Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Thursday, December 3, 2020

Mee kicap lagi, tapi kali nie ayam stim

Salam,

Mee kicap atau mee wanton antara mee yang sey suka makan. Nak masak pun mudah. Semenjak dah tahu teknik untuk mee tidak lembik dan memek, makan pun makin kenyal-kenyal, sey dah confident untuk memasaknya. 

Mee wantan kalinie lain dari yang lain sebab ayam tu sey stim. Stim dengan halia yang tanam sendiri lagi bertambah enak dan wangi ayam tu. Sebenarnya, ini kali pertama sey stim ayam. Sey ingat tempoh lama untuk stim ayam, rupanya, tempoh masak ayam panggang dan stim sama je, janji air kena menggelegak. Seperti biasa ayam tu sey perap dulu dengan kicap, bawang putih, halia dan minyak bijan. Lebih elok kalau dapat perap semalaman, tapi kalau tak sempat, at least 4 jam pun ok. So nie, sey perap waktu tengahari, untuk masak petang.





Kat rumah nie, sey sorang aje yang nak makan ayam stim, so yang lain tu sey panggang aje.



Mee wantan tak boleh makan selalu. Apa-apa noodle gandum dan telur, nanti cepat ghemss....hahahahah....

Spread the love

yours truly,

Saturday, April 18, 2020

MCO day 32: Mom's mee kari

Salam,

My plan is to be lazy this weekend. I don't want think about work. I want to pay more attention to the things around me. So for today I cooked mee kari bonda. This is my mom's recipe. Just the same with other mee kari recipe, the differences are adding dried shrimp and chicken stock to the kari. Oh and mom's make egg omellette instead of boiled egg.



Anak dia kena master this mee kari. She cooked it on special occasion.


Spread the love

yours truly,

Saturday, April 11, 2020

MCO Day 25: Dari wanton ke oatmeal cookies

Salam,

Tibanya hari Sabtu, semangat nak masak. Masa keluar beli barang dapur kelmarin, hajatnye nak cari mee laksa sebab my other half beli daun kesum, dan banyak pula. Daun kesum tu untuk buat asam pedas ikan nanti. Otak pun terus compute, macammana nak habiskan daun kesum nie. OK ikan asam pedas satu kali, ayam asam pedas satu kali, laksa satu kali. Done. Tapi bila cari mee laksa, takde, baik yang basah mau yang kering. Hmm tak dapat ler nak melaksa. Kemudian ternampak mee wanton. 2 minggu lepas datang takde, ehhh peluang jangan dilepaskan. Kulit wanton pun dah lame beli tak buat-buatnya lagi.

Maka, tadi untuk makan tengah hari buat lah fried chicken wanton dan mee wanton. Musim PKP nie, susah nak nampak kelibat mee wanton kat sini. Mungkin sebab senang nak buat mee wanton nie, memang cepat habis jawabnya. Mee kuning, kuay teow pun sikit-sikit. Mee laksa apa tah lagi, kadang ada kadang takde. Macam teka teki nujum pak belalang pulak, banyak-banyak time bukan PKP, bila mula PKP sikit-sikit mee kuning dan kuay teow, jarang-jarang mee wanton, kadang-kadang mee laksa. Apa daa sey mengarut nie.

Rujuk beberapa sumber juga, antaranya mee kicap Adam corrie dan mee wanton kak ida. Dan seperti biasa, sey mesti nak menderhaka resepi punya, jadi nie cara sey buat kedua-duanya.


Chicken Fried Wanton


Mee Wanton @ mee kicap


Fried chicken wanton
Yang ini sey ikut resepi Adam Corrie
Bahan-bahan
Kulit wanton (tak kisah yang 4 segi atau yang bulat, harinie sey pakai yang bulat)
Dada ayam 1 keping (yang nie besar tapak tangan)
1 biji carrot sagat
1 batang daun bawang potong macam untuk sup
Lada sulah
Oyster sauce

Cara-caranya
1. Bersihkan dada ayam, kemudian cincang dia.
2. Dalam bekas yang sama, satukan kesemua bahan-bahan, kecuali kulit wanton (of course lah). Kemudian kacau kasi sebati.
3. Rasa-rasa lah ikut selera sendiri. Oyster sauce tu sey letak dalam setengah sudu besar je.
4. Dah boleh bungkus isi dalam kulit wanton. Boleh tengok video kat youtube macam mana nak bungkus, ada macam-macam bentuk boleh buat. Video sey tak de pulak.
5. Dah habis inti, boleh lah mula goreng dalam minyak yang panas, tapi jangan api besar, nanti tak masak pulak isi dalam. Goreng sehingga kekuningan.
6. Siap.

Mee wanton @ Mee kicap
Nak buat mee wanton nie sey ikut cara kak Ida . Sebab apa, sebab kuah kicap tu tumis dulu dengan bawang putih, baru naik bau.

