Yours truly,

Me Academia

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 1432: Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return

Hari ini genap 2 minggu arwah meninggalkan kami. Minggu lepas dan minggu ini aku sangat sibuk, sama ada memenuhi panggilan mesyuarat atau saja buat-buat sibuk. Hari ini aku kena juga menulis di sini, sebelum memori bersama arwah di hari-hari akhirnya tidak luput. Emak pun kelihatan agak tenang minggu lepas. Emak tak nak ikut anak-anaknya, katanya tak elok tinggalkan rumah kosong. Alasan  mak lagi, susah dia nak bertarawih kalau ikut anak-anaknya. Tapi kami anak-anak faham perasaan mak. Jadi kami pun tak memaksa emak untuk ikut. Kami adik-beradik berpakat untuk ambilkan mak pembantu rumah, sekurang-kurangnya mak tak de la sunyi. Terutama sekali ketika bulan Ramadhan ini, bila berbuka dan bersahur, ada la teman makan. Aku nie pun risau juga, takut mak tak lalu makan bila sorang-sorang. Mujur juga mak teh aku, adik mak tinggal berdekatan. Selalu juga la dia datang menjenguk mak di rumah. Syukur Alhamdullillah.

OK...aku nak sambung cerita pasal arwah.....awas....entry ini agak panjang dan penuh dengan emosi

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan 1432: the Passing Pt 2

Anak mana yang sanggup melihat ibu atau bapanya dalam kesakitan. Ketika melihat keadaan abah, aku hanya mampu berdoa agar Allah mudahkan sakitnya itu. Pada tengahari Isnin, 8 Ogos, aku memandang sayu wajah abah, yang nampak tenang seperti sedang tidur. Tapi aku tau dadah morfin itu yang membuatkan abah begitu. Walaupun aku risaukan kesan morfin itu, tapi jika itu sahaja yang dapat melegakan abah, dapat melalaikan abah dari sakitnya itu, aku redho. Pada Allah aku serahkan segalanya. Abah has suffered for almost two years. Walaupun dari segi fizikal mungkin nampak abah tu sihat, cuma berat badannya yang susut mendadak menjadi bukti yang abah sedang menanggung kesakitan, kalau tidak abah akan cuba berlaku seperti tidak ada apa-apa, terutama bila cucu-cucunya pulang.

Aku pun akhir-akhir ini, sebelum pemergiannya, kerap pulang ke Seremban. Setiap kali bila aku menelefon mak, mak akan tanya, "kau balik tak minggu nie? Balik laaa...ceria sikit abah tu bila tengok cucu-cucunya." Nama anak bongsu aku, athirah, memang selalu meniti bibir arwah. Pastinya itu cucu yang paling rapat dengannya. Hampir setahun abah dan mak menjaga anak-anak aku semasa aku di Brisbane. Hampir setahun juga la athirah tidur atas perut arwah atoknya. Ya, dengan atoknya, bukan wannya, athirah tido siang dan malam. Pasti kelibat athirah yang sering dilihatnya selalu.

Maaf, entry ini mungkin sedikit emosional.....

Friday, August 19, 2011

Ramadhan 1432: the Medication

Sebelum aku meneruskan catatan hari-hari terakhir aku bersama abah, aku di sini ingin merekod ubat-ubat yang perlu diambil oleh arwah setiap hari. Sebeban juga la. Sampaikan aku turut risau melihat ubat-ubat tu. Aku tertanya-tanya boleh ke arwah abah mengingat ubat-ubat yang perlu diambilnya itu. Kerap kali juga la aku bertanya, "abah, abah boleh ingat semua ini abah?" Bukan aku tak percaya. Abah jenis orang yang sangat terperinci. Setiap perkara, aktiviti akan dicatatnya. Abah juga la yang memperkenalkan aku dengan diari harian, mengajar aku bagaimana untuk mencatat perkara-perkara yang penting. Cuma, memori abah akhir-akhir ini sedikit terganggu, sedikit nyanyok, kesan dari ubat-ubat yang diambilnya itu.

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan 1432: the Passing Pt 1

Pada 9hb Ogos 2011 bersamaan 9 Ramadhan 1432, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat pada jam 12 tengah malam, lebih kurang 15 minit setelah aku sampai ke hospital dan berada di sisinya. Aku masih ingat lagi minit itu, saat itu, saat aku membisikkan salawat dan syahadah di telinga kanannya, saat kematiannya, gengaman terakhirnya dan saat doktor membuat pengesahan. Abah pergi meninggalkan kami dalam keadaan tidak sedar kerana morfin yang terpaksa diambilnya untuk melalaikannya dari rasa kesakitan yang amat.

Kesakitan yang berpunca dari cancer perut yang ditanggungnya hampir 2 tahun selepas di diagnos oleh doktor. Akhirnya abah menghadap Ilahi di bulan yang mulia ini.

Monday, August 8, 2011

Ramadhan 1432: unConcious

Today is the 4th day Abah at the hospital, and his condition is deteriorating.



tak tau nak cakap apa dah...



Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan 1432: the Pain

Yesterday, the 5th of Ramadhan, abah again was admitted, this time because of the excruciating pain on his back. He has been suffering from the back pain for the past three weeks, hmmm or maybe a month now. The reason for that is unknown, he didn't fall down for sure. Probably because of the medicine that now he has to endure. Abah has to take 16 pills twice a day, and that brings to a total of 32 pills a day. He has this big box of plastic container that store all his pills. Aku sendiri tengok pun pening dan serabut. Kesian abah.

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan 1432: Sedekah dan Zakat

Today is the 3rd Ramadhan.

3 hari dah berlalu, apa prestasi ibadah kita setakat ini. Jom kita cermin diri.

Jom kumpul pahala banyak2. Banyak aktiviti yang menguntungkan boleh kita buat. Tapi yang wajib tu kena la dahulukan. Jom banyakkan sedekah, moga-moga dosa kita diampunkan.

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)"

Nak sedakah macam mana? Macam-macam cara boleh. Sedekah ke surau-surau, masjid-masjid dalam bentuk makanan atau wang. Sedekah ke rumah anak-anak yatim. Paling mudah pergi ke website Islamic Relief Malaysia (IRM). Ada program derma Ramadhan, hasrat untuk menyumbang makanan (bahan masakan) sebanyak rm50 untuk sebuah keluarga.

Oh ya... zakat fitrah untuk negeri Selangor pada tahun ini adalah sebanyak rm7.00 seorang. Boleh la keluarkan zakat mulai hari ini.

p.s. hilang punca untuk menulis

Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,