Terbaca keratan berita MisNina cabar wanita muslim untuk bertudung bulan Ramadan nie. Bagus tu, tak cuba tak tahu kan. Mungkin ini peluang untuk berhijrah. Aku pun teringat lah momen aku mula berhijab.
Sejujurnya semasa sekolah aku tidak berhijab, my other half says, tiada aurat. hahahhahah... Masa tu kurang kesedaran dan di sekeliling pun tidak ramai yang berhijab. Boleh kira lah dengan jari. Aku pakai tudung pun dalam keadaan tertentu, seperti majlis agama, waktu pendidikan Islam di sekolah, dan yang paling ketara bila bersekolah di MRSM Jasin. MRSM ini boleh dikira jaga betul bab-bab agama nie, sampai ada waktu solat yang wajib berjemaah, tidak boleh pakai seluar kecuali seluar sukan dan waktu sukan sahaja, kena pakai kain dan berlengan panjang. Masa tu aku belum bertudung lagi, jadi bila waktu mata pelajaran pendidikan Islam kenalah pakai tudung. Kalau tak panas lah telinga kena tazkiran ustaz....hahahaha...
Terbukanya hati bila nak bertudung nie ialah semasa aku melanjutkan pelajaran di UTM. Masa tu tahun 1. Masa tu dah ramai kawan-kawan yang menutup aurat. Tudung yang popular masa tu tudung tiga segi yang ada kait (knitting) kat tepi-tepi tudung. Kadang-kadang ada yang bermanik. Ok sebelum tu aku nak bagitau, aku ada 2 orang roommate dan kedua-duanya bertudung. Sorang mek klate sorang lagi budak perak. Yang mek klate tu rajin mengaji quran, kadang-kadang aku suka juga dengar dia mengaji.
Satu harinie, tak silap aku beberapa hari nak masuk Ramadan, aku tanya roommate aku yang mek klate nie tentang surah annisa. Sebelum2 tu hati aku memang nak tau sangat pasal surah tu, mungkin sebab aku baca artikel tentang perempuan, tak ingat ape dan di mana. Cuma aku memang rasa betul-betul nak tau pasal surah annisa. So aku tanya lah dia, surah annisa tu pasal ape? Roommate aku nie pun citer lah ia pasal perempuan, pasal tanggungjawab bapa kepada anak perempuan, pasal kawin dsb. Lepas tu dia bagi aku baca tafsir yang dia ada. Seterusnya aku pun membacalah surah tu dan terjemahannye. Tak lama lepas tu hati aku rasa sebak, berat, aku rasa nak nangis. Lama juga aku berfikir, kenapa ya aku rasa macamnie. Satu hari selepas insiden tu, aku nekad. Aku pun cakap lah kat dua-dua roommate ku, "eh, aku rasa aku nak pakai tudung lah." Camtu je aku cakap, roommate aku pun terkejut, macam-macamlah yang mereka tanya. Kemudian petang tu, kebetulan haritu ada pasar malam di luar kampus, kami pun pergilah dan aku beli beberapa helai tudung. Masa tu tudung bunga-bunga ala turki kain cotton tu, dan kain macam yoyo sangat popular dan murah. Malam tu aku bagitau mak dan abah yang aku nak bertudung Ramadan nie. Mak aku ragu-ragu juga, takut lah aku kena pengaruh puak-puak yang tak baik. Abah aku sokong cuma satu je dia pesan, kalau dah bertudung tu jangan buka-buka.
1 Ramadan 1415, bersamaan 1995 aku pun mula menutup aurat. Aku cuba belajar, memang awal-awal tu tak sempurna dan tidak sepenuhnya sebab kadang-kadang aku tidak bertudung, ala setakat lari dari blok sini ke blok situ aku tak bertudung, tapi ke kuliah memang aku bertudung. Kadang-kadang aku bersukan tak bertudung juga. Tapi pelan-pelan lah. Orang kata pelan-pelan kayuh.
Lama-lama aku dapat rasa nikmatnya. Alhamdulillah, Allah bagi aku kekuatan, bagi semangat, dan aku terus istiqomah. Jika niat betul, inshaAllah kau akan rasa keindahannya. Doa sentiasa supaya hati ini tetap dan tidak berbolak balik. Aamiin.
Selamat menyambut Ramadan 1440.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan.
Spread the love
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?