Asyik lalu aje post si Limau Nipis. Dia buat santan pandan burnt cheesecake haaa.... sey pun teruja lah nak cuba. Makanya....
Me Academia
Showing posts with label cheesecake. Show all posts
Showing posts with label cheesecake. Show all posts
Sunday, November 8, 2020
Saturday, August 8, 2020
Finally, I made Basque Burnt Cheesecake
Salam,
I still have a block of cream cheese left from the Hummingbird cake project. Was thinking apa nak aku buat dengan 1 box nie. Nak buat cheesecake, I need to buy 1 block more, and so far I didn't see any philly. Nak buat carrot cake ke, alahai malas pulak. Then since I kept 2 boxes of whipping as stock, so I decided to make that basque burnt cheesecake. Come on fazid, give it a try, AF pun dah ada, it's trending now. Dan bahan semua dah ada....
Makanya, terjadilah that basque burnt cheesecake.
Makanya, terjadilah that basque burnt cheesecake.
Resepi diambil dari daripada page AF.
125ml whipping cream
3 large eggs (grade A)
1/4 cup of caster sugar
2 tbs of flour (I used self-rising flour)
1 tsp of vanilla flavour/essence
Process everything in a food processor or blender (exclude the flour). Once mixed, add the flour then process again.
Monday, June 22, 2020
Dari durian ke BCC
Salam,
So minggu lepas agak sibuk kerana minggu terakhir kuliah. Minggu ini minggu akhir perkuliahan. Macam-macam deadline student perlu kejar. Sey pula sibuk sebab nak menyediakan bahan-bahan penilaian juga. Sementelah semuanya perlu dilakukan secara dalam talian, daripada kuliah, tugasan hingga ke penilaian kursus, banyak perkara dan panduan perlu disediakan. Pendek kata penyediaan bahan dalam talian adalah lebih cerewet dan lebih banyak dan terperinci berbanding dengan perkuliahan secara konvensional. Tambahan lagi ini merupakan kali pertama sey menyediakan bahan 100% online. Macam-macam perkara perlu disemak.
OK udah lah cerita pasal kerja.
Kite cerita pasal kehidupan. Sekarang nie musim durian, deghian orang kampung sey cakap. Merata-rata ada je orang jual deghian. Laluan sey pergi dan balik kerja memang nampak lah orang jual durian di kira kanan jalan. Tapi nak berhenti untuk beli, sey nie bukan pandai sangat. Pandai makan je. Dulu harapkan deghian dari dusun mak di kampung dan kebun abah. Tahun nie macam takde rezeki, ialah dengan PKP lagi, pokok tak berjaga dan dah tua. Bukan nak jaga pokok tu, jaga atau tunggu durian jatuh. Kalau dah jatuh tak pergi ambil, nanti ada lah yang datang ambil tu. Sey pun skrang dah tak mencari deghian sangat, kalau ada ada lah. Tapi minggu nie, sey memang geram. My other half ada makan-makan dengan adik beradiknya. Sey tak dapek poi sebab kemas rumah bonda, rupenya diorang menjamu durian. My other half balik siap sendawa durian kat sey. Adoiii tak aci betul. Jadi, sementara ada kek Ampangan hujung minggu nie, sey pun ajak dia carik durian. Sey nie tak kisah pun durian apa, durian kampung pun cukup dah. Takdo lah sey nak carik durian yang mahal-mahal tu. Simple je sey, anak kampung kan...chewah done done cakap anak kampung. Yang sey tau durian isi putih dan kuning. Itu je...hahahahha... bab lain, jenama lain, musing king ka, udang merah ka, lobster ka, ketam ka, sey tak tau dan tak mencari. Kalau ada orang bagi sey ambil...hahahahah... Makanya, dapat lah sey borang durian semalam. Puas hati makan durian tu. Sendawa dan kentut pun bau durian...melampau nie.
Kisahnya pulak, miss y nie tak makan durian. Bau durian pun dia tak suka, dia kata pening. Alahai, sorry lah. Soalnya kat rumah nie, ada 3 orang antu durian. Tapi kalau durian tu dibagaikan, dia makan pulak. Macam-macam.
Perghhh sedap tul durian nie.....
