Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Wednesday, September 16, 2020

Selamat Hari Malaysia - Cuti-cuti di rumah saje


Salam,

Selamat Hari Malaysia. Bila hari Malaysia diisytiharkan? Haaa mesti ramai yang tak tau kan. Sey pun agak-agak tahu, mujur hari ini nampak poster nie. Haa boleh lah baca. Ingat tarikh penting ini, 16 September 1963.




Tahun ini, sambutan Hari Malaysia jatuh pada tengah minggu, iaitu hari Rabu. Maka kami memang rancang duduk di rumah sahaja. My other half pun standby untuk ziarah pakciknya yang sedang tenat. Lepas zuhur tadi meninggalnya. 

Maka duduk di rumah masak sahaja. Lagipun stok makanan banyak yang nak dihabiskan. Bawang merah pun ada 2 buntil. Telur itik, telur asin. Allahuakbar. Telur itik tu sey beli sebelum hari merdeka haritu. Baru harinie dapat menggulai. Tapi dah tak fresh, jadi tak cantik kejadiannya. Haritu beli 10, 3 biji dimasak dengan nasi goreng, masa tu cantik lagi. Tinggal 7 biji nie, tadi pecah semua, semua pecah sebab dah tak fresh. Dapat 3 aje yang kuning dia ok sikit. Yang tak cantik tu sey simpan, esok2 boleh buat telur dadar atau pecah dalam mee atau nasi. Simple je lauk tengahari kami harinie.



Lepas settle solat, sey pun rajin nak baking. Mula-mula ingat nak buat Taisan chiffon cake. Tapi teringat yang sey ada lagi 1 tub sour cream. Baik habiskan tu dulu. Maka, apa lagi nak ku buat, sour cream butter cake lah.


Oh ya, periuk Crofton yang order dah sampai. Akhirnya, alhamdulillah. 3 bulan tunggu. Itupun ambil sendiri kat PS sebab tak sabar dah, tak sanggup nak tunggu lama-lama. Alah lagi pun dekat je rumah PS nie. So sey rasmikan dengan masak maggi....hahahahahha.... kan main gah peristiwa perasmian itu. Jadilah kan, sebab dapat pun dah petang. nie pun nak masak petang. Nanti satu hari sey masak casserole.


Tengahari tadi miss t ada discussion dengan classmate dia, jadi petang sikit sey gi jemput dia. Tapi sebelum tu sey singgah lah family mart dekat rumah nie. Nak beli onigiri untuk makan malam, dan beli Sofuto basque burnt cheese cake nie. Alahai, rasa macam brown sugar aje nie. 




Sedap lagi yang cokelat punya.


Spread the love

yours truly,

Monday, August 24, 2020

Peanut butter glaze brownies and Korean cream cheese garlic bread

Salam,

Semalam rasa nak baking. Bahan-bahan pun dah lame sey beli. Kang lama-lama takut rosak, dah ler beli cokelat premium. So sey buatlah brownies guna resepi Brownies Kedut Cik Semah. Dah lama sey guna resepi hamba Allah nie, terima kasih lah che semah kerana share resepi. Resepi brownies nie memang mudah dan pasti jadi. Hasil dia memang puas hati, dengan kedutnya, dengan gebunya, dengan rasa cokelatnye. Bila pakai bahan premium lagi sedap. Lepas tu boleh cuba guna cokelat Callebaut. Cuma nak kena study Callebaut apa yang paling OK guna untuk buat brownies.

Asalnye sey nak buat simple brownies aje. Tapi miss y minta buat peanut butter glaze. Maka dengan kreativiti dan inovasi sendiri sey buat lah brownies half-n-half. Ada whipping cream lebihan burnt cheesecake haritu sey campurkan sekali dengan Reese's peanut butter chips.




OK, sey copy n paste dan edit sikit resepi daripada tuan tanah.


Brownies kedut cik semah

Bhn A (double-boiled)
400 gm dark chocholate compound
150 gm butter 

Bhn B
200 gm brown sugar
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
(gaul sebati semua bahan-bahan nie)


Bhn C
100 gm self-rising flour
1/2 sudu kecil baking powder (*tak pakai sebab guna self-rising flour)
1/2 sudu  kecil soda bikarbonat
30 gm serbuk koko 
(ayak semua bahan nie)


Cara-cara:
1. Setelah Bhn A suam-suam kuku, campurkan ke dalam Bhn B. Gaul rata sehingga gula larut.
2. Kemudian campurkan Bhn C sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
3. Dah sebati masukkan adunan ke dlm loyang 10'×10'. Saya alas dengan baking paper sebab nak senang keluarkan daripada loyan nanti.
4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 minit.
5. Glaze lah kalau perlu. Macam saya harinie glaze dengan peanut butter + whipping cream sikit.

