Yours truly,

Me Academia

Thursday, April 30, 2020

MCO Day 44: 7 Ramadhan, bubur pulut hitam

Salam,

Genap seminggu dah kita berpuasa. Rasa cepat pula masa berlalu. Harinie merupakan kuliah dalam talian pertama sey semenjak MCO bermula dan student dicutikan. Alhamdulillah all went well. The students attended the lecture until the end. I went online for an hour, the rest we discussed off meeting. We used chat box and other medium. Forgot to mention I used Microsoft Teams. It is easy to work around, I have used skype before this, so I have the advantage to adapt to it quickly. Alhamdulillah too for UKM has online teaching and e-learning systems available, for sharing the materials, assignment minder, a medium for the students to discuss on a topic and also taking attendance. With all these apps and systems, I managed to teach my classes online and virtually. Am I getting hang of it. Don't let me get comfortable. I may not want to conduct my classes the old fashion way after this.


As I have class today and tomorrow, the same practice before MCO applies which is no cooking. Luckily we have many option available to breakfast. So we ordered nasi briyani ayam, air soda herb and katira for breakfast today. Sedap pulak tu. Alhamdulillah. The seller even gave bubur pulut hitam, for free. Since nobody like the bubur except me, olalalala pucuk dicita ulam mendatang. Kena pula dengan kopi paneh.


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan.

Spread the love

yours truly,

Wednesday, April 29, 2020

MCO Day 43: 6 Ramadhan Bazaar Ramadhan Online

Salam,

Sekejap je dah 6 Ramadhan. Minggu nie agak sibuk menyiapkan bahan-bahan pengajaran online. Lebih sibuk mengatur atau coordinate pelajar-pelajar. Nak pastikan pelajar-pelajar tersedia untuk menghadiri kuliah online nie. Bukan perkara mudah, in terms of bahan OK. Mujur ini semester kedua kursus ini ditawarkan. Jadi bahan-bahan mengajar dah siap. Cuma perlu menyediakan lebih bahan supaya pelajar boleh access bahan tambahan.

Harinie masak simple je, kari ayam dan sayur campur. Untuk buka, beli je murtabak ayam dan roti john Wak Lan. Mujur ada bazaar online. Esok boleh order lain pulak, ada kuliah busy sikit nak masak-masak nie. Alhamdulillah.


Nampaknye PKP 4 ada kelonggaran. Dah ramai orang mula bekerja. Termasuklah staff LHDN. Pasal kes bayaran balik LHDN tu, dah tau dah jawapan nye. Mereka kira sekali tuntutan yang dalam kes rayuan. Oleh sebab mereka belum sempat lagi menyemak dokumen yang diberi, jadi tunggu lah gamak nye. Takpe, janji ada reply daripada mereka




Spread the love

yours truly,

Tuesday, April 28, 2020

MCO Day 42: 5 Ramadhan, Ikan keli di kuali

Salam,

Orang nismilan dan salai memang susah dipisahkan. Masa order itik salai marin, order sekali ikan keli salai. Masa nak bersihkan ikan tu, wanginya bau salainya. Sambil menaip nie, bau salai masih lekat kat tangan sey...hahahahaha.... Tak nak bagi keli pecah, kita masak ikan keli salai dalam kuali.




Genap 6 minggu dah MCO. Tak sangka dah begitu lama kena perap dan kerja dari rumah. Minggu nie juga semester 2 bersambung. Fasa baharu pun bermula, cuba utk adapt dengan new normal.
Dah buat 3 meeting online dengan student. So far ok lah guna Teams, cuma from the student side, kadang tak dengar sangat (mic issue), ada tu meeting 1 jam, habis 1 gig data, rasa elok voice call dari video call.

Barang baking sey dah sampai, order dari Lazada. Puas mencari tepung beras, tepung pulut kat JG dan Giant, tak ketemu juga jodohnya. Berjodoh di Lazada. Macam-macam projek kuih lah weekend nie.




Kacang tanah, marjerin, minyak daisy, kacang hijau, sweet corn pun dah beli nie. Jangan tak buat sudah.