Hujung minggu nie memang penuh aktiviti makan. Sey ada order burnt cheesecake dari my SIL. Dia buat untuk niaga. Sey beli kuih bakar juga. Sedap kuih bakar dia macam orang dulu-dulu buat. Bonda dan makcik sey pun suka. Patutlah selalu closed order. Semoga terus berjaya sis.
Masa ambil burnt cheesecake dan kuih bakar tu, dia bagi sey makan burnt cheesecake durian dia. Perghhhh... masa nie sey belum makan durian lagi, ekpedisi mencari durian belum berlaku hahahha....
Dia baru nak cuba-cuba, tapi tak tau nak jual berapa. Payah juga nak bisnes nie ye, nak pikir nak jual berapa lagi. Uiikksss
Miss y dan miss t tanya, kenapa sey tak buat sendiri burnt cheesecake nie. Sey kata, ala dah ada orang buatkan, kite order aje lah. Ntah, sey macam tak rasa nak cuba buat cheesecake nie. Tak tau tang mana yang kurang menarik. Skrang nie teringin nak buat hummingbird cake dan cinnamon rolls.
Dah ada kek Ampangan tu, apa lagi, kite sarap kek tompek favourite ler.... sik-lem-ter-gor-sam-bil kawin dengan pulled-nescafe. Alhamdulillah. Lama sungguh tak sarap kat tempat nie. Kat mana?..rahsia...nanti orang serbu sey yang payah nanti....hahaha (tamak)
![]() |
My sis hadiah kan sey capsule drawer nie.... cantikkan. Dah setahun 5 bulan sey jadi pelanggan Arissto nie. |
Ok nie gadjet terbaharu sey. SSODD 5.5 liter. Warna dia tu yang menarik. Warna hijau memang warna kesukaan sey. Dulu kawin pun tema ijau (tetiba). Belum sempat try lagi nie. Esok nak kasi warm up.
Untuk aktivit memasak minggu lepas, oleh kerana dah mula masuk ofis, maka aktiviti memasak pun berkurangan. Barang basah pun dah mula lambat habis. Ayam yang beli sebelum raya pun tak usik-usik lagi. Sebabnya kami nie makan malam simple je, semua tak nak makan berat. Setakat sandwich, mee goreng, nasi goreng, pasta tu aje yang semua OK. Jadi bila ada AF nie, keje masak sey jadi lebih mudah. Masuk pulak group AF kat FB tu, macam-macam resepi orang share. Jadi minggu lepas sey buat, roti tuna bakar guna AF. Pastu swedish meatballs, memang dah selalu buat, tapi skrang nie goreng je meatballs dalam AF. Senang keje. Sambil tunggu meatballs masak dah boleh siapkan gravy dia. Sey rasa minyak masak sey nie akan lambat habis nie.
yours truly,
Sunday, August 9, 2015
I baked Oreo Cheesecake
Dah lama rasanya tak buat cheesecake. I can't remember when was the last time I baked a cheesecake nor I remember the type of cheesecake I last baked. Yup, pretty damn longggg time ago, maybe I was still in Brissie. Anyway, with the new kitchen, and new kitchen organisation, I feel 'hungry' to bake.
![]() |
| Oreo cheesecake |
Thursday, July 30, 2015
I baked Japanese Cheesecake
Japanese Cheesecake atau nama lain Souffle Cheesecake nie memang sangat lembut, dan ringan. Teknik membuatnya adalah lain seperti pembuatan cheesecake yang biasanya sempoi aje. Cara membuatnya seperti membuat sponge cake, iaitu perlu pengasingan telur putih dan kuning. Telur putih dipukul seperti menghasilkan meringue.
Kerana tertarik dengan teksturnya yang lembut, licin dan ringan. Saya mencuba membuatnya. Hampir tidak jadi buat kerana dua sebab, pertama, perlu memukul telur putih untuk menghasilkan meringue dan sebab kedua, cheesecake ini perlu dibakar menggunakan teknik bain-marie. Maksudnya saya perlu membungkus dulang pembakar kek itu dengan kemas supaya air tidak meresap masuk ke dalam dulang pembakar itu.
Masa mula membakar, agak risau, takut teknik bain-marie salah diaplikasi. Tetapi, selepas satu jam, alhamdulillah, jadi juga kek lembut ini. Dan terus menjadi kesukaan orang-orang dalam rumah ini.
















