nie memang kulit sensitif sikit, maka, sey buat telahan semula. Kalinie terjumpalah video camne nak cuci tub. Rupenya pakai sabun khas, lagi senang. Ramai recommend sabun yang jual kat Daiso, tapi sey tak ke Daiso, jadi sey beli online.....dulu...... tapi projek mencuci tu mula bila sey terjumpa sabun kat Daiso. Sabun yang beli online pun tak sampai lagi.

Maka, hari Isnin yang lepas, sey pun mulalah projek mencuci tub. Follow instruction betul-betul, nah...gambar bawah nie hasil selepas 2 jam. Eeeeiiiiiii......




Sey beli sabun nie kat Daiso, RM5.90. Pakai 1 bungkus habis, mesin sey 6.0 liter.


Dua sabun nie sey beli online. Boleh lah repeat cuci lepas 3 bulan nanti (ikut arahan cuci setiap 2 bulan).


Oleh kerana ini pertama kali sey mencuci tub, kalau ikut arahan biar rendam 4 jam ke atas. Elok semalaman. Tapi oleh kerana esok paginye sey ada sebakul baju nak basuh, dan taknak kalut mencuci tub tu pagi-pagi buta, jadi sey rendam 5 jam aje. Dia punya bau perrghhhhhh....

Memang banyak kotoran keluar. Sey cuci 1 complete cycle, plus 1 kali wash n spin. Sebab banyak sangat. Itupun dah puas lap. Lepas dah settle tu mesin basuh memang nampak bersih berkilat. Waalah....settle satu isu. Lepas basuh baju ada juga kotoran yang lekat kat baju, tapi sikit sangat. 3 bulan nanti kite cuci lagilah.
 


Spread the love

yours truly,