Me Academia
Thursday, July 30, 2015
I baked Japanese Cheesecake
Japanese Cheesecake atau nama lain Souffle Cheesecake nie memang sangat lembut, dan ringan. Teknik membuatnya adalah lain seperti pembuatan cheesecake yang biasanya sempoi aje. Cara membuatnya seperti membuat sponge cake, iaitu perlu pengasingan telur putih dan kuning. Telur putih dipukul seperti menghasilkan meringue.
Kerana tertarik dengan teksturnya yang lembut, licin dan ringan. Saya mencuba membuatnya. Hampir tidak jadi buat kerana dua sebab, pertama, perlu memukul telur putih untuk menghasilkan meringue dan sebab kedua, cheesecake ini perlu dibakar menggunakan teknik bain-marie. Maksudnya saya perlu membungkus dulang pembakar kek itu dengan kemas supaya air tidak meresap masuk ke dalam dulang pembakar itu.
Masa mula membakar, agak risau, takut teknik bain-marie salah diaplikasi. Tetapi, selepas satu jam, alhamdulillah, jadi juga kek lembut ini. Dan terus menjadi kesukaan orang-orang dalam rumah ini.
Untuk resepi, banyak resepi cheesecake ini di internet, dan kebanyakannya sama aje. Cuma ada resepi ditambah jus lemon, tapi sebab saya tak suka lemony taste dalam cheesecake, saya tak letak. Lagi satu, pemilihan cream cheese juga main peranan penting. Sebaiknya guna cream cheese yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik.
Spread the love
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?