Yours truly,

Me Academia

Tuesday, April 3, 2012

Aiskrim Malaysia

Atas permintaan yaya, ahad baru nie, buat aiskrim malaysia dengan yaya dan adik. Nie pun sebab suatu hari, yaya minta izin untuk beli aiskrim malaysia. Yaya tanya macam nie,


Yaya: Mama, boleh tak kakak beli aiskrim yang panjang-panjang esok.
Mama: Aiskrim yang panjang-panjang.
Yaya: haah, aiskrim tu dalam plastik, lepas tu macam-macam warna.
Mama: ooooo aiskrim Malaysia...
Yaya: Aiskrim Malaysia? (muka pelik)
Mama: Tak payah la kakak, kita buat sendiri aja.
Yaya: Boleh ke kita buat sendiri?
Mama: Boleh....mama jumpe plastik aiskrim tu kat kedai, nanti Mama beli.
Yaya: Macam mana nak buat aiskrim tu?
Mama: Kita letak la air, macam-macam, sirap boleh, milo boleh....
Yaya: Ye ke (muka sangat teruja)

Jadi, Jumaat yang lepas, kita pergi la beli plastik, air kotak milo dan laici.
Hari Ahad petang operasi di mulakan. Itupun hampir terlupa sebab nak mandikan budak bulu 3 ekor tu. Nasib baik yaya ingatkan.Ala bukan susah pun, air pun dah siap bancuh, tunggu tuang, ikat dan masuk ke dalam freezer. Siap...besoknya si yaya dan adik dah makan.

Masa buat aiskrim tu, teringat dulu masa kecik-kecik, saja ambil peluang belajar berniaga. Mak dah siap beli plastik, dan macam-macam kordial. So buat la aiskrim perisa milo, sirap, asam boi dan anggur. Lepas tu jual kat kawan-kawan yang main di taman permainan seberang jalan. hehehehhehe... tak serius pun, saje-saje
:D




Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?