Tips daripada tuan tanah:
#gula tu nk letak 100g gula castor + 100g brown sugar pon boleh...
#Ada jgk petua suruh jgn keluarkn dlu brownies tu dr oven lps masak..biarkan sejuk dlm.oven selama 15-20 minit...nti akn kelihatan kedut & jd retak2 ...tp brownies yg sy buat ni..kedutannya mmg dh nmpk time bakar lg..& sy xtggu sejuk.baru keluarkn..hihi..sy sejukkan kt luar.





Pagi semalam pergi AEON beli barang dapur. Ternampak Korean cream cheese garlic bread kat La Boheme. Bulan lepas kan main viral roti nie. Nak buatnye renyah, bahan-bahan nak buatnye pun banyak. Kena pulak stok cream cheese kat Nilai nie seperti biskut chipsmore, tak payah lah sey nak membuatnye. La Boheme pun jual murah aje, RM5.50 sebiji, kalau bila dua RM10. Jadi sey pun belilah tiga..hahahahahah.... untuk dinner semalam. Alah macam garlic bread aje, cuma ada cream cheese. Takdelah craving mana sangat.






Spread the love

yours truly,

Sunday, June 28, 2020

Hum hum Hummingbird cake

Salam,

Sementara mood membaking sey masih ada, petang tadi sey membaking lagi. Sebenarnya sey plan nak buat sour cream butter cake, dah beli 2 tub sour cream. Lepas tu terpandang pisang yang tergantung kat dapur nie haaa, dah nak masak, tapi takde orang nak makan. Biasanya miss t akan makan pisang 1 hari 2 kali paling kurang. Tapi minggu nie mungkin sebab macam-macam buah ada kat rumah nie, pisang itu dipandang sepi. Sey ada rancangan nak buat kek hummingbird, dah siap beli nenas dalam tin, cuma belum bertemu jodoh dengan cream cheese untuk buat frosting. Lagipun kakak sey kata nak singgah rumah ahad nie, jadi bolehlah nanti makan kek untuk minum petang. Sekali dia tak jadi datang lah pulak.

Pagi tadi pun sey bawa miss y dan miss t shopping baju. Masing-masing baju dah tak muat. Sebelum tu masuk Daiso dulu. Bila dah masuk Daiso, tau-tau aje lah, bukan boleh kejap-kejap. Tu mujur cepat sedar diri...hahahahahha....Mula-mula rasa cam dah penat, malas pulak sey nak buat kek. Scones semalam pun ada lagi. Kakak sey pun tak jadi datang. Sey kata dalam hati, nie kalau masuk market takde cream cheese memang sey tak buatlah kek. Sour cream tu lambat lagi expired. Pisang yang sey fokus sekarang, kalau ada cream cheese, kita buat hummingbird, kalau takde kite buat cekodok aje. Malas sey nak buat kek pisang walaupun mudah aje nak buat. Sekali memang jodoh sey dengan cream cheese tu ada, cuma bukan cik philly, tapi encik paul. Tartura ada tapi sey tak suka texture tartura. Paul nie macam philly sikit, makanya, masuk dapur baking lah sey.

Sebelum tu, sey kemas almari pinggan mangkuk dulu, ye lah dah beli barang-barang kat Daiso kan. Pukul 4 camtu baru sey mula buat kek. Sey salah bajet, ingat boleh bakar 30 minit. Sebab sey ikut resepi Joyofbaking, dia bakar 30 minit je, tapi sey ikut sukatan resepi yang ini, which is liquid dia lagi banyak daripada Joyofbaking. Patutlah dalam resepi tu dia cakap bakar 1 jam, kau yang degil gi bakar 30 minit. End up sey bakar 1 jam 10 minit sebab api dapur sey dah tak panas, gas nak abis. Cepat pulak gas kali nie habis, baru 2 bulan, PKP punya pasallah nie. Kalau tak boleh tahan 6 bulan.

OK sambung citer. Mujur kek masak, Alhamdulillah. 5.30 baru siap bakar, dan baru nak buat frosting. Kul 6 my other half dah tanya, mana keknye nak makan nie. Aduh... kek tak cukup sejuk lagi tapi sey salut frosting. Pulak tu frosting sey tak cukup halus sebabnya icing sugar sey tak cukup, sey tambah caster juga yang sey dah bled halus, tapi still tak cukup powdery. Makanya frosting sey ada rasa berpasir sikit lah.



Resepi nie manis juga, next time sey buat kena kurangkan gula lagi. Sebab nenas tu dah manis. Frosting tu pun mujur sey kurangkan gula, sebab gula ising tak cukup kan. Next time kurangkan gula lagi ye. Resepi nie boleh makan untuk 12 orang. Kalau sey nak baking kek nie lagi kena tunggu occasion lah. Tak larat wey nak makan berulang. Sedap makan sekali aje.



