Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label beef. Show all posts
Showing posts with label beef. Show all posts

Saturday, October 10, 2020

Ekor lembu bakar ala Cibiuk

Salam,

Haritu kami ke Cibiuk untuk makan tengah hari. Itulah kali pertama makan kat Cibiuk. Cibiuk nie restoran yang hidang masakan Sunda. Oleh kerana sey sudah ke Bandung tahun lepas, serba sedikit familiar lah dengan lauk-lauk Sunda nie. Jadi kami makan set ayam dan itik dan my other half order ekor bakar. Mak aiiii sedap jugak ekor bakar nie. Jadi sey pun apa lagi, carilah resepi. Jumpa youtube 
Datin Eina Azman share resepi ekor goreng nie, oh laaahhh mudah juga, bahan-bahan pun memang ada kat rumah. Cuma jodoh sey dengan ekor aje yang payah sikit. Alhamdulillah minggu lepas jumpelah ekor, maka, harinie sey pun cuba lah masa ekor bakar. Kebetulan my other half kurang sihat, harap ini dapat buka selera dialah.





Bahan-bahan dia mudah aje. 

Kicap manis ABC (agak-agak nak pakai banyak mana)
1 kiub stok lembu
Bawang besar, bawang putih dalam 4 ulas, cili padi 4 ulas, 1 cili besar semuanya racik.
Limau nipis sikit
Madu
Dan ekor lembu rebus dulu.
Kacau semua, biarkan setengah jam kemudian bakar.


Sedapnye.....



Spread the love 

yours truly,

Monday, June 22, 2020

Dari durian ke BCC

Salam,

So minggu lepas agak sibuk kerana minggu terakhir kuliah. Minggu ini minggu akhir perkuliahan. Macam-macam deadline student perlu kejar. Sey pula sibuk sebab nak menyediakan bahan-bahan penilaian juga. Sementelah semuanya perlu dilakukan secara dalam talian, daripada kuliah, tugasan hingga ke penilaian kursus, banyak perkara dan panduan perlu disediakan. Pendek kata penyediaan bahan dalam talian adalah lebih cerewet dan lebih banyak dan terperinci berbanding dengan perkuliahan secara konvensional. Tambahan lagi ini merupakan kali pertama sey menyediakan bahan 100% online. Macam-macam perkara perlu disemak. 

OK udah lah cerita pasal kerja.

Kite cerita pasal kehidupan. Sekarang nie musim durian, deghian orang kampung sey cakap. Merata-rata ada je orang jual deghian. Laluan sey pergi dan balik kerja memang nampak lah orang jual durian di kira kanan jalan. Tapi nak berhenti untuk beli, sey nie bukan pandai sangat. Pandai makan je. Dulu harapkan deghian dari dusun mak di kampung dan kebun abah. Tahun nie macam takde rezeki, ialah dengan PKP lagi, pokok tak berjaga dan dah tua. Bukan nak jaga pokok tu, jaga atau tunggu durian jatuh. Kalau dah jatuh tak pergi ambil, nanti ada lah yang datang ambil tu. Sey pun skrang dah tak mencari deghian sangat, kalau ada ada lah. Tapi minggu nie, sey memang geram. My other half ada makan-makan dengan adik beradiknya. Sey tak dapek poi sebab kemas rumah bonda, rupenya diorang menjamu durian. My other half balik siap sendawa durian kat sey. Adoiii tak aci betul. Jadi, sementara ada kek Ampangan hujung minggu nie, sey pun ajak dia carik durian. Sey nie tak kisah pun durian apa, durian kampung pun cukup dah. Takdo lah sey nak carik durian yang mahal-mahal tu. Simple je sey, anak kampung kan...chewah done done cakap anak kampung. Yang sey tau durian isi putih dan kuning. Itu je...hahahahha... bab lain, jenama lain, musing king ka, udang merah ka, lobster ka, ketam ka, sey tak tau dan tak mencari. Kalau ada orang bagi sey ambil...hahahahah... Makanya, dapat lah sey borang durian semalam. Puas hati makan durian tu. Sendawa dan kentut pun bau durian...melampau nie.

Kisahnya pulak, miss y nie tak makan durian. Bau durian pun dia tak suka, dia kata pening. Alahai, sorry lah. Soalnya kat rumah nie, ada 3 orang antu durian. Tapi kalau durian tu dibagaikan, dia makan pulak. Macam-macam.




Perghhh sedap tul durian nie.....


Hujung minggu nie memang penuh aktiviti makan. Sey ada order burnt cheesecake dari my SIL. Dia buat untuk niaga. Sey beli kuih bakar juga. Sedap kuih bakar dia macam orang dulu-dulu buat. Bonda dan makcik sey pun suka. Patutlah selalu closed order. Semoga terus berjaya sis.

Masa ambil burnt cheesecake dan kuih bakar tu, dia bagi sey makan burnt cheesecake durian dia. Perghhhh... masa nie sey belum makan durian lagi, ekpedisi mencari durian belum berlaku hahahha....
Dia baru nak cuba-cuba, tapi tak tau nak jual berapa. Payah juga nak bisnes nie ye, nak pikir nak jual berapa lagi. Uiikksss

Miss y dan miss t tanya, kenapa sey tak buat sendiri burnt cheesecake nie. Sey kata, ala dah ada orang buatkan, kite order aje lah. Ntah, sey macam tak rasa nak cuba buat cheesecake nie. Tak tau tang mana yang kurang menarik. Skrang nie teringin nak buat hummingbird cake dan cinnamon rolls.


