Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Sunday, November 15, 2020

Kek cokelat pisang, kek kluster kayangan katanya

Salam,

Hari minggu datang lagi. Hari minggu ini bersemangat untuk mencuba resepi kek baharu. Kek pisang memang kegemaran seisi rumah. My other half kalau makan kek pisang, dia nak kek yang ada raisin dan cinnamon sedikit. Miss y dan miss t memang tak cerewet bab kek ini, kecuali kek santan burnt cheesecake yang buat kelmarin. Nampaknye resepi tu not a keeper lah.

So harinie sey cuba baking kek pisang cokelat kluster kayangan nie. Asyik lalu lalang aje kat wall FB sey. Ada sorang sahabat sey nie, dia terima tempahan kek ini, jadi hampir tiap-tiap hari dia share post tentang kek ini. Boleh tahan juga order dia dapat sekarang nie. Sey pun tak boleh tahan, nak order jauh. Kita buat sendiri dulu lorrrr.... 

OK mula-mula kita study resepi dulu. Sey nak resepi yang mudah, taknak bahan-bahan yang fancy. Dan kalau boleh nak sukatan yang mudah juga. Jadi, sey pun cubalah resepi buatoranglapo nie.... ohhh ada buttermilk rupenya, eggless resepi tapi ada buttermilk. Patutlah haritu ada colleague sey tanya, macammana nak buat buttermilk. Lama dah maghin, masa PKP first wave. Kek ni viral masa tu lah. Sey tanya nak buat apa dengan buttermilk, red velvel ke? Sebab saya hanya guna buttermilk sama ada untuk red velvet atau pancake. Kawan sey ada cakap untuk kek pisang kayang nie. Tapi masa tu sey tak bernafsulah nak ambil tahu hahahahaha. Tapi dua tiga minggu, semenjak PKPB nie, asyik lalu aje feed tentang kek pisang viral nie, sey pun, tak boleh jadi nie.

Semalam masa keluar cari bahan-bahan, sey cadang nak beli aje buttermilk. Tapi puas sey tawaf kat depan chiller supermarket, tak muncul-muncul juga buttermilk. Last-last sey pun buat aje lah sendiri. Tak payah risau, dalam resepi buatoranglapo tu ada cara-cara nak buat buttermilk.








Resepi nie takde telur, jadi sesuai untuk orang yang ada alahan telur. Kenapa panggil dia kluster kayangan, sebab pakai cokelat mahal. Tapi sey pakai hershey's aje, tak pakai callebaut, itupun nak habiskan hershey's. Dah tak nampak cokelat hershey's kat JG dah, alahai. Sey suka cokelat hershey's nie. Lepas tu sey pakai walnut, tak pakai almond sebab almond hiris takde. Tapi lagi sedap pakai walnut lagi. Verdict, resepi nie a keeper. Ramai pulak yang minta sey kek nie. PKPB nie, kita jamu mata ajelah dulu ye.


Spread the love

yours truly,

Sunday, November 1, 2020

Kek batik milo

Salam,

Dah lama miss t mintak buatkan kek batik. Awalnye rancang nak buat masa raya haji maghin. Tapi oleh kerana ada permintaan sour cream butter cake dan kek marble jelita untuk dijamu semasa raya haji maghin, jadi kita tangguh dulu permintaan miss t. Harinie akhirnya berjaya juga buat kek batik. Sey ajar miss t buat, sey supervise aje, biar dia pandai buat, lepas nie takdo lah dia minta sey buek an lai. Boleh yo dio buek kan.....





Resepi kek batik nie kawan sey yang bagi. Lama dah, masa zamn universiti dulu. Semenjak sey dapat resepi nie, selalu juga sey buat, dan orang pun suka pulak dengan kek batik buatan sey nie. Chewahhhh...maka jadilah kek yang kerap sey buat, eh boleh panggil kek ko....heheheheh....

Kalau sey buat carian santai kat en gugle tu, ada gak kek omputih mirip kek batik nie. Diorang panggil biscuits layer cake, something like that. 