Add caption







Dapat juga sey merasmikan mixer baru sey tadi, buat cream cheese frosting. Maka, selesailah sudah projek membaking sey untuk minggu nie. 

Scones ✔
Hummingbird cake ✔

Miss t request pavlova lah pulak. Sey bukan tak nak buat, pernah buat, tapi bukan favourite orang dalam rumah nie. Masa tu miss t kecik lagi. Nanti sey carik resepi yang guna bahan sikit aje. Orang dah minta, kite cuba buat.



Spread the love

yours truly,

Monday, June 22, 2020

Dari durian ke BCC

Salam,

So minggu lepas agak sibuk kerana minggu terakhir kuliah. Minggu ini minggu akhir perkuliahan. Macam-macam deadline student perlu kejar. Sey pula sibuk sebab nak menyediakan bahan-bahan penilaian juga. Sementelah semuanya perlu dilakukan secara dalam talian, daripada kuliah, tugasan hingga ke penilaian kursus, banyak perkara dan panduan perlu disediakan. Pendek kata penyediaan bahan dalam talian adalah lebih cerewet dan lebih banyak dan terperinci berbanding dengan perkuliahan secara konvensional. Tambahan lagi ini merupakan kali pertama sey menyediakan bahan 100% online. Macam-macam perkara perlu disemak. 

OK udah lah cerita pasal kerja.

Kite cerita pasal kehidupan. Sekarang nie musim durian, deghian orang kampung sey cakap. Merata-rata ada je orang jual deghian. Laluan sey pergi dan balik kerja memang nampak lah orang jual durian di kira kanan jalan. Tapi nak berhenti untuk beli, sey nie bukan pandai sangat. Pandai makan je. Dulu harapkan deghian dari dusun mak di kampung dan kebun abah. Tahun nie macam takde rezeki, ialah dengan PKP lagi, pokok tak berjaga dan dah tua. Bukan nak jaga pokok tu, jaga atau tunggu durian jatuh. Kalau dah jatuh tak pergi ambil, nanti ada lah yang datang ambil tu. Sey pun skrang dah tak mencari deghian sangat, kalau ada ada lah. Tapi minggu nie, sey memang geram. My other half ada makan-makan dengan adik beradiknya. Sey tak dapek poi sebab kemas rumah bonda, rupenya diorang menjamu durian. My other half balik siap sendawa durian kat sey. Adoiii tak aci betul. Jadi, sementara ada kek Ampangan hujung minggu nie, sey pun ajak dia carik durian. Sey nie tak kisah pun durian apa, durian kampung pun cukup dah. Takdo lah sey nak carik durian yang mahal-mahal tu. Simple je sey, anak kampung kan...chewah done done cakap anak kampung. Yang sey tau durian isi putih dan kuning. Itu je...hahahahha... bab lain, jenama lain, musing king ka, udang merah ka, lobster ka, ketam ka, sey tak tau dan tak mencari. Kalau ada orang bagi sey ambil...hahahahah... Makanya, dapat lah sey borang durian semalam. Puas hati makan durian tu. Sendawa dan kentut pun bau durian...melampau nie.

Kisahnya pulak, miss y nie tak makan durian. Bau durian pun dia tak suka, dia kata pening. Alahai, sorry lah. Soalnya kat rumah nie, ada 3 orang antu durian. Tapi kalau durian tu dibagaikan, dia makan pulak. Macam-macam.




Perghhh sedap tul durian nie.....


Hujung minggu nie memang penuh aktiviti makan. Sey ada order burnt cheesecake dari my SIL. Dia buat untuk niaga. Sey beli kuih bakar juga. Sedap kuih bakar dia macam orang dulu-dulu buat. Bonda dan makcik sey pun suka. Patutlah selalu closed order. Semoga terus berjaya sis.

Masa ambil burnt cheesecake dan kuih bakar tu, dia bagi sey makan burnt cheesecake durian dia. Perghhhh... masa nie sey belum makan durian lagi, ekpedisi mencari durian belum berlaku hahahha....
Dia baru nak cuba-cuba, tapi tak tau nak jual berapa. Payah juga nak bisnes nie ye, nak pikir nak jual berapa lagi. Uiikksss

Miss y dan miss t tanya, kenapa sey tak buat sendiri burnt cheesecake nie. Sey kata, ala dah ada orang buatkan, kite order aje lah. Ntah, sey macam tak rasa nak cuba buat cheesecake nie. Tak tau tang mana yang kurang menarik. Skrang nie teringin nak buat hummingbird cake dan cinnamon rolls.


