Yours truly,

Me Academia

Saturday, December 19, 2020

Opinion sey on Gastro Hub in Nilai

Salam,

Dah lama tak gi jalan-jalan cari makan (baca dengan nada lagu JJCM TV3). Am stuck at home, dengan PKPB lagi, mano lai nak poi yo tak. Lately nie terasa penat bekerja, tak keluar tengok dunia luar sangat. Jadi kelmarin sey ajak my other half untuk check out restoran baharu kek sini. Bulan lepas ada cuba nak pergi minam petang kat situ. Tapi bila sampai, masa tu dah jam 5.30, katanya full house, dan nak tutup dah. Masa tu restoran nie baru bukak, so mereka tengah test market, jadi opening time dia singkat, dari jam 3 petang hingga 6.30 petang sajo. Mereka ada hi-tea aje masa tu. 

Maka kelmarin kami pergi lagi, kali ini ada rezeki. Mereka pun dah extend masa, hingga jam 10 malam. Rasanya pelanggan pun dah mula ramai kan. Rancangnye nak minam petang aje, kupi mengopi. Tapi sebab hujan dan sejuk, minggu nie memang hujan je, asal petang hujan. Makanya dengan sejuk, lapa, kami pun dinner lah sekali.

OK kite tengok dalam kedai dia dulu....






Dari luar nampak grand. Dulu masa tengah buat ingatkan BBN buat show gallery. Restoran ini baru je bukak, tak silap sey dalam hujung bulan Oktober camtu. Terdiