Yours truly,

Me Academia

Sunday, May 12, 2019

7 Ramadan 1440H: Popia carbonara cheese

Ramadan kali nie tak banyak memasak. My other half tak bagi masak hari kerja, lagipun sekarang nie kami makan tak banyak. Cukup air, kuih, kurma lepas tu nasi dan lauk sahaja. Kuih pun 1 jenis. Maka, hari kerja balik kerja kami pun vroom vroom ke Param berdekatan rumah nie. Minggu lepas (Ramadan 2 hingga 5) minggu ekspolarasi. Setakat nie tiga gerai aje lah yang kami repeat, yang lain sad to say, first and last.
Harinie buat popia carbonara cheese. Sebenarnya nak buat semalam, tapi semalam berbuka rumah BIL, dia baru pindah rumah, so sort of kumpul adik beradik lah nie. Den buat lamb stew aje.
Popia carbonara cheese nie, di bazar dijual rm1.50 sekeping. Beli 4 aje tempohari, tak puas makan. Harinie buat sendiri. Nak buat tak renyah, nak menggorengnya huhuhu😥... habis tool dah den pakai nak terbalikkan popia nie supaya tak pecah. Patutlah ramai yang advise guna dua keping kulit popia. Beli pun 20 keping je, cukup2 untuk buat satu kali. Dapat 20 keping, boleh 2 kali iftar lah. Next time kena beli kulit lebih. Yaya pun minta buatkan untuk classmate dia, lepas raya lah omak buekkan yo.
Popia carbonara cheese, sememeh sikit. Selamat berbuka.




Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?