Dah ada kek Ampangan tu, apa lagi, kite sarap kek tompek favourite ler.... sik-lem-ter-gor-sam-bil kawin dengan pulled-nescafe. Alhamdulillah. Lama sungguh tak sarap kat tempat nie. Kat mana?..rahsia...nanti orang serbu sey yang payah nanti....hahaha (tamak)



My sis hadiah kan sey capsule drawer nie.... cantikkan. Dah setahun 5 bulan sey jadi pelanggan Arissto nie. 


Ok nie gadjet terbaharu sey. SSODD 5.5 liter. Warna dia tu yang menarik. Warna hijau memang warna kesukaan sey. Dulu kawin pun tema ijau (tetiba). Belum sempat try lagi nie. Esok nak kasi warm up.

Untuk aktivit memasak minggu lepas, oleh kerana dah mula masuk ofis, maka aktiviti memasak pun berkurangan. Barang basah pun dah mula lambat habis. Ayam yang beli sebelum raya pun tak usik-usik lagi. Sebabnya kami nie makan malam simple je, semua tak nak makan berat. Setakat sandwich, mee goreng, nasi goreng, pasta tu aje yang semua OK. Jadi bila ada AF nie, keje masak sey jadi lebih mudah. Masuk pulak group AF kat FB tu, macam-macam resepi orang share. Jadi minggu lepas sey buat, roti tuna bakar guna AF. Pastu swedish meatballs, memang dah selalu buat, tapi skrang nie goreng je meatballs dalam AF. Senang keje. Sambil tunggu meatballs masak dah boleh siapkan gravy dia. Sey rasa minyak masak sey nie akan lambat habis nie.






Spread the love

yours truly,

Sunday, May 17, 2020

MCO Day 61: 24 Ramadhan Sagu gula melaka dan butter chicken kaw punya

Salam,

Harinie mencuba resepi sagu gula melaka. Ohhh senang rupenya nak buat dessert nie, kegemaran miss t. Kalau balik rumah bonda, ada gerai seorang pakcik nie, dia jual air soya. Ada juga dia jual sagu gula melaka. Tapi dia pakai soya instead of santan atau susu cair.

Kami buat tricolour kasi meriah sikit.

Add caption


Nampak berahi ekkk....hahahaha...sey letak gambar nie kat FB sey. Ramai teruja akan kecantikannya.

Add caption

Nie sey bagi teaser sikit.


Lepas tu sey dah lame nak makan butter chicken kat Makan Culture tu. Tapi semenjak MCO nie, malas pula nak beli walaupun ada delivery. Jadi harinie sey ada kekuatan untuk membuatnya. Perrghhh ayat. Sey ikut resepi akak sheila rusly dan namakucell. Sonang baitu. Macam masak udang butter juga. Cuma ditambahkan cheese di hujung masak tu. Cuma kalau ada minyak cili tu lagi ummpphhh lahhh... Habis Ramadhan nie sey nak gi Makan Culture.


Add caption


Malam repeat lagi Pay Day board game. Kalinie my other half join, baru lah happy family. Kikikiki...





Spread the love

yours truly,

Thursday, April 2, 2020

MCO Day 16: Magnum saved my day

Salam,

Harinie belajar benda baharu, microsoft teams. Ada online class cum discussion, kena pakai microsoft teams. Mudah je nak install dan guna, cuma kena ada network yang ok lah. Dan bila ramai participant pun tak bagus juga, yang lambat join meeting kadang tak lepas masuk. Anyway, banyak benda nak kena belajar untuk persediaan online class nie. Chaiyok chaiyok....

Harinie, tengahari kite order Nandos je. My other half teringat first day jejak kaki di Brisbane, ada sahabat lama ikram kami dengan beli Nandos. The first question we asked him, eh Nandos halal kat sini? Yes. Dia jawab. Masa tu kami 3 beranak, check in dulu kat Explorers Inn, sekarang dah tukar nama ke City Edge. From the hotel we walked to Queens St, around 7 blocks I think. And QUT is at the other end of the street. Dulu jalan kaki ber blok blok pun tak penat. Oh my, what fond memories we had at Brisbane. One day we will go there again, one day InshaAllah.

So, oleh kerana harinie attend meeting via teams, kemudian dok rancang semula teaching plan untuk semester nie, mood masak pun takde, although I have many plan to cook. Takpe, kasi rehat ini hari kite wuder je. Petang goreng popia otak-otak pakcik lazat.



Sekali bukak freezer nampak aiskrim....yeeee my other half had replenish the ice creams. About time lah...dah lah tengah stress nie. Syukur Alhamdulillah. Nikmat mana yang kau dusta kan fazid. Sedap juga magnum white almond nie, tapi manis lah. My all time favourite is Macadamia Salted Caramel, then follow by Almond and Hazelnut luxe. I have tried classic, black, chocolate brownies, and gold. I have never try red velvet, tak sempat nak kejar haritu. Jadi hantu magnum lah.


OK daaa....


Spread the love

yours truly,