yours truly,
Me Academia
Thursday, June 11, 2020
Hari pertama masuk ofis sejak MCO bermula
yours truly,
Tuesday, June 9, 2020
MCO Day 84: Gardening Part II-Last MCO, kenangan MCO, tanam pokok
So esok dah kena masuk ofis. Maka bermulalah rutin kerja seperti biasa. Sey akan stop counting MCO mulai harinie. Harinie post MCO terakhir.
Kenangan MCO, berjaya menanam anak kunyit, anak serai, kangkung pun dah keluar anaknya dan cubaan tanam halia. Tak sangka sey boleh menanam juga. Achievement unlocked.
Berdebar pulak nak ke ofis esok. Hampir 3 bulan tak masuk ofis. Semoga semua baik-baik dan urusan dipermudahkan aamiin.
MCO Day 84. Roger and out.
yours truly,
Monday, June 8, 2020
MCO Day 83: Cheesecake sempoi aje


Untuk minum petang tadi. 2 slice sey makan. Dah lama tak makan cheesecake buatan sendiri.
Sunday, June 7, 2020
MCO Day 82: MCO menuju ke RMCO... kenangan MCO
2020 ..tahun yg dinanti nantikan.. rupanya ini sebabnya.. Allah sebaik2 perancang...
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB/CMCO)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP/RMCO)
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh π²πΎ
πTiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
πPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
πTiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
πTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
πTiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
π Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πSemua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πSemua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
πPenjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
πPita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
π Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
πHanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πKedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πKeseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
π Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
πMajlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
πTiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
πTidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
πTaman permainan kanak-kanak ditutup.
πKekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
πKekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
πBerlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πRak-rak di kedai menjadi kosong.
πKilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πKerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πTiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πSidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πKemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
π Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
πRamai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
π Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πPekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
π "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus (Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ππππ
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️π²πΎ❤️π²πΎ❤️
3. Masa awal-awal MCO, sey kinda food horder juga. My other half nie cepat panic bila barang keperluan susah nak dapat. Jadi bila ada stok aje, terus beli lebih. Contoh roti, susu, sardin, tepung cucur adabi, tepung gandum, telur, santan, nie semua benda yang kami beli lebih dari biasa, sampaikan fridge kami sendat lah....hahahahahah.... nyaris nak beli freezer box....end up beli table trolley baharu juga.
4. Masa MCO beli barang basah secara online. Nie masa awal-awal bila hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barang. Terima kasih lah kepada penjual barang basah online. Ada yang OK ada yang kureng, yang OK kami repeat. Masa nie juga jumpa penjual daging/itik salai yang sedap, sampai repeat banyak kali. Sampai my other half cakap lepas nie tak payah pergi restoran XXX lagi, mama dah pandai masak. Woweeiii.... compliment di situ.
6. Tak pernah-pernah sey sibuk nak menanam beria-ia, kali ini teruja pulak. Apatah lagi bila tengok tanaman kita menjadi. Alhamdulillah. Walaupun hingga setakat ini belum dapat tuai hasilnya lagi, tapi takpe, nampak pokok hidup tu dah kira ok lah.
15. Beli baju raya online
yours truly,
Saturday, June 6, 2020
MCO Day 81: Jelitawan, Didi dan serai
yours truly,
Friday, June 5, 2020
MCO Day 80: Looking at the same sky
OK bye.
yours truly,
Thursday, June 4, 2020
MCO Day 79: Short vacay ended with happines...Alhamdulillah

Maka, berakhirlah short break kami kali ini. Anak-anak pun happy. Dapat berkubang dalam pool, dapat view cantik, dapat bilik yang best juga. Pool lebih privacy, tak perlu bertudung bilik duduk dekat pool sebab tempat agak secluded daripada public eye. Boleh tengok kapal lagi.
























