Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label air fryer. Show all posts
Showing posts with label air fryer. Show all posts

Saturday, June 27, 2020

Baking cranberry scones

Salam,

Hujung minggu nie semangat nak membakar aka baking. Ada misi yang ingin dicapai. Yang pertama ingin mencuba resepi yang baharu, yang dah lama tersimpan di dalam buku resepi mahupun di One Note sey atau pun simpanan gambar di telefon bimbit. Macam harinie, sey cuba buat scones. Rancangnye nak buat pagi-pagi, kunun nak makan untuk sarapan, tapi bila fikir balik kat rumah nie orang tak sarapan sangat, jadi sey tukar ke menu petang.

Seperti biasa sebelum cuba membuatnya, sey buat research dulu, timbal balik resepi. Biasanya sey cari resepi yang mudah, yang boleh dipercayai dan bahan yang mudah didapati, kalau bahan-bahan yang dah sedia ada kat dapur lagi baik. Scones nie ada guna telur, ada takde. Sey rasa elok scones takde telur, kalau tak nanti bau hanyir pulak. Jadi antara banyak-banyak resepi yang sey dah tengok, sey berkenan dengan resepi dari Jamie Oliver dan Cupcake Jemma



Bahan-bahan dia mudah aje (nie sey copy paste daripada Cupcake Jemm):

500g plain flour (plus extra for dusting)
2 rounded tsp baking powder
2 heaped tbsp of caster sugar
1 tsp salt
110g chopped cold unsalted butter
300ml whole milk
1 egg (egg for egg wash)

Cuma sey tambah dried cranberries, lebih cranberries buat oat biscuits (baru perasan sey tak tulis pasal biskut oat tu). Sey bakar scones dalam AF, suhu 160, 10 minit. Sey dapat 16 biji scones, pakai acuan 2.5 inci atau 6 cm.




Dari beberapa video yang sey study, katanya doh tu bila dah sekali canai, bila dah terap tu, baki doh kalau canai balik nanti scones akan jadi keras. Betul tu. ada 3 kali juga sey canai. Patut ada yang buat scones dia potong-potong aje. Buat bentuk bulat, kemudian potong 8. Nak elak doh tu jadi liat.

Tapi memang puas hati. 1 jam siap, tu pun sebab sey pakai AF, kalau masuk oven semua awal lagi dah siap. Anak-anak suka pula tu. Boleh lah buat lagi.

Kami makan camtu je, tak payah jem, tak payah butter. Cuma sey rasa lepas nie nak tambah lagi butter sikit.

This recipe is a keeper.

Spread the love

yours truly,

Sotong bakar sempoi

Salam,

Kelmarin sey ada beli telur asin, telur itik fresh dan air tebu asli daripada kawan sekolah dulu. Kawan sey nie dulu keje kat Media Prima Berhad (TV3 tu lah), seorang auditor. Tahun nie, sebelum PKP to be exact, dia resign. Katanya dah penat, dan bagi full concentration kepada bisnes air tebu aslinya. Jadi baru-baru nie sey nak support bisnes dia, sey beli lah telur itik fresh, telur asin dan air tebu. Hujung minggu nie sey baru rebus telur asin tu. Sedap, telur kuning dia besar, suke sey. Sey jenis yang makan telur asin, telur kuning tu sey makan last sekali...hahahaha...Orang kata save the best for last kan.

Jadi nak kawankan telur asin tu, masa sey balik Ampangan haritu, seperti biasa sey akan ke pasar untuk beli barang basah. Jumpalah sotong nie haaa, besar-besar. Makanya untuk makan tengahari tadi seya masak sotong bakar. Pakai perap ikan bakar adabi aje, kemudian masuk dalam AF. Semenjak ada AF nie, memang keje sey jadi mudah lah. Alhamdulillah.




Selain daripada tu, sey masak ikan bawal sweet sour dan sayur campur.


Sedap sotong hasil bakar AF nie, lembut dan garing. Keje jadi mudah. Tak cukup pulak sotong tu, next time beli lebih.