Dah ada kek Ampangan tu, apa lagi, kite sarap kek tompek favourite ler.... sik-lem-ter-gor-sam-bil kawin dengan pulled-nescafe. Alhamdulillah. Lama sungguh tak sarap kat tempat nie. Kat mana?..rahsia...nanti orang serbu sey yang payah nanti....hahaha (tamak)



My sis hadiah kan sey capsule drawer nie.... cantikkan. Dah setahun 5 bulan sey jadi pelanggan Arissto nie. 


Ok nie gadjet terbaharu sey. SSODD 5.5 liter. Warna dia tu yang menarik. Warna hijau memang warna kesukaan sey. Dulu kawin pun tema ijau (tetiba). Belum sempat try lagi nie. Esok nak kasi warm up.

Untuk aktivit memasak minggu lepas, oleh kerana dah mula masuk ofis, maka aktiviti memasak pun berkurangan. Barang basah pun dah mula lambat habis. Ayam yang beli sebelum raya pun tak usik-usik lagi. Sebabnya kami nie makan malam simple je, semua tak nak makan berat. Setakat sandwich, mee goreng, nasi goreng, pasta tu aje yang semua OK. Jadi bila ada AF nie, keje masak sey jadi lebih mudah. Masuk pulak group AF kat FB tu, macam-macam resepi orang share. Jadi minggu lepas sey buat, roti tuna bakar guna AF. Pastu swedish meatballs, memang dah selalu buat, tapi skrang nie goreng je meatballs dalam AF. Senang keje. Sambil tunggu meatballs masak dah boleh siapkan gravy dia. Sey rasa minyak masak sey nie akan lambat habis nie.






Spread the love

yours truly,

Saturday, January 18, 2020

Masak apa hari ini: Murtabak roti

Salam,

Hai apa khabar? 😊

Minggu nie agak sibuk juga. Sibuk merancang, mesyuarat, membaca dan menulis minit mesyuarat...hahahahah.. Bab menulis minit nie sungguh malaslah hai... tapi kena buat juga. Basically I am still in the planning phase this week. Bulan nie kena habis tugas-tugas planning dan kena masuk gear 1 sebelum hujung bulan.

As I have pledged to start blogging again, dapat 1 post 1 minggu pun ok dah nie. Buku pun dok dang baca nie, masih tengah baca Harris bin Potter lagi nie (and my reading list is growing and growing)😓.  Next post I will talk a little about the book. Hopefully I can finish reading it this weekend.

Sebelum masuk oven
Harinie, post pasal masak lah. Sabtu lepas, paksa anak-anak masuk dapur. I keep telling Miss Y and Miss T, belajar tinggi-tinggi, keje bagus-bagus, tapi kita nie perempuan, jadi kenalah pandai masak. OK I am aware this sounds conventional, but this is how I was raised. And I'm experiencing the good thing about it right now. Sementelah Miss Y sedang tunggu result nie, kita ajar lah masak makanan yang dia suka. Haritu roti  masih banyak berbaki. Ingat nak buat sandwich, tapi minggu tu tak terbuatlah pulak. Makanya kami buat lah Murtabak roti nie.





Baru keluar oven, puffy kan


Simple je nak buatnya, bahan-bahan pun mudah. Hanya perlu roti, telur, susu, minced meat, and sos. Nak senang letak sos pasta. Tapi haritu kami ikut resepi nie kat sini sebagai asas. Cuma tambah paprika, cumin, tomato buah dan cendawan.

Dan masa selang-selang inti dengan roti tu, kami letaklah keju.

Macam lasagna, but skip the bechamel sauce.





Nie lepas dipotong dan sebelum di makan

Nie video tutorial


OK, so beside teaching Miss Y and Miss T to cook and help me in the kitchen, I also taught them how to take better photos and video. Zaman socmed nie, itu skill yang perlu ada.

So boleh lah cuba.



Spread the love

yours truly,

Sunday, December 29, 2019

Masak hari ini: Ginger beef kuay teow

Salam,

Harinie kita masak ginger beef kuay teow. Ini kali kedua masak masakan ini. Ginger beef kuay teow nie kegemaran my other half. Kalau ke Papparich, ini yang dia selalu order. So, mana yang jadi favourite orang dalam rumah nie kita cubalah masak. Mana tau lagi sedap ke...kikikiki.... tapi ada yg jadi lebih sedap macam Pad kra pao, skrang nie kalau pergi makan kat Black Canyon rasa macam kurang kick pulak.

Oklah, resepi kuay teow nie kita ambil dari sini, ada video kat situ boleh tengok. Senang aje nak buatnya. Takde penderhakaan resepi sangat, cuma tambah sawi (kena ada hijau dalam masakan) dan fish cake je. First time buat kelmarin letak tauge, macam tak kena je. So kali ini no tauge.

Senang aje, sila lah buat ye.







Harinie masak sambil melatih yaya. Dah nak dekat sebulan habis SPM, belum buat apa-apa lagi. Tahun baru nantilah kita rancang untuk dia.



Spread the love

yours truly,

Tuesday, July 1, 2014

Hari ketiga Ramadhan: Iftar hari kedua ~ Daging goreng kicap versi kering

So, semalam mencari resepi untuk masak lauk daging di internet, dan ternampak imej yang sangat mengiurkan... ok..sangat teruja untuk mencuba resepi daging kicap ittew.

Dan hasilnya....