Bahan-bahan
Mee wanton (beli satu papan tu boleh makan 4 orang. Satu gumpal tu 1 orang)
Bawang putih dalam 5 6 ulas besar, racik halus (minced)
Oyster sauce, kicap pekat, minyak bijan, lada sulah
1/2 kiub pati ayam
Sayur bok choy yang telah dicelur

Untuk ayam;
2 keping ayam (elok kalau pakai boneless)
Kicap manis dan kicap masin.

Cara-cara
Rebus 2 keping ayam. Bila dah masak, angkat dan perap dengan kicap manis dan masin. Biarkan dulu. Ayam nie nanti digoreng. Alternatif, boleh je perap ayam dengan kicap manis dan masin kemudian panggang, tak perlu rebus.

Buat kuah kicap: Tumis bawang putih sampai golden brown. Kemudian masukkan oyster sauce dlm 2 sudu besar, kicap pekat 1 sudu besar dan kacau-kacau. Masukkan air rebus ayam (sebab tu sey rebus ayam tu), agak-agak lah banyak mana nak buat kuah. Jangan cair sangat, nanti mee tak gelap. Agak-agak dalam 4 senduk gulai air rebusan cukup. Kalau takde air rebusan, letak je air biasa.

Bila air kicap dah menggelegak, masukkan minyak bijan, agak-agak dua dash macam tu (eh faham tak nie), lada sulah dan kiub pati ayam. Kacau-kacau kemudian tutup api.

OK sekarang nak siapkan mee pulak.

Ambil 1 gumpal mee wanton, kirai-kirai atas pinggan. Sambil tu panaskan air dalam periuk. Kita nak celur mee nie. Bila air dan menggelegak, masukkan mee yang dah kirai-kirai tu. Kirai sikit-sikit aje tau. Sediakan satu mangkuk air sejuk, letak ice cube sikit. Nie trick supaya mee tu tak lembik. Celur mee dalam 2 minit jangan lama nanti lembik, pusing-pusing dia dalam air, angkat guna tapisan. Kemudian tuang dalam mangkuk berisi air sejuk tadi. Pusing-pusing lagi. Di mangkuk lain, tuang dalam 2 senduk kuah kicap tadi. Angkat mee wanton dlm air sejuk tu, tapis dia, kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang ada kuah kicap tu. Kacau-kacau bagi sebati. Kemudian masukkan ke dalam pinggan untuk dimakan.

Mee wanton nie kena buat satu-satu. Masukkan segumpal-segumpal sebab tak nak bagi dia lembik. Jadi repeat step atas nie sehingga mee wanton habis.

OK proses seterusnya, dan last sekali, garnish lah mee wanton tu dengan ayam yang dipotong atau dicarik, sayur bok choy yang telah dicelur dan fried wanton tadi. Nak lagi kaw, potong cili padi sikit. Haaaa...senang aje kan.... nanti buat ehhh.....


Oatmeal cranberries cookie
Lepas solat dan rehat kejap, sey masuk dapur balik, nak buat cookies pulak. Quaker oats kat rumah nie dah lama dipandang sepi semenjak sey mula IF. Kita jadikan biskut pulak. Minum petang nie dengan oatmeal cranberries cookies, kena pulak dengan farm fresh cafe latte, marvelous.

Untuk resepi boleh jenguk kat sini https://www.livewellbakeoften.com/soft-chewy-oatmeal-raisi…/
Sey pakai quaker oats je, dan tukar raisin ke cranberries.

Oatmeal cranberries cookie

Untuk malam, sey dah order siap-siap rendang, lemang dan yong tau foo. Kita kasi test sambil support orang berniaga.

OK, esok nak masak apa pulak?

p.s. Esok birthday Bonda, camne nak buat surprise dari jauh nie?

Spread the love

yours truly,

Thursday, March 26, 2020

MCO Day 9: Lemau

Salam,

Harinie MCO hari ke sembilan.

Acaner semua, dah lemau ke? Den memang rasa lemau sikit harinie, hari pun panas sikit. Mujur hujan malam nie. Sejuk lah sikit.

Oleh kerana lemau, untuk lunch kite order A&W je melalui grab. So petang gorenglah mihun haaa... time-time ada kat rumah nie kena lah rajin masuk dapur gak. Kalau tak masak tengahari, masak untuk malam, goreng kuih untuk minum petang dah jadi acara wajib. Kesian orang kat rumah lapar.



Eh OK lah...ada kerja nak kena siapkan. Daaaa....

Spread the love

yours truly,

Saturday, March 21, 2020

MCO Day 4: Brownies dan kuay teow

Salam,

Harinie MCO hari keempat. Aktiviti harinie, yoga 10 minit, vacuum dan mop lantai dengan bantuan yaya. Harinie my other half nak cuba take-out. So beli nasi lemak McDs aje untuk makan tengahari. Bila dah selesai makan, buat brownies pulak. Pre-mix Betty Crocker nie dah lame beli. Nasib belum expired lagi. Sey pun berani bakar kek sebab my other half dah beli tong gas extra. Yelah takut2 kang gas habis, tong gas kat kedai pun habis, naya je. Tak kan nak masak dalam PC je.