Spread the love

yours truly,

Monday, April 27, 2020

MCO Day 41: 4 Ramadhan dalam kenangan

Salam,

Cakap pasal new normal, walaupun tiada PaRam tahun nie, tapi ada yang menjual makanan PaRam dalam talian. Jualan dalam talian, bukan benda baharu, jadi apa yang new normal nya?

New normal nye bila pelanggan mencari penjual. Sebagai contoh, saya mencari penjual tepung pelita; seller popia basah sila munculkan diri; sy teringin nak makan tauhu bergedil agak2 ada yang menjual tak? Haaaaa lain style PaRam tahun nie. Itu lah new normal (tapi harap tak jadi norm lah).

Menu berbuka harinie, tamar smoothies dengan jemput-jemput atau nama hipsternya welcome welcome pakcik adabi. Untuk sahur nanti telur sambal dengan sambal goreng jawa.







Spread the love

yours truly,

Sunday, April 26, 2020

MCO Day 40: 3 Ramadhan, roti kirai tak cukup kirai

Salam,

Menu MCO Day 40, 3 Ramadhan: Roti kirai aka roti jala dan kari daging. Kurang seri sebab takde pewarna. Tak cukup kirai, tangan tak cukup bedung 😁, pan tak cukup lebar (macam-macam alasan ko 🤣). Last buat, tak ingat dah bila. Macam kat brissie je last buat . Bab roti jala nie arwah mak mertua sey memang handal, sey pandai tengok dia buat je. Sekarang adik-adik ipar yang pandai. Kalau kumpul belah my other half time berbuka mesti ada menu roti jala. Sey malas kalau masak satu satu mcm nie. Berjam berdiri kat dapur, makannye kejap je licin.


Buat peneman roti kirai tak berapa kirai nie, mango smoothie. Sekali nak blend untuk cawan ke 4 smoothie machine merajuk pulak halahalahalahala... acaner nie.


P.s. Lps MCO nie, nak carik flat pan yang maria tungku sabri pakai utk goreng burger dia tu.
P.p.s. Tadi buka blog lama nak carik resepi kuih kemboja, terjumpa post pasal roti jala. Those were the days.


Spread the love

yours truly,

Saturday, April 25, 2020

MCO Day 39: 2 Ramadhan Pau Sambal

Salam,

Harinie sey buat pau sambal aka burger Malaysia. Buat sendiri boleh letak ikan bilis banyak-banyak. Kalau beli pun slalu pau dah sejuk atau keras sikit. Buat sendiri sampai ke moreh lembut lagi. Rupa kurang kacak, dah nama skali skala buat kannn. Kirim cendol BMI kat acik panda skali.



Nak buat pau nie pastikan yis aktif, takut terbeli yg expired kan. So bancuh dulu yis, bila tengok yis naik baru proceed. Sey ikut resepi kat sini. Dough dia melekit dan lembik sikit, jangan tambah tepung pulak. Nak bentuk tu dust jari dengan tepung dulu. Rehatkan dough dua kali. Kali pertama masa bancuhan, kali kedua bila bentukkan bulat-bulat. Tak de lah dapat bulat-bulat pun, herot berot jadinya, tangan amatur kan....kikiki.

Sambal tu sey buat macam sambal nasi lemak je. Dapat dalam 18, boleh dapat 20 biji kalau bulatkan betul-betul. Macam sey ni ada yg terbesar pulak.


Spread the love

yours truly,

Friday, April 24, 2020

MCO Day 38: 1 Ramadhan, ayam masak jintan bonda

Salam,

Harinie hari pertama puasa, iaitu 1 Ramadhan. Pagi menyiapkan kerja, ada adhoc meeting membincangkan tentang penilaian akhir kursus. Kemudian membaca kertas kerja student pula.

Harinie sey masak masakan ayam jintan resepi bonda, kegemaran kami sekeluarga. Biasa bila kumpul ramai-ramai, adik beradik, bonda akan masak lauk nie. Tahun lepas tutorial, tahun nie baru nak praktik sendiri tanpa bonda supervise hahahahah...Menjadi juga, Alhamdulillah, cuma terlebih minyak masa menumis bahan tadi, jadi minyak berladong atas gulai.





Nie tengah menumis jintan putih, bawang putih, bawang merah sedikit, halia dan lada hitam. Bila dah pecah minyak tu masukkan air asam jawa ibu jari (nampak sangat resepi mak-mak pakai ibu jari untuk ukur). Masa menumis api jangan kuat, tak nak rempah hangus.


Semasa menumis tu, jerang ayam dan santan (kalau ikut sukatan 1 kelapa, 1 ekor ayam). Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan ke dalam periuk ayam tadi.











Ni hasil dah masak, sedap. Cuma lain kali kena kurangkan minyak masa menumis.

Untuk kuih, sey goreng jemput-jemput/welcome welcome je. Lemang semalam ada lagi, kita repeat.














Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.


Spread the love

yours truly,

Thursday, April 23, 2020

MCO Day 37: Hari memantai, esok puaso weiii

Salam,

Hari Khamis nie, I woke up with a mission. Rasa macam tak adil pulak untuk miss y dan miss t kalau takde baju raya tahun nie. Lepas tu teringat She Qeen, haaa baru teringat yang kedai nie ada online jugak. Dah biasa beli kat kedai nie, dah tau size, dan selesa. Beli aje lah kat sini. OK baju raya Alhamdulillah settle. Akan dipos hari Isnin depan. Harap sempat lah sampai sebelum raye.

Kemudian, otak ligat pulak carik bahan baking. Masuk lazada balik, carik bahan-bahan. OK settle.

Lepas tu nampak pulak orang jual lemang dan rendang kat FB, order lah 2 batang lemang dan rendang. Biasa sehari sebelum Ramadan kito memantai, tapi tak dapek balik umah bonda, nak masak sorang-sorang maleh. Boli yo lah....Settle tadi makan lemang dan rendang.



Ado orang memantai, ok lah. Dah terbiaso kadang nak buek gak. Kalau kat kampung tu boleh lah masak ramai-ramai. Bukan kumpul ramai-ramai. Sapo yg ado kek umah tu masak samo-samo. Masak untuk juadah sahur sekali. Masa kan tak buek kalau boleh kan, orang kek berito harian pun faham haaa...  new norm ko tak, adat nie dah terbiaso, nak move on buek apo, tahun nie yo kono  mantai sendiri, esok-esok bilo semuo dah ok, kita mantai balik, macam kartunis Gayour koba nie.

Tadi tunggu dopan TV, nak donga announcement puaso, lepas tu tunggu PM berucap. Sekali PM bagitau PKP extend lai ko 12 Mei, adoiyaaaiiii masuk PKP fasa ompek dah nie.


Den nak simpan kat sini:

PKP Fasa 1: 18 Mac hingga 24 Mac
PKP Fasa 2: 25 Mac hingga 14 April
PKP Fasa 3: 15 April hingga 28 April
PKP Fasa 4: 29 April hingga 12 Mei

Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.
Ramadhan kareem 1441H.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, April 22, 2020

MCO Day 36: Kata orang pahit tu bagus

Salam,

Kejap je dah Rabu. Esok potong tengok anak bulan Ramadan. Ghaso bilo mulo poso?

So harinie, keje macam biasa lah. Pastu sey masak asam podeh ikan yo, tumis sawi. Sawi nie my other half yg beli. Minta belikan sawi bunga, asalnya dio terambil sawi jopun. Mujo dia call minta confirmation. Nasib belum bayar lagi. Patah balik, ambil sawi, cakap ngan dio takdo sawi bunga ambil sawi biasa, 2 ikat. Sey mano lah tau 1 ikat tu bosa mano kan. Sekali satu ikat tu lobih socokak den...hahahaha...ambik. Sawi nie asalnye nak buek makan ngan mee kari, kemudian utk mee goreng esok-esoknya. Skali sampai ke harinie tak habis2 lagi sawi nie. Pahit sikit sawi nie. Tu yg sey selalu beli sawi bunga daripada sawi biasa. Orang kata benda-benda pahit nie bagus. Moga dapat kebaikannya. Aamiin.




OK lah, kito tunggu lah announcement esok.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, April 21, 2020

MCO Day 35: Go with the flow

Salam,

Harinie sey keluar beli barang. Sasaran adalah bahan-bahan nak buat kuih dan juga some baking stuff. Tak lupa juga barang keperluan bulanan seperti sanitary pads. Yang ini my other half tak boleh beli, macam2 jenis kang dia pening. Rumah nie ada 3 orang memerlukan sanitary pad. Salah beli kang tak boleh pakar pulak so baik sey yang beli.

