Salam,
Semalam putar-putar channel cari cerita yang menarik. Dah lame tak ikut drama korea, rasa dah lebih 1 tahun. Itupun sebab bonda tak bagi feed yang menarik. Bonda pun dah bosan agaknye dengan cerita korea. Pergi ONE, drama dah puluh puluh episode. KBSW? Pun takde yg best. Banyak game show je. Tukar Oh!k, drama baru start, episod 1. Tunggu jap... layan jap... ehh.... best nie....OK sey dah jumpa drama yang sey boleh follow.
So citer yang sey tengok nie tajuk dia Kairos. Habis je episod 1 semalam, sey pun terus menggoogle. Oh rupenya citer nie premiering serentak di Korea Selatan. Cumanya di Korea, tayangan dia hari Isnin, sey kat sini tengok hari Selasa. Seminggu ada dua episod sahaja. So hari Selasa dan Rabu, jam 7.45pm sey akan standby depan TV lah. Mujur dah selesai maghrib.
OK malam nie dah tayang episod 2.
Selesai episod 1 semalam, tak sabar sey nak tengok episod 2. Nie dah habis episod 2 tak sabar nak tengok episod 3 pulak. Haaa macam tulah penangan dia. Kena sabar menunggu sampai hari Selasa lah nampaknye.
Apa yang best sangat drama nie. Drama nie lain dari drama korea yang sey pernah tengok. Sebelum-sebelum nie sey banyak tengok drama Korea yang melibatkan bisnes, hal orang kaya, hal orang tak berapa kaya, kisah cinta, kisah kekeluargaan.

Tapi kalinie, kisah dia lain sikit. Pasal crime, pasal ala-ala quantum leap pun ada. OK so episod 1 sey tengok dah 15 minit mula. Tadi cari juga link drama yang ada subtitle english, tak jumpa pulak. Jumpa yang ini aja, Kairos Episode 1. So sey citer sikitlah apa yang sey tengok ye.
Drama nie ada dua peneraju utama (watak). Watak pertama, seorang lelaki, eksekutif muda di sebuah syarikat pembinaan, syarikat yang besar juga. Dalam ahli lembaga pengarah, dia nie paling muda. Nama wataknya Kim Seo-Jin. Kim sudah berkahwin dan ada seorang anak perempuan. Tak perasan pulak sey umur anak perempuan nie. Isteri dan Kim dua-dua sedang sibuk, masing-masing berjaya dalam bidang masing-masing. Jadi mereka ada sorang au-pair yang take care of the girl. Oh lupa, nama budak perempuan nie Kim Da-Bin.
Watak peneraju kedua, seorang perempuan. Muda lagi, masih belajar, tak dinyatakan sekolah ke universiti. Tapi dalam episod 2 ada tunjuk scene Seo-Jin ke sekolah untuk dapatkan maklumat perempuan nie, so sey rasa dia belajar kat high school lah. Nama watak nie Han Ae-Ri. Mak Ae-Ri ada masalah jantung sehinggakan perlu dibedah. Sementara menunggu donor yang sesuai, Ae-Ri kumpul duit dengan bekerja di sebuah mini-mart macam 7e, untuk menampung perbelanjaan pembedahan mak dia. Seperti yang kita tahu, kos pembedahan dan rawatan mahal kan. Duit simpanan pun tak cukup lagi. Ae-Ri ni ada sorang kawan perempuan yang rapat dengan dia, Park Soo-jun. Rasa dah kenal lama, masa kecil-kecil lagi. Dan Soo-Jun nie memang selalu lepak kat rumah Ae-Ri. Kemudian kat tempat keje dia, ada sorang mamat tak boleh pakai nie (eeeiii dah masuk episod 2 nie geram betul aku tengok mamat nie). Nama mamat nie, Im Geon-wook.

OK kemuncak episod 1 nie, bila anak si Seo-Jin nie hilang. Mula-mula mereka ingat anak dia sesat. Bila cari -cari tak jumpa, dah jadi kes polis. Satu hari Seo-Jin dapat panggilan yang indicate anak perempuan dia Da-Bin kena culik. So dah jadi kes culik pulak. Cuma, penculik tak minta ransom. Tu menjadi pelik.
Ae-Ri pulak, suatu hari dapat panggilan dari hospital bagitau yang ada donor, so kena bawa mak dia ke hospital untuk check fit dan match. Bila di hospital, mak dia jatuh sakit, so kena hospitalised. Doktor bagitau Ae-Ri kena buat pembedahan segera, satu, sebab mak dia mungkin tak boleh hidup lama, dua, sebab organ tu kalau lambat akan diberi kepada next penerima. Si Ae-Ri nie buntu lah dia, sebab duit tak cukup lagi. Dah lah dia ada bgi pinjak kat Geon-Wook yang tak guna tu. Geon-Wook tu kunun pinjam duit buat investment. Tapi sey tau dia buat taik punya. Dalam si Ae-Ri nie dok buntu, dia ngadulah kat bapak dia. Dia call bapak dia, tapi masuk voicemail. Bunyi macam dia record. Tapi rupenya bapak dia dah takde (tak tau lah hilang ke, mati ke, cerai ke). So dia buat seolah-olah dia ngadu kat bapak dia. Rupanya telefon yang dia guna tu telefon bapak dia, yang sekarang mak dia guna. Dah habis dia ngadu tu. Baru dia perasan telefon dia takde. Cari-cari tak jumpa. So jadi kes telefon kena rembat pulak.
Sementara tu, Seo-Jin dok tunggu anak dia balik. So satu hari tu diorang dapat bungkusan, dalam tu ada jari. Bila polis test DNA, sah itu jari anak perempuan dia. Kemudian daripada ujian biopsi, diorang dapat tahun yang jari tu dipotong selepas anak perempuan dia tu mati. So maksudnya, Da-Bin dah mati. So bertambahlah huru hara Seo-Jin. Nak jadi citer, wife dia punyalah keciwa, sampai terjun jambatan bunuh diri.
So apa kaitan Seo-Jin dan Ae-Ri?
Haaaaa... inilah yang menarik sey untuk menontonnye.
Kan telefon Ae-Ri hilang. Bila dia call nombor dia, ntah macammana pergi ke telefon Seo-Jin. Tapi telefon Seo-Jin tu memang telefon dia, nombor dia. Maksudnya bukan telefon curi, atau nombor curi. So mula-mula sey ingat nie kes duplicate nomborlah kan. Mungkin kerja si penculik tu. Misteri kan...haaa lagi satu, Ae-Ri dan Seo-Jin nie masa diorang communicate tu, time lapse 1 bulan. Ae-Ri jawab panggilan Seo-Jin di bulan Ogos, Seo-Jin di bulan September, pada masa yang sama. Yang ini dalam episod 1 sey tak boleh agak lagi. Tapi ending episod 1 ada macam bagi hint-hint gitu. Dalam episod 2 baru faham.
So korang rasa apa yang akan berlaku?
So korang rasa apa yang akan berlaku?
Kite tunggu ajalah ye...... best drama nie.... so far sey bagi 5 out of 5.
yours truly,