Yaya pulak dah lame tak pergi kelas memandu, kelas pun batal time2 MCO nie, jadi pagi tadi my other half jadi instructor. Pusing-pusing dalam nie aje. Nasib dalam kawasan rumah lengkap, bukit ada, side parking ada, 3 point ada, boleh buat sekolah memandu dalam nie huhuhu. Mula-mula takut2 juga, tapi sebab masih dalam compound apartment nie lagi OK kot.

Oh ya, semalam dapat email dari AirAsia, bagitau yg flight kami dari Tokyo ke KL cancel, so boleh tuntut full refund. Alhamdulillah. Terus ku login nak cakap ngan AVA dia, tapi makcik AVA busy betul semalam, mesti ramai yg login. So pagi-pagi tadi terus submit full refund application. Yang refund flight KL-Osaka belum ada progress lagi nampaknya. Bila terfikir balik, syukurlah kami decide untuk cancel trip ke Jepun. Walaupun frust jugalah, ye lah sebab plan lame kot, dah lah lame tak bercuti luar negara satu family. Kalau ikut degil, kami pergi juga haritu, nak balik sangkut pulak. Haru weii...nak duduk mana sementara tu, dah lah Malaysia lockdown, tak boleh masuk and tak boleh keluar. Elok2 bajet cukup, kena extra expenses pulak. Nie pun sebab bonda berkeras tak bagi pergi. Awal dia ingat sey pergi sorang bawa student. Bila cakap pergi dengan family bercuti, dia terus suruh cancel. Dia cakap nanti sampai sana kena tahan lah, bawa ke mana-mana lah... Ya Allah, cakap orang tua tu memang satu doa. Acib anak dia nie dengar cakap...ekekekekeke

Kami plan touchdown Osaka, pusing-pusing Kansai 5 hari, kemudian naik shinkansen ke Tokyo. Stay Tokyo lagi 5 hari kemudian baru balik Malaysia via Tokyo. Walaupun kita dah plan cantik punya, kalau Allah tak benarkan tak jadi juga. Allah sebaik-baik perancang. Memang rugi sikit, ye lah tak semua dapat refund. Tapi kita percaya yang rezeki tu Allah yg bagi, dia nak ambil pun bila2 Dia boleh ambil. Moga esok digantikan dengan lebih baik. Kita redha ajalah. InshaAllah ada rezeki lain esok. Aamiin.

OK sambung kisah harinie. Since tengahari makan nasi lemak je, petang goreng kuay teow untuk makan malam. Tak beli tauge sebab takut cepat rosak, so pakai sawi ajelah. Fishcake fishball mmg habis licin. Hai pelik lah orang Malaysia. Sebelum MCO melambak-lambak fishcake fishball sampai lembik dan rosak kat Giant tu, now takde langsung.



OK laahhh..till next time....



Spread the love

yours truly,

Sunday, December 29, 2019

Masak hari ini: Ginger beef kuay teow

Salam,

Harinie kita masak ginger beef kuay teow. Ini kali kedua masak masakan ini. Ginger beef kuay teow nie kegemaran my other half. Kalau ke Papparich, ini yang dia selalu order. So, mana yang jadi favourite orang dalam rumah nie kita cubalah masak. Mana tau lagi sedap ke...kikikiki.... tapi ada yg jadi lebih sedap macam Pad kra pao, skrang nie kalau pergi makan kat Black Canyon rasa macam kurang kick pulak.

Oklah, resepi kuay teow nie kita ambil dari sini, ada video kat situ boleh tengok. Senang aje nak buatnya. Takde penderhakaan resepi sangat, cuma tambah sawi (kena ada hijau dalam masakan) dan fish cake je. First time buat kelmarin letak tauge, macam tak kena je. So kali ini no tauge.

Senang aje, sila lah buat ye.







Harinie masak sambil melatih yaya. Dah nak dekat sebulan habis SPM, belum buat apa-apa lagi. Tahun baru nantilah kita rancang untuk dia.



Spread the love

yours truly,

Sunday, August 16, 2015

Yee Mee tapi tak sizzling lah

Dah lama nak masak yee mee. Resepi pun dah print out lama dah. Sizzling yee mee is one of my favourite. Kalau pergi food court mana-mana, me akan carik sizzling yee mee, atau claypot dahulu. Kalau takde baru carik makanan lain.

Semalam akhirnya berjaya buat yee mee nie. Yee mee tu dah lama beli, masa bulan Ramadhan haritu. Tapi nak buat masa tu rasa berbelah bahagi, sebab bulan Ramadhan kita nak masak something yang orang suka makankan. Yee mee nie pulak belum pernah cuba sebelum bulan Ramadhan. So I have to postpone cooking yee mee then.