Balik rumah kemas barang, kemudian siap-siap nak masuk keje. Harinie tak masaklah, kite order je nanti. Petang kang ada meeting pulak.



Dah masuk 5 minggu PKP nie, nampak kesan memberansangkan. Minggu depan tamat ke? Tapi masih ada kes positif lagi...aduiyaai.... kesian pada miss t, dapat ke tidak dia ke sekolah lagi tahun nie, dah lah UPSR batal, tahun nie last dia sekolah, mesti nak jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu sebelum sekolah berakhir. Bila tanya dia, dia memang cakap dia OK, tapi miss t nie suka sorok perasaan dia. Dia tanya, kalau adik face time ngan kawan-kawan, kawan-kawan nak ke? Sey encourage lah dia untuk face time tu.

Benarlah apa yang ada kat dunia nie sementara, apa yang kita rancang tak semestinya berjaya, apa yang kita kejar tak semestinya kita dapat. Jadi apa nak pening-pening, go with the flow aje lah.

Semoga ada keindahan kelak....aamiin...


Spread the love

yours truly,

Monday, April 20, 2020

MCO Day 34: Lomak labu

Salam,

Today is Monday. Actually I got permission to go to the office to pick up my teaching material. But since I need to get permission from PDRM as I will cross the state border, I decided to not go. Takpe lah, I will find ways to prepare the materials. I am doing it pun.

So for lunch, I cooked masak lomak labu and sardin goreng yo. Ada biji labu tu, cuba lah nak experimen. I asked miss y to google what can we do with the seeds. She said can roast them. Makanya, miss y pun buatlah experimen.



Terlama pulak panggang, this is just under 10 minutes. Kena buat dalam 5 minit aje kot. Still tasted nice, extra carbon.

Trending kat FB now, page "Masak apa tak jadi hari nie" klaka.


Spread the love

yours truly,

Sunday, April 19, 2020

MCO Day 33: Of lasayaya and board games

Salam,

It's a lazy Sunday. We just ordered for lunch and at late afternoon I cooked lasagna, my eldest's favourite. Thus, I named it lasayaya.





Last night, I played Harry Potter Scrabble with miss y and miss t. I bought it online. Thought I would add some new board games to the collection. I was searching for Scrabble and came across with the Harry Potter edition. Takde la beza sangat dengan Scrabble yang conventional tu. This Scrabble has a playing cards with some instructions. You can still play with the standard words, but if you use words from Harry Potter, should I say lexicon, then you will get extra points. We started playing at 6 pm, I figured we will need extra time to understand the game. End up with finished a bag of letter by 9.30pm. Itu termasuk sesi membebal kat miss y n miss t pasal RESPECT.


Then they wanted to play Cluedo. This is the first time I played it. OK lah, takdelah misteri sangat. You need to figure some missing cards to end the game.


Get to find more board games.


Spread the love

yours truly,

Saturday, April 18, 2020

MCO day 32: Mom's mee kari

Salam,

My plan is to be lazy this weekend. I don't want think about work. I want to pay more attention to the things around me. So for today I cooked mee kari bonda. This is my mom's recipe. Just the same with other mee kari recipe, the differences are adding dried shrimp and chicken stock to the kari. Oh and mom's make egg omellette instead of boiled egg.



Anak dia kena master this mee kari. She cooked it on special occasion.


Spread the love

yours truly,

Friday, April 17, 2020

MCO Day 31: Our furry kits...adult dah

Salam,

Harinie bz sikit. Dok siapkan teaching plan yang kena replan dan bahan-bahan untuk penilaian. Kuliah akan bermula semula pada 27 April.

My other half pergi market harinie. Biasa bila dia gi market kite pun tak boleh nak buat apa-apa, kena standby tunggu call dia. Macam on call. Cuma harinie lambat pulak dia call. Rupanya dia kata, harinie q panjang. Dia sampai pukul 8, q dah panjang sampai ke KFC tu. Perrghhhh.... ramai orang, tapi bila dah masuk tu, ok smooth je.

Harinie takde post makanan, sebab masuk sup ekor yo.

Jadi harinie nak post pasal kucing-kucing kami yang dah besar nie. Dah 8 tahun bela diorang, kecuali koko ada 7 tahun lebih dah.

Lulu aka Luna'tic' aka Excesive Licker
Didi aka didot aka boyot


Koko aka budak cekelat aka gogo

dan Tamtam dalam kenangan....

Tamtam aka mokmok


Spread the love

yours truly,

Thursday, April 16, 2020

MCO Day 30: My new gadget

Salam,

Today I was busy preparing for the online class  and also class assignment description. The class will continue starting 27th April. So focus fazid. You need to prep your gear now. And today, I received my additional gear. Just in time.

I saw a friend of mine using the tablet for teaching. I found it interesting, thus I went to Lazada and found it. It tooks 4 days since I placed the order to arrive. That's fast, just that it took time to install it. Apparently the driver only support Windows 10 and above, I still use Windows 7, hey don't laugh, old OS is still functioning like a bull, and it is easy to manipulate. So I searched for a compatible driver and I found it. So since yesterday the tablet has successfully installed plus miss t has been exploring it successfully. She mastered it damn quick. You can see her drawing on the 2nd picture.





So, with the installation, testing, and demo video, it took the whole afternoon off my work. OK lah, this is also part of work.

Today technically I didn't cook lunch. Because lauk semalam ada lagi, so sey goreng tempe dan ayam goreng je sebagai tambahan.



Spread the love

yours truly,

Wednesday, April 15, 2020

MCO Day 29: Bebek gulai

Salam,

Harinie kisah gulai bebek. My other half teringin sangat nak makan gulai itik aka bebek. Orang indonesia panggil bebek. Kat nismilan nie, kalau jalan menghalo kopilah banyak gerai yang jual itik salai. Seingat sey lah, maso kocik walaupun arwah wan n atok ado bolo itik, tapi tak pernah masak itik. Telurnya ada dibuat asin atau gulai, tapi dagingnya tak pernah. Bonda sey pun tak ponah masak itik. Bolah jolobu, kampung sey tak pernah lagi poi umah orang yang masak gulai itik. Tapi sey ponah donga lah gulai itik nie. Sampailah satu harinie, sey raso ado 8 tahun, poi beghayo umah arwah mak teh sobolah my other half, arwah nie memang pandai masak, dia ada catering business. Jadi haritu dia ado masak ghondang itik, tu lah first time sey makan itik, mak oiii sodap tul. Sey balik umah lepas tu tanya bonda sey, "mak napo mak tak pernah masak itik?" tapi sey dah lupa apo bonda jawab. Semenjak haritu kalau ada peluang dapat makan itik, memang sey akan pilih lauk tu lah. Tak kisahlah gulai itik ko, rendang itik ko, sey makan.

My other half pun terpengaruh lah dengan tabiat sey nie. Ada satu restoran nie, kek Bangi, masakan itik dio memang superb lah. Setakat nie tompek lain tak boleh lawan. Kalau nak rendang itik, ada beberapa tempat juga sodap, termasuk Zaini Salai jalan menghalo pilah tu.

Since MCO nie, dah lamo tak poi restoran kek bangi, my other half dah teringin sangat. Mujur lah pakcik yang jual daging salai tu ado jual itik salai gak, jadi, beli lah setengah ekor. Boli sekor kang banyak pulak, freezer pun ponuh lai. Setengah ekor nie, sekali masak.

Bolum potong, takde hal. Sey belajar potong whole chicken maso kek Brisbane gak. Sano kalau beli ayam kek kodai runcit Acai dio jual sekor2 yo. Kalau gi butcher je dah siap potong. Menggagau lah jugak maso mula2 belajar nak motong. Sekarang nie setakat 5 ekor apa ada hal...chewah.....



Mulo-mula sey goreng cendawan dulu. Maso goreng cendawan tengok api dapur dah tak cantik, mujur ada PPC. Jam pun dah kul 12 kang lambek makan. Lebur semua dlm PPC. Tokan tokan dah. Dah berumur 5 tahun PPC nie, hadiah masuk rumah daripada bonda. Sangat reliable, terutama sekali masa bulan puasa. 15 minit siap gulai den.





Kerna kasih kuturutkan.

Majikan sey beri kebenaran untuk masuk ke pejabat ambil barang penting. Memang niatnye nak ambil fail dan buku. Penting tu. Tapi bila baca panduan dia, dengan time window yang singkat, sey nak kono rentas sempadan noghori lai..... alahai.... kang tokoja-koja. Silap-silap bila sampai ofis, maso pun dah habis....tak payah lah. Tinggal 2 minggu yo lai haaa....

Sabar yo lahhhh....

UPSR dan PT3 untuk tahun nie dibatalkan. Reaksi miss t tadi, ala kenapa batal, habis camne nak masuk tingkatan 1? She is not happy.....


Spread the love

yours truly,

Tuesday, April 14, 2020

MCO Day 28: Cukup 4 minggu sudah

Salam,

Harinie genap 4 minggu Malaysia menjalani (betul ke guna perkataan nie?) Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order. Esok PKP bersambung lagi dan bermula fasa ketiga PKP. Fasa ketiga akan berakhir pada 28 April. Besarlah harapan sey agar ini adalah fasa yang terakhir. Masa tu inshaAllah Ramadan pun sudah bermula. Sey takdo lah kisah sangat kalau Ramadan dah mula pun sebab takdo apa yang kurang. Kalau pasal solat sunat tarawih, rasa semenjak ada miss y nie solat sunat kat rumah je, agak jarang-jarang ke surau sebab tak mau kehadiran miss y ganggu jemaah lain. Walaupun miss y masa kecil, miss t pun, tak banyak karenah, tapi manalah tau kan. Kalau pasal berbuko, dah biasa dah buko masak sendiri, kadang-kadang aja pergi PaRam. Yang mungkin agak terkesan adalah solat sunat Aidil Fitri, yang ini memang tak pernah miss lagi solat berjemaah ramai-ramai. Paling rindu solat raya kat Brisbane, di padang Munro Park, beratapkan langit biru. Dulu, masa sey jadi anak perantau, Hari Raya jatuh pada waktu Spring, awal dan hujung Spring. Masa mula-mula sampai sana 2007, tengah-tengah Spring, sebelum balik Malaysia for good, puasa semasa Winter, raya hujung Winter tak silap. Perrghhh best. Nyaman je.

OK kalau yang nie sey tak kisah sangat, apa yang sey terkilan. Sey nak balik kampung jumpe Bonda lah, dah 4 minggu tak balik weiiii....

Harinie sey masak asam podeh ayam yo. Sey nie masak takdo lah handal, tapi setakat basic-basic nie ok lah. Ini pun sebab kena poi tompek oghang, mano ado kodai makan cam sini, takkan hari-hari nak makan pizza Abra, Nandos St Lucia atau West End atau Queen St, filletOfish Macca, kebab Toowong atau Indooroo, fishNchips George, nasi briyani Miss India, chicken butter rice Queen St, nasi ayam kat West End, pizza Moorooka, fried chicken Fortitude Valley, sandwich Merlo QUT, kuay teow goreng Satay Club, sushi Hanaichi.......

.............................................<pause kejap, terkenang semasa dulu>.........................................

Banyak tempat makan halal kat Brisbane tu, but still, bila ko bayangkan sedolar = 3 ringgit takkan ko laratnye nak makan luar selalu. Masak lah weiii, lagipun tekak melayu, memang carik nasi selalu. Nak-nak oghang nismilan, nak podehnyo, nak masak kuningnyo...hai hai hai....kira sey master cooking skill maso kek brisbane lah....

Ok balik ke pangkal jalan, nie sey berangan nak jadi utuber amik video kejap.


Asam podeh nie den dah masak masa anak dagho lagi. Ado acik kedai runcit nie ha ajar omak sey, dio kato, akak cubolah masak ayam tu asam podeh, asyik masak bersanton yo...haaa memang sodap tul asam podeh ayam.... mokasih lah acik, tak tau lagi acik tu ado lai ko tak, kodai runcit eh dah lamo tutup.


Sekian.....

Spread the love

yours truly,