Spread the love

yours truly,

Monday, June 22, 2020

Dari durian ke BCC

Salam,

So minggu lepas agak sibuk kerana minggu terakhir kuliah. Minggu ini minggu akhir perkuliahan. Macam-macam deadline student perlu kejar. Sey pula sibuk sebab nak menyediakan bahan-bahan penilaian juga. Sementelah semuanya perlu dilakukan secara dalam talian, daripada kuliah, tugasan hingga ke penilaian kursus, banyak perkara dan panduan perlu disediakan. Pendek kata penyediaan bahan dalam talian adalah lebih cerewet dan lebih banyak dan terperinci berbanding dengan perkuliahan secara konvensional. Tambahan lagi ini merupakan kali pertama sey menyediakan bahan 100% online. Macam-macam perkara perlu disemak. 

OK udah lah cerita pasal kerja.

Kite cerita pasal kehidupan. Sekarang nie musim durian, deghian orang kampung sey cakap. Merata-rata ada je orang jual deghian. Laluan sey pergi dan balik kerja memang nampak lah orang jual durian di kira kanan jalan. Tapi nak berhenti untuk beli, sey nie bukan pandai sangat. Pandai makan je. Dulu harapkan deghian dari dusun mak di kampung dan kebun abah. Tahun nie macam takde rezeki, ialah dengan PKP lagi, pokok tak berjaga dan dah tua. Bukan nak jaga pokok tu, jaga atau tunggu durian jatuh. Kalau dah jatuh tak pergi ambil, nanti ada lah yang datang ambil tu. Sey pun skrang dah tak mencari deghian sangat, kalau ada ada lah. Tapi minggu nie, sey memang geram. My other half ada makan-makan dengan adik beradiknya. Sey tak dapek poi sebab kemas rumah bonda, rupenya diorang menjamu durian. My other half balik siap sendawa durian kat sey. Adoiii tak aci betul. Jadi, sementara ada kek Ampangan hujung minggu nie, sey pun ajak dia carik durian. Sey nie tak kisah pun durian apa, durian kampung pun cukup dah. Takdo lah sey nak carik durian yang mahal-mahal tu. Simple je sey, anak kampung kan...chewah done done cakap anak kampung. Yang sey tau durian isi putih dan kuning. Itu je...hahahahha... bab lain, jenama lain, musing king ka, udang merah ka, lobster ka, ketam ka, sey tak tau dan tak mencari. Kalau ada orang bagi sey ambil...hahahahah... Makanya, dapat lah sey borang durian semalam. Puas hati makan durian tu. Sendawa dan kentut pun bau durian...melampau nie.

Kisahnya pulak, miss y nie tak makan durian. Bau durian pun dia tak suka, dia kata pening. Alahai, sorry lah. Soalnya kat rumah nie, ada 3 orang antu durian. Tapi kalau durian tu dibagaikan, dia makan pulak. Macam-macam.




Perghhh sedap tul durian nie.....


Hujung minggu nie memang penuh aktiviti makan. Sey ada order burnt cheesecake dari my SIL. Dia buat untuk niaga. Sey beli kuih bakar juga. Sedap kuih bakar dia macam orang dulu-dulu buat. Bonda dan makcik sey pun suka. Patutlah selalu closed order. Semoga terus berjaya sis.

Masa ambil burnt cheesecake dan kuih bakar tu, dia bagi sey makan burnt cheesecake durian dia. Perghhhh... masa nie sey belum makan durian lagi, ekpedisi mencari durian belum berlaku hahahha....
Dia baru nak cuba-cuba, tapi tak tau nak jual berapa. Payah juga nak bisnes nie ye, nak pikir nak jual berapa lagi. Uiikksss

Miss y dan miss t tanya, kenapa sey tak buat sendiri burnt cheesecake nie. Sey kata, ala dah ada orang buatkan, kite order aje lah. Ntah, sey macam tak rasa nak cuba buat cheesecake nie. Tak tau tang mana yang kurang menarik. Skrang nie teringin nak buat hummingbird cake dan cinnamon rolls.


