Yours truly,

Me Academia

Wednesday, July 29, 2020

Pokok kat ofis

Salam,

Dah makin segar dan merimbun pokok yang sey tinggalkan semasa PKP sehinggalah sey masuk ofis semula pada 10 Jun. Sudah hampir 2 bulan melalui proses RMCO, pemulihan aka recovery hehehe.





Sey memborong barang-barang kebun lagi. Cubaan menanam cat grass, kangkung, sawi dan bayam.




Spread the love

yours truly,

Beg kait Kaay Bag

Salam,

Harinie nak cerita sikit berkenaan beg. Sey ini tak lah cerewet pasal beg atau handbag, tapi memilih juga lah. Sey nie apa-apa barang pun kalau dah selesa dengan brand/jenama tu, akan kekal lah dengan brand tu. Orang kata brand loyal...hahahahahha... Bila sey tukar ke brand lain? Bila 1) Produk brand tu discont. 2) Upgrade produk kepada yang lebih baik. 3) Tiba perasaan adventurous.

Jadi kisah harinie adalah hasil daripada faktor ke 3 tersebut. Tiba perasaan adventurous. Perasaan adventurous ini juga disokong oleh reka bentuk dan hasil yang menarik dan berkualiti. Bag Kaay Bag nie ambil tempahan untuk beg yang dikait. Haa... macam zaman 70s camtulah. Masa mula-mula sey tempah beg nie, sey tengah cari idea untuk hadiah my sistah. Dah lame tak belikan my sistah something. Puas mencari idea bernas, daripada flower delivery ke cake delivery ke perfume ke buku ke macam-macam lagi lah. Sampai satu haritu, ternampaklah iklan Kaay Bag nie kat FB. Lantas sey pun membelek-belek koleksi beg yang mereka ada. Masa tu tak banyak review, sey rasa baru lagi. Sey pun dengan perasaan teruja dan adventurous peyemlah nombor yang diberi. Setelah berbual, sey pun buatlah tempahan beg kerja untuk my sistah. Warna coffee brown, gambar ada di bawah nie.

                                                              

Sey order 1 aje dulu, sebab nak tengok hasilnya. Oleh kerana itu kali pertama sey menempah beg, Kaay Bag beri sey voucher. Dan bila beg dah sampai, sey tengok buatannya kemas dan cantik. Kualiti dia bagus. Yang ini bahannya kulit. Jadi sey pun sebab puashati, tempahlah lagi satu beg untuk sey sendiri. Sementelah ada voucher, sey pun nak carik beg kecil je. Sey tertarik hati dengan beg kat bawah nie. Ini juga merupakan beg kait pertama yang sey beli. Yang orang bagi adalah, tapi daripada Kaay Bag ini, kualitinya sangat puas hati.

Nie semua sey order semasa 2018.

                                                            

Tahun nie sey order lagi. Sey nak carik beg yang boleh masuk laptop. Dan juga sey tempah wrislet untuk student sey, tanda terima kasih atas projek yang telah dilaksana.




Cantikkan warna biru denim tu. Belum pakai lagi, lepas raye lah.

Search aje Kaay Bag di FB. Harga pun berpatutan. Beg ini make to order dan boleh customize.


Spread the love

yours truly,

Sunday, July 26, 2020

Me and flower: Yellow roses

Salam,

Tadi ke supermarket beli barang dapur. Ramainya pulak orang kat supermarket tadi, gerun pulak rasa. Pastu, ramai juga warga asing, yang cakap vietnam lah, indo lah, seriau pulak rasa.

Sempat tinjau-tinjau bunga kat florist yang sey biasa beli. Dah setahun rasanya sey tak beli bunga. Ntahlah mood berbunga tu hilang ke mana dulu. Tapi tadi sey happy pulak tengok rose kuning nie. Kena pulak statice ungu nie tengah blooming. Maka sey pun beli lah bunga. Tambah peacock sikit kasi kembang kat belakang. Murah aje kalau beli fresh flower nie, nie total RM25. Biasa sey spend dalam range 20 ke 30 lah. Mahal pun sebab bunga lily. Kadang-kadang florist nie ada jual bunga yang jarang nampak masa special occasion like CNY. Bunga-bunga nie datang dari Cameron.


                                                 



                                                  

Akhirnya dapat pakai vase pemberian my sistah.



Nie pulak bunga dari pokok kucai sey. Cantikkan, tak tau lah berapa lama tahan tu. Sey tunggu benih tu matang je nak benam ke tanah.




Tak perasan dulu kucai nie kat rumah bonda berbunga tak? Mestilah berbunga kan, kalau tak camne dia merebak.

Sey risau dengan peningkatan kes Covid19 akhir-akhir ini. Kuching dah red zone. Sepang, Gombak dan mana lagi satu, tak ingat, dah yellow zone. Allahu. Seriau.


Spread the love

yours truly,

Saturday, July 25, 2020

Seafood galore

Salam,

Hari Sabtu, hari kita bermalasan dan spend masa dengan famili. Cara sey spend masa dengan famili adalah dengan memasak. Hari kerja memang jarang masak, kalau masak pun untuk makan malam, yang biasanya lauk mudah seperti sandwich, nasi goreng, mee goreng, mihun goreng. Dah lame tak makan berat since my other half and me mula jaga badan. Anak-anak pun tak makan berat malam. Dulu sey memang masak lauk untuk makan malam, sebabnya masak untuk dinner sekali dengan lunch esok harinye. Senang anak-anak balik sekolah lauk dah ada. Cuma penatlah, dan bertambah penat dan serabut masa sey memegang jawatan sebagai ketua program. Kadang-kadang tu berkejar balik rumah nak masak, malam memang penat sangat. Tu belum nak lipat baju, gosok baju untuk esoknye. Sey pulak bukan jenis yang gosok baju untuk seminggu, sebab apa yang sey nak pakai hanya sey boleh decide malam sebelum hari esok. Sama juga bab memasak, ada orang boleh prep bahan pada hujung minggu, siap tumis-tumis, hari kerja terus panaskan, atau tambah lauk aje dalam kuah yang disiapkan pada hujung minggu tu. Sebab sey bila nak masak, hari tu baru fikir nak masak ape. Kiranya sey nie short term planner lah. Not good at long term. Sebab tu sey kalau kerja2 operational ok je, tapi kalau strategic, alahai....lemau rasanya.

OK, balik ke harinie, minggu lepas seperti biasa, bila beli barang dapur bonda, sey beli sekali barang dapur sey. Jadi haritu masa di pasar, jumpalah sotong besar dan ketam. Apa lagi, sey pun beli. Maka, harinie sey masak; ketam telur masin, sotong bakar dan honey lemon ikan fillet.





Tu dia spread makan tengahari tadi. 


Tambah meriah dan bermakna lauk tu bila sey guna daun kunyit, kucai dan kangkung tanaman sendiri. Kangkung tu baru nak belajar, jadi tak banyak. Kunyit tu sebab dah merimbun sangat, nanti tumbesaran dia terbantut pulak, maka sey ambil untuk jadi lapik semasa bakar sotong, baru wangi. Kucai tu pun dah merimbun. Seronoknye bila masak guna bahan yang ditanam sendiri. Macam youtuber dari China, Liziqi dan Dongxi. Best best.

Kesian kisah youtuber S&P tu kan. Yelah tak semua orang boleh cope dengan instant fame.


Spread the love

yours truly,

Friday, July 24, 2020

Gardening Part IV

Salam,

It has been a month since my last post on me gardening. So here is an update.

Lemongrass, I have added 3 new anak serai, this time it took just 1 week for the new root to duplicate. Mungkin sebab enough sunlight and enough water, considering it is raining season now.


My kunyit, abundance of them now. Both in the flower bed outside my unit and in the pots at the balcony. Daun kecik2 coz I planted them too close. Nak kena buang sikit daun.


Daun kesum (hai susah pulak menaip guna hphone nie, lari alignment haaaa). The only surviving kesum, tapi nampak ada harapan nie. Takpe weekend nie sey tambah anak baru.


Kangkung, dah boleh harvest nie. Nie gara-gara dibuli Didi, tinggal 4 batang aje. Dah order anak benih baru, nnt kite semai.

My halia, belum cukup umur untuk harvest. Belum nampak ubinya merah lagi.



Trying a new technique for planting spring onion. Nampak menjadi. I am so happy. Alhamdulillah.

My garlic chives arw blooming. Soon I will have a new anak pokok.


And the rest of my plant. Ini dekat balcony.


Spread the love

yours truly,

Pandan sponge cake

Salam,

Ntah kenapa tekak sey nie rasa nak makan kek, dan terbayang resepi kek span AF nie. Mudah sangat resepi nie, bahan-bahan pun ada kat rumah. Yang buat dia paling mudah sebab masuk AF. Cuma hasilnya sey tak berkenan sebab 1) permukaannya tak cantik kerana tiupan angin tu, dan 2) hasilnya kek jadi kering, macam makan bahulu. 

Nak buatnye tak susah, dan cepat. Sey sampai rumah, solat asar dulu, kemudian terus prep bahan dan bakar. Semua masuk FP, sonang kojo sey. Bakar pun 20 minit je. Pukul 6 petang dah siap, ting.....






Bakar dengan oven lagi best kot. Nie lah resepi kek yang pertama sey bakar guna AF. Kalau pastri dan biskut tu cantik kejadiannya. Kek buat dia dry.


Spread the love

yours truly,

Bunga ku disunting

Salam,

Pokok kucai ku sudah berbunga. Tapi telah disunting sang burung nie. Amboi encik, jangan ambil banyak benih dia ye, saya nak semai anak yang baru.





Spread the love

yours truly,

Tuesday, July 21, 2020

Back to school: What's in the lunch bag?

Salam,

Dah seminggu miss t kembali ke sekolah, with the new normal, macam-macam perkara baru, new norm juga. Nie lunch bag miss t sekarang. Sebelum nie ada hari yang miss t bawa bekal, ada hari beli di sekolah. Semenjak new normal nie, sey order terus untuk seminggu, makanan kantin. Makan pun kat bilik darjah, jadi tak risau kalau miss t lambat keluar rehat dan tak sempat beli makanan. Tapi kena sediakan bekas, sudu, garfu, tisu. Kain untuk lap dan hand sanitizer tu bonus. Nampak lebih kemas sikit kalau makan macam nie, sey jamin sampah pun tak banyak dan lebih bersih.





Spread the love

yours truly,

Monday, July 20, 2020

Menjeruk cili, jangan menjeruk hati

Salam,


Ahad malam Isnin, tengah rehat-rehat lunjur-lunjur kaki, miss t tanya, "mama boleh beli mangga tak esok?" . "Adik nak buat ape?", sey tanya, "untuk science projek," katanya.

Allah, sey memang malas nak singgah kedai esok. Sabtu dan Ahad nie pun asyik keluar masuk rumah beli barang dapur bonda. Hey miss t nie pun satu, malam-malan camnie, nak sekolah esok baru lah teringat nak beli itu ini. Nie mesti leka siang hari, malam baru nak check list sekolah. 

Sey pun cakap,

"Ala dik, mama malas lah nak singgah kedai esok. Ada tak benda lain selain mangga?'
Adik said something, but I forgot what was it. Her science project is about pickling, menjeruk. Then she said,

"Takpelah mama, esok kawan adik bagi nenas, nak buat jem"
" Dah buat jem pulak, tadi kata jeruk. Lagi payah nak buat jem, nak blend, nak masak lagi. Masak tu payah juga, nanti meletup-letup," sey terangkan pada miss t.

Hmmmmmmm..... kemudian sey teringat. I turned to miss y.

"Eh kakak, bukan pernah ke buat projek sains jeruk nie?"

"Haah"

"Awak buat jeruk apa?"

"Kakak buat cili je"

Haaa cili..... cili hijau pun banyak dalam fridge.

"Haaa... apa kata adik buat cili jeruk?" sey memberi idea.

"Cili jeruk? Nanti macammana nak makan tu? Adik kena tunjuk bukti makan dengan jeruk tu?"

"Makan lah dengan mee goreng ke, mihun goreng ke?" sey bagi cadangan.

"OK...."

Maka, malam tu, sebelum sey tido, sey pun siapkan bahan-bahan untuk menjeruk cili. Sey pun bukan tau pun buat, dulu pun miss y yang buat sendiri. Apa lagi sey pun meng google, jumpalah page ini



Nanti boleh tengok hasilnya, jadi ke tidak.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, July 14, 2020

Back to school, new norm vs new normal

Salam,

Sunyi je rumah petang nie. Sorang kat meja makan tengah siapkan kerja sekolah yang tiba-tiba menimbun. Dari minggu lepas siapkan keje lagak student uni sibuk nye. Bagus gak takde lah dia sibuk main game je keje.

Sorang kat atas tengah siapkan tugasan kolej. Sekali 3 tugasan madam bagi kat dia semalam. Tu tengah cakap sorang2 mengarang ayat. Bagus gak takdelah dia sibuk melukis je keje.

Si abahnye pun sibuk kat atas, membaca kalam. Mata dah mulai rabun, kala membaca, cermin mata bertenggek dihidung.

Esok dah mula sekolah. Baca SOP yang sekolah sediakan, nampak kemas dan teratur. Parents juga diminta untuk buat tempahan makanan untuk seminggu, makanan di kantin sekarang secara make-to-order. Norma baharu. Tiba-tiba teringat tuck shop kat Ironside state school.

Jumpa buku nie di used bookstore, perrghhhh harganya jgn tanya..... barang rare dah... ada sape2 yg kumpul? Buku RAM pun kalau jual used harga tak turun. Bertuah ler collectors RAM hehehe....




Hlovate, dah tulis 8 buah buku. Brader kedai buku bagitau Hlovate dah tak tulis, semenjak dah habis belajar dan sudah mula profesion sebagai seorang doktor. Dari cara cakap brader nie Hlovate nie penulis yang hebat. Tapi sey tak pernah dengar pula, takde kawan-kawan sey yang share pasal penulis ini. Mungkin sebab bukan generasi sey. Sey pun masuk goodread tengok rating Hlovate, wow boleh tahan. Balik rumah bila tanya miss y, dia pun tak pernah dengar. Tak apelah, biar sey explore dulu.

Esok dah mula bersekolah balik. Macam awal tahun je rasa. Baju, kasut, miss t pun dah tukar baharu sebab tak muat. Memang dah makin tinggi miss t nie.

New norm ke new normal? Rupenya dua-dua betul, cuma penggunaan yang berbeza.



Spread the love

yours truly,

Monday, July 13, 2020

Sambal tolo itik

Salam,

Harinie sey bercuti kerana menguruskan kemasukan anak ke kolej. Alhamdulillah miss y dah masuk kolej, maka bermula life dia sebagai pelajar kolej. Harini dah mula kuliah pertama. Kuliah masih berjalan secara dalam talian. Dapat offer letter Jumaat, kelam kelibut juga. Asalnya nak mohon untuk masuk intake September. Tapi kolej dah proses takpe lah, mula terus. Lagipun miss y tak buat apa-apa, asyik melukis aje keje nye...hahahahaha

Sempatlah sey masak sambal tolo itik. Tolo itik fresh beli daripada sahabat masih berbaki 5 bijik. Minggu lepas dah buat masak kuning, takkan nak masak kuning lagi. Kite buat sambal aje. Sey pakai pes sambal maggi je, sonang kojo den, tambah bawang, asam jawa, kecap manis dan garam.





Miss y online class pagi tadi. Application, document sume submit online, tak perlu ke kampus. Tunggu nak buat medical checkup sahaja. 



Spread the love

yours truly,

Saturday, July 11, 2020

Trying to recreate the CBTL's savoury scones

Salam,

On last Wednesday, my other half and me had coffee at CBTL. Our first coffee date at CBTL since MCO started and ended. I love CBTL because of the nitro latte/coffee, and the food and the cakes. So on that day, I tried their new coffee selection, mocha coldbrew and nitro. And I had their savoury scones too. Never saw the scones before. And it was so good. So today I've decided to recreate the scones. I used cupcake jemma's recipe, the recipe that I have tried. Read here. I just add beef bacon and chives and a little bit of spring onion from my small herb garden. 




So we had the scones for dinner. I cooked scrambled eggs, beef bacon and grilled vege. Kinda breakfast for dinner thingy. Another scones project achieved. Yeihaaa.....




And for tea, again I baked that pretty marble cake again. This time I made simple design, a spider web design. I like playing with colours. And for recipe, read here. I am happy with today's result because I used a round pan instead of the square one like last one. 









Itik Mashtar, the famous Sg Ramal salai house has open a branch in Nilai. We went there for lunch today.


Spread the love

yours truly,