Sey teringin juga nak buat kek batik indulgence, atau kek batik with chocolate fudge. Tapi bahan-bahan tak cukup pulak harinie.

Spread the love

yours truly,


Saturday, October 24, 2020

I made taisan cake, it's Filipino sponge cake

Salam,

Hari minggu hari baking. My initial plan is to laze with my book. Tapi malam tadi anak-anak tanya, mama, what are you baking tomorrow? Aduhhhhhh...

Sebenarnye sey ada hutang dengan miss t, kek batik. Hahahaha dah lame dia mintak dari raye haji maghin. Sey lah yg malasnye. Bahan-bahan dah ada, tak terbuatnye lagi. Miss t siap cakap, mama jangan risau kalau tak habis, adik bawa gi sekolah nanti. Ye lah nak... Nanti mama buat.

Tapi harinie bukan kek batik dibuatnye, kek span Filipino jadinye. Taisan cake. First time and jadi.


Nak resepi, klik sini.

Sey kurangkan gula sikit. Takut manis.






Alhamdulillah....cantik kejadian. Ok sey nak masuk dapur balik. Kali nie nak bake lasagna. Resepi?!Ala...cer tengok index yg sey buek kek ateh tu.

Spread the love

yours truly,

Wednesday, September 16, 2020

Selamat Hari Malaysia - Cuti-cuti di rumah saje


Salam,

Selamat Hari Malaysia. Bila hari Malaysia diisytiharkan? Haaa mesti ramai yang tak tau kan. Sey pun agak-agak tahu, mujur hari ini nampak poster nie. Haa boleh lah baca. Ingat tarikh penting ini, 16 September 1963.




Tahun ini, sambutan Hari Malaysia jatuh pada tengah minggu, iaitu hari Rabu. Maka kami memang rancang duduk di rumah sahaja. My other half pun standby untuk ziarah pakciknya yang sedang tenat. Lepas zuhur tadi meninggalnya. 

Maka duduk di rumah masak sahaja. Lagipun stok makanan banyak yang nak dihabiskan. Bawang merah pun ada 2 buntil. Telur itik, telur asin. Allahuakbar. Telur itik tu sey beli sebelum hari merdeka haritu. Baru harinie dapat menggulai. Tapi dah tak fresh, jadi tak cantik kejadiannya. Haritu beli 10, 3 biji dimasak dengan nasi goreng, masa tu cantik lagi. Tinggal 7 biji nie, tadi pecah semua, semua pecah sebab dah tak fresh. Dapat 3 aje yang kuning dia ok sikit. Yang tak cantik tu sey simpan, esok2 boleh buat telur dadar atau pecah dalam mee atau nasi. Simple je lauk tengahari kami harinie.



Lepas settle solat, sey pun rajin nak baking. Mula-mula ingat nak buat Taisan chiffon cake. Tapi teringat yang sey ada lagi 1 tub sour cream. Baik habiskan tu dulu. Maka, apa lagi nak ku buat, sour cream butter cake lah.


Oh ya, periuk Crofton yang order dah sampai. Akhirnya, alhamdulillah. 3 bulan tunggu. Itupun ambil sendiri kat PS sebab tak sabar dah, tak sanggup nak tunggu lama-lama. Alah lagi pun dekat je rumah PS nie. So sey rasmikan dengan masak maggi....hahahahahha.... kan main gah peristiwa perasmian itu. Jadilah kan, sebab dapat pun dah petang. nie pun nak masak petang. Nanti satu hari sey masak casserole.


Tengahari tadi miss t ada discussion dengan classmate dia, jadi petang sikit sey gi jemput dia. Tapi sebelum tu sey singgah lah family mart dekat rumah nie. Nak beli onigiri untuk makan malam, dan beli Sofuto basque burnt cheese cake nie. Alahai, rasa macam brown sugar aje nie. 