Dah ada kek Ampangan tu, apa lagi, kite sarap kek tompek favourite ler.... sik-lem-ter-gor-sam-bil kawin dengan pulled-nescafe. Alhamdulillah. Lama sungguh tak sarap kat tempat nie. Kat mana?..rahsia...nanti orang serbu sey yang payah nanti....hahaha (tamak)



My sis hadiah kan sey capsule drawer nie.... cantikkan. Dah setahun 5 bulan sey jadi pelanggan Arissto nie. 


Ok nie gadjet terbaharu sey. SSODD 5.5 liter. Warna dia tu yang menarik. Warna hijau memang warna kesukaan sey. Dulu kawin pun tema ijau (tetiba). Belum sempat try lagi nie. Esok nak kasi warm up.

Untuk aktivit memasak minggu lepas, oleh kerana dah mula masuk ofis, maka aktiviti memasak pun berkurangan. Barang basah pun dah mula lambat habis. Ayam yang beli sebelum raya pun tak usik-usik lagi. Sebabnya kami nie makan malam simple je, semua tak nak makan berat. Setakat sandwich, mee goreng, nasi goreng, pasta tu aje yang semua OK. Jadi bila ada AF nie, keje masak sey jadi lebih mudah. Masuk pulak group AF kat FB tu, macam-macam resepi orang share. Jadi minggu lepas sey buat, roti tuna bakar guna AF. Pastu swedish meatballs, memang dah selalu buat, tapi skrang nie goreng je meatballs dalam AF. Senang keje. Sambil tunggu meatballs masak dah boleh siapkan gravy dia. Sey rasa minyak masak sey nie akan lambat habis nie.






Spread the love

yours truly,

Saturday, May 30, 2020

MCO Day 74: Dua projek hujung minggu

Salam,

Dua hari lepas beli keluar beli barang dapur dah rancang nak masak apa untuk hujung minggu ini. Jadi projek hujung minggu ini, pertama, nak grill protein. Asalnya nak cari lamb rack atau lamb rib, tapi yang ada shoulder je. Shoulder pun shoulder lah, shoulder to cry on...hahahhaa... Makanya, untuk makan tengahari tadi, kami pekena Lamb Shoulder dengan sour cream potato salad dan grilled vege. Dah lame tak pekena western, my other half pulak asyik sebut Roma Roma. Tanya dia, habis PKP nie nak pergi mana, pertama dia kata Roma, kedua dia kata seafood. Ye fikir makan aje lah. Kalau sey, pertama nak pergi IKEA, kedua nak jumpa bonda. Teruk naa anak dia nie, jumpa bonda tempat kedua...hahahahaha....





Anak-anak pula buat air epal asam boi. Finally, epal yang ditinggalkan seusia PKP nie habis juga akhirnya. Yang peliknya epal tu tak busuk pulak. 



OK untuk projek kedua, sey bakar sour cream butter cake. Haaa sebab tu lah tadi buat potato salad. Sebabnye beli sour cream yg 400gm punya. Nak buat kek pakai 200gm aje. Dah camno nak mengabihkan sour cream tu. Mujur terlintas nak buat potato salad. Asalnya rebus je potato buat rough mash. Sey ada beli red potato pulak, sekali tadi masa nak masak, banyak membusuk. Pelik betul. Rasa sebab sey simpan tempat tertutup kot, red potato tu panas, cepat berkuap. Next time kena letak kat luar. Red potato nie sedap kalau dibakar.


Tada.... akhir dapat juga buat sour cream butter cake nie. Boleh jadi occasion cake nie. 


Untuk resepi, sey rujuk baking video kak Dee Mimpicakes dan sis ini

Bahan2: 

250gm butter (salted)
310gm caster sugar
6 telur gred A
280gm self-raising flour
200gm sour cream
1 tsp vanilla

Cara:
Ala korang tengok aje lah video tu. Macam buat buttercake aje, cuma tepung dan sour cream tu masuk berselang seli.

OK next week nak bake apa pulak?

Esok pagi ada projek menanam pulak. Pasu dan tanah yang sey order marin dah sampai.... nak alih anak pokok kunyit ke tempat yang luas sikit. Takdo lah diorang gaduh nanti...kikiki....



Spread the love

yours truly,