OK untuk entry kali ini, jom resensi satu buah buku... semenjak dah abis belajar nie, hobi yang lama nie aku mulakan full scale. Yang aku rindu sangat baca adalah novel2 jiwang penulis tempatan kita. Hello, aku pun baca buku2 melayu. Aku rasa jiwang melayu lagi real daripada baca buku jiwang omputeh. Kalau baca buku jiwang omputeh, semendang aje ada unsur2 seksual. Tapi citer misteri dan hantu, setakat nie novel omputeh tak boleh celen laaa...
Tapi satu aje yang aku kureng, tabiat aku laaa... aku lebih suke menyewa buku, atau pinjam novel2 melayu. Ate, sumber utk meminjam dan sewa senang nak carik. Skrang nie malas sikit nak beli buku2 fiksyen nie, rak2 buku aku hanya reserve utk buku2 yaya, buku2 bukan fiksyen aku letak kat ofis. So tempat yg aku selalu melaburkan duit adalah di sebuah kedai sewaan di sebuah pasaraya berhampiran ofis aku. OK laa...sekali baca aku hanya kena bayar sewa antara 3 hingga 5 hinggit aje.
Ok balik kepada resensi buku, buku yang baru aku abis baca nie, tajuknya baju pengantin mak andam. Yang nie aku main ambik aje, sebab penulisnye aku tak kenal, aku la yang tak kenal, aku rasa areila sahimi tu mmg terkenal dah skrang. Aku ambil buku tu pun sebab tertarik dengan lukisan kat cover buku tu. Tapi bila aku mula baca, wahhh....best betul buku tu... lain dari yang pernah aku baca dulu. Nie kira macam penulisan generasi X laa...generasi aku la tu... bahasa selamba, watak cool, kurang meleret. Jalan cerita dia pun ok, although predictable. Yela...kalau dah dok baca novel melayu, tengok drama melayu, kadang2 kite dah boleh agak. Tapi aku memang enjoy la baca buku tu. Bagi aku perisa tambahan buku tu sebab pengguna loghat perak tu...hahahahha...first time aku baca buku ada loghat perak. Ate aku pun ada tempias perak jugakkan.
Dalam buku tu aku suka watak Aleeya (kerek macam aku jugak), aku suka watak Zain (terutama bila dia tempah baju pengantin tu), aku tak suke watak Azizul (macam suka nak kongkong orang aje). Bestnya Aleeya ada BFF yang understanding. Sib baik takde unsur2 gunting dalam lipatan, kalau tak aku anggap klise laaa citer nie.... Tapi unsur2 buat assumption (masa Zain ingat Aleeya ada hubungan dengan Azizul) mmg tak lari dalam citer melayu nie. So korang yang belum baca, gi la carik buku nie ye... gerenti tak kuciwa punya.
So lepas nie aku nak carik lagi novel penulisan ariela (bukan nama sebenar penulis) nie.
Aku baru abis baca buku Saat Cinta Bersemi. Nanti ada masa aku share.
"Jom baca buku, dapat seminggu sebuah pun OK"
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?