Sedap lagi yang cokelat punya.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, September 9, 2020

Wedding cake by Arifah

Salam,

There is one baker near bangi which I love and would order custom cakes from her. So baru-baru ini, sempena perkahwinan my BIL kami adakan majlis doa selamat untuk sebelah lelaki. Asalnya bulan September memang kami rancang majlis walimah tapi sebab keadaan semasa ni kan, majlis ditangguhkan ke tarikh yang kami pun tak pasti bila. Tugas sey kalinie adalah menempah kek kahwin. Sey memang suka bab-bab tempah kek nie. Dua org my SIL, sey order kek hantaran. 

Baker nie nama dia Arifah Hot Oven. Kek buatannya cantik dan kemas. Kita bagitau nak macammana, nanti dia akan bagi pendapat mana yang sesuai. Senang bincang dengan dia. Setakat nie puashati dengan hasil kerja dia.

White cake nie kek hantaran one of my SIL. Butter cake with royal icing. Bunga pun custom.





Carik gambar kek hantaran another SIL tak jumpe pulak. 

Untuk my BIL baru-baru nie, diorg nak kek untuk pengantin potong, bukan kek hantaran. Jadi sey order tinggi sikit, size 6 inci, fresh flowers dan tema blue.




Kek birthday anak-anak pun pernah order dengan dia juga. Macam kat bawah nie, kek birthday miss t.


Bolehlah tengok facebook Arifah Hot Oven kalau nak order kek kahwin.


Spread the love

yours truly,

Saturday, July 11, 2020

Trying to recreate the CBTL's savoury scones

Salam,

On last Wednesday, my other half and me had coffee at CBTL. Our first coffee date at CBTL since MCO started and ended. I love CBTL because of the nitro latte/coffee, and the food and the cakes. So on that day, I tried their new coffee selection, mocha coldbrew and nitro. And I had their savoury scones too. Never saw the scones before. And it was so good. So today I've decided to recreate the scones. I used cupcake jemma's recipe, the recipe that I have tried. Read here. I just add beef bacon and chives and a little bit of spring onion from my small herb garden. 




So we had the scones for dinner. I cooked scrambled eggs, beef bacon and grilled vege. Kinda breakfast for dinner thingy. Another scones project achieved. Yeihaaa.....




And for tea, again I baked that pretty marble cake again. This time I made simple design, a spider web design. I like playing with colours. And for recipe, read here. I am happy with today's result because I used a round pan instead of the square one like last one. 









Itik Mashtar, the famous Sg Ramal salai house has open a branch in Nilai. We went there for lunch today.


Spread the love

yours truly,

Sunday, June 28, 2020

Hum hum Hummingbird cake

Salam,

Sementara mood membaking sey masih ada, petang tadi sey membaking lagi. Sebenarnya sey plan nak buat sour cream butter cake, dah beli 2 tub sour cream. Lepas tu terpandang pisang yang tergantung kat dapur nie haaa, dah nak masak, tapi takde orang nak makan. Biasanya miss t akan makan pisang 1 hari 2 kali paling kurang. Tapi minggu nie mungkin sebab macam-macam buah ada kat rumah nie, pisang itu dipandang sepi. Sey ada rancangan nak buat kek hummingbird, dah siap beli nenas dalam tin, cuma belum bertemu jodoh dengan cream cheese untuk buat frosting. Lagipun kakak sey kata nak singgah rumah ahad nie, jadi bolehlah nanti makan kek untuk minum petang. Sekali dia tak jadi datang lah pulak.

Pagi tadi pun sey bawa miss y dan miss t shopping baju. Masing-masing baju dah tak muat. Sebelum tu masuk Daiso dulu. Bila dah masuk Daiso, tau-tau aje lah, bukan boleh kejap-kejap. Tu mujur cepat sedar diri...hahahahahha....Mula-mula rasa cam dah penat, malas pulak sey nak buat kek. Scones semalam pun ada lagi. Kakak sey pun tak jadi datang. Sey kata dalam hati, nie kalau masuk market takde cream cheese memang sey tak buatlah kek. Sour cream tu lambat lagi expired. Pisang yang sey fokus sekarang, kalau ada cream cheese, kita buat hummingbird, kalau takde kite buat cekodok aje. Malas sey nak buat kek pisang walaupun mudah aje nak buat. Sekali memang jodoh sey dengan cream cheese tu ada, cuma bukan cik philly, tapi encik paul. Tartura ada tapi sey tak suka texture tartura. Paul nie macam philly sikit, makanya, masuk dapur baking lah sey.

Sebelum tu, sey kemas almari pinggan mangkuk dulu, ye lah dah beli barang-barang kat Daiso kan. Pukul 4 camtu baru sey mula buat kek. Sey salah bajet, ingat boleh bakar 30 minit. Sebab sey ikut resepi Joyofbaking, dia bakar 30 minit je, tapi sey ikut sukatan resepi yang ini, which is liquid dia lagi banyak daripada Joyofbaking. Patutlah dalam resepi tu dia cakap bakar 1 jam, kau yang degil gi bakar 30 minit. End up sey bakar 1 jam 10 minit sebab api dapur sey dah tak panas, gas nak abis. Cepat pulak gas kali nie habis, baru 2 bulan, PKP punya pasallah nie. Kalau tak boleh tahan 6 bulan.

OK sambung citer. Mujur kek masak, Alhamdulillah. 5.30 baru siap bakar, dan baru nak buat frosting. Kul 6 my other half dah tanya, mana keknye nak makan nie. Aduh... kek tak cukup sejuk lagi tapi sey salut frosting. Pulak tu frosting sey tak cukup halus sebabnya icing sugar sey tak cukup, sey tambah caster juga yang sey dah bled halus, tapi still tak cukup powdery. Makanya frosting sey ada rasa berpasir sikit lah.



Resepi nie manis juga, next time sey buat kena kurangkan gula lagi. Sebab nenas tu dah manis. Frosting tu pun mujur sey kurangkan gula, sebab gula ising tak cukup kan. Next time kurangkan gula lagi ye. Resepi nie boleh makan untuk 12 orang. Kalau sey nak baking kek nie lagi kena tunggu occasion lah. Tak larat wey nak makan berulang. Sedap makan sekali aje.



Add caption







Dapat juga sey merasmikan mixer baru sey tadi, buat cream cheese frosting. Maka, selesailah sudah projek membaking sey untuk minggu nie. 

Scones ✔
Hummingbird cake ✔

Miss t request pavlova lah pulak. Sey bukan tak nak buat, pernah buat, tapi bukan favourite orang dalam rumah nie. Masa tu miss t kecik lagi. Nanti sey carik resepi yang guna bahan sikit aje. Orang dah minta, kite cuba buat.



Spread the love

yours truly,

Monday, June 22, 2020

Dari durian ke BCC

Salam,

So minggu lepas agak sibuk kerana minggu terakhir kuliah. Minggu ini minggu akhir perkuliahan. Macam-macam deadline student perlu kejar. Sey pula sibuk sebab nak menyediakan bahan-bahan penilaian juga. Sementelah semuanya perlu dilakukan secara dalam talian, daripada kuliah, tugasan hingga ke penilaian kursus, banyak perkara dan panduan perlu disediakan. Pendek kata penyediaan bahan dalam talian adalah lebih cerewet dan lebih banyak dan terperinci berbanding dengan perkuliahan secara konvensional. Tambahan lagi ini merupakan kali pertama sey menyediakan bahan 100% online. Macam-macam perkara perlu disemak. 

OK udah lah cerita pasal kerja.

Kite cerita pasal kehidupan. Sekarang nie musim durian, deghian orang kampung sey cakap. Merata-rata ada je orang jual deghian. Laluan sey pergi dan balik kerja memang nampak lah orang jual durian di kira kanan jalan. Tapi nak berhenti untuk beli, sey nie bukan pandai sangat. Pandai makan je. Dulu harapkan deghian dari dusun mak di kampung dan kebun abah. Tahun nie macam takde rezeki, ialah dengan PKP lagi, pokok tak berjaga dan dah tua. Bukan nak jaga pokok tu, jaga atau tunggu durian jatuh. Kalau dah jatuh tak pergi ambil, nanti ada lah yang datang ambil tu. Sey pun skrang dah tak mencari deghian sangat, kalau ada ada lah. Tapi minggu nie, sey memang geram. My other half ada makan-makan dengan adik beradiknya. Sey tak dapek poi sebab kemas rumah bonda, rupenya diorang menjamu durian. My other half balik siap sendawa durian kat sey. Adoiii tak aci betul. Jadi, sementara ada kek Ampangan hujung minggu nie, sey pun ajak dia carik durian. Sey nie tak kisah pun durian apa, durian kampung pun cukup dah. Takdo lah sey nak carik durian yang mahal-mahal tu. Simple je sey, anak kampung kan...chewah done done cakap anak kampung. Yang sey tau durian isi putih dan kuning. Itu je...hahahahha... bab lain, jenama lain, musing king ka, udang merah ka, lobster ka, ketam ka, sey tak tau dan tak mencari. Kalau ada orang bagi sey ambil...hahahahah... Makanya, dapat lah sey borang durian semalam. Puas hati makan durian tu. Sendawa dan kentut pun bau durian...melampau nie.

Kisahnya pulak, miss y nie tak makan durian. Bau durian pun dia tak suka, dia kata pening. Alahai, sorry lah. Soalnya kat rumah nie, ada 3 orang antu durian. Tapi kalau durian tu dibagaikan, dia makan pulak. Macam-macam.




Perghhh sedap tul durian nie.....


Hujung minggu nie memang penuh aktiviti makan. Sey ada order burnt cheesecake dari my SIL. Dia buat untuk niaga. Sey beli kuih bakar juga. Sedap kuih bakar dia macam orang dulu-dulu buat. Bonda dan makcik sey pun suka. Patutlah selalu closed order. Semoga terus berjaya sis.

Masa ambil burnt cheesecake dan kuih bakar tu, dia bagi sey makan burnt cheesecake durian dia. Perghhhh... masa nie sey belum makan durian lagi, ekpedisi mencari durian belum berlaku hahahha....
Dia baru nak cuba-cuba, tapi tak tau nak jual berapa. Payah juga nak bisnes nie ye, nak pikir nak jual berapa lagi. Uiikksss

Miss y dan miss t tanya, kenapa sey tak buat sendiri burnt cheesecake nie. Sey kata, ala dah ada orang buatkan, kite order aje lah. Ntah, sey macam tak rasa nak cuba buat cheesecake nie. Tak tau tang mana yang kurang menarik. Skrang nie teringin nak buat hummingbird cake dan cinnamon rolls.


Dah ada kek Ampangan tu, apa lagi, kite sarap kek tompek favourite ler.... sik-lem-ter-gor-sam-bil kawin dengan pulled-nescafe. Alhamdulillah. Lama sungguh tak sarap kat tempat nie. Kat mana?..rahsia...nanti orang serbu sey yang payah nanti....hahaha (tamak)



My sis hadiah kan sey capsule drawer nie.... cantikkan. Dah setahun 5 bulan sey jadi pelanggan Arissto nie. 


Ok nie gadjet terbaharu sey. SSODD 5.5 liter. Warna dia tu yang menarik. Warna hijau memang warna kesukaan sey. Dulu kawin pun tema ijau (tetiba). Belum sempat try lagi nie. Esok nak kasi warm up.

Untuk aktivit memasak minggu lepas, oleh kerana dah mula masuk ofis, maka aktiviti memasak pun berkurangan. Barang basah pun dah mula lambat habis. Ayam yang beli sebelum raya pun tak usik-usik lagi. Sebabnya kami nie makan malam simple je, semua tak nak makan berat. Setakat sandwich, mee goreng, nasi goreng, pasta tu aje yang semua OK. Jadi bila ada AF nie, keje masak sey jadi lebih mudah. Masuk pulak group AF kat FB tu, macam-macam resepi orang share. Jadi minggu lepas sey buat, roti tuna bakar guna AF. Pastu swedish meatballs, memang dah selalu buat, tapi skrang nie goreng je meatballs dalam AF. Senang keje. Sambil tunggu meatballs masak dah boleh siapkan gravy dia. Sey rasa minyak masak sey nie akan lambat habis nie.






Spread the love

yours truly,