Yours truly,

Me Academia

Friday, February 15, 2013

Buku apa yang aku baru habis baca: Setia Hujung Nyawa-Gaduh2 Sayang-Takdir itu milik aku


Haaaa.... 3 minggu lepas, sempat membeli novel-novel itu laa. Beli kat MPHOnline sahaja. Senang, tak payah nak susah ke kedai (dasar pemalas). Asalnya nak beli buku Setia Hujung Nyawa tu, sebab tak sabar nak tau ending dia. So click aje MPHOnline, terus pergi ke link top seller, sebab tau dah mesti tersenarai kat situ. Dan sebab nak free delivery, carik la buku lain juga. Tak payah susah2 pun, carik aje kat list top seller tu. So angkat la lagi dua buah buku tu, sebab baca sinopsis buku-buku tu macam menarik sangat.



Dapat aje buku-buku tu, terus dengan gelojohnya baca buku SHN, 2 hari terus khatam. Memang giler, sampai husband pun perli-perli kite, yela mana taknya, cerita dia kat siaran akasia tu tengok, baca buku pun tengok. Lepas tu tak cukup tengok kat tv, malam tengok kat tonton pulak...hahahahha... Habis tu siapa suh tunjuk pukul 7 hingga 8 malam, kan ke masa tu sibuk nak memasak, nak solat maghrib lagi. So tengok pun tak penuhnya laa...tu yg mlm layan tonton lagi. Tahan aje la tinge nie bila husband dok criticise citer tu. Layankan aje laa.... Tapi bila baca bukunya mmg tak sehebat citer kat TV tu. Banyak tokok tambahnya, kiranya happening la kalau tengok drama TV tu. Sebabnya, dalam novel citer hanya berkisar pada watak utama sahaja. Anyway, kalau takde buku tu, belum tentu citer kat TV tu akan sehebat apa yang kite tonton, ye tak? Ahhh apa nak riuh-riuh, citer tu pun dah habis. So hidup kite kembali normal. :D


Ok....habis je baca buku SHN, baca buku gaduh-gaduh sayang. Best juga buku tu. Cara ceritanya pun selamba, kelakar pun ada, tak la serius sangat ceritanya. Tapi macam terikut cerita cinta kolesterol la rasanya. Dalam novel tu pun ada sentuh sikit pasal filem tu. Berbaloi la beli, patut la best seller.

Semalam, baru habis baca Takdir Itu Milik Aku. Lama juga nak abis baca, ambil 4 hari juga. Itu kalau tak tidur sehari semalam, tak keje, tak masak, tak basuh baju, tak mandi, tak makan, tak layan anak2, tak layan suami, bla bla bla....boleh kot abis baca dalam sehari setengah..hahahhahaha.... hey...orang pun ada life jugakkan. Tengok aje la betapa tebalnya buku tu, mana taknye makan hari. Tapi memang tangkap leleh la cerita tu. Memang best. Ada ke orang yang senaif watak Dian tu? Ada ke orang sekejam si Zain, si Munirah dan si Siah tu? Tapi yang aku paling suka bila Dian bangkit dan bela diri. Perghhh...mmg salute la... tapi ada jugak bab-bab  yang over mengada yang aku tak boleh tolerate...hahahhahahah....hey suka hati penulis tu la nak tulis camne kan.... tapi itu pendapat aku aje.

So pada yang mencari novel melayu yang best2, carik la novel-novel yang aku cerita nie. Dijamin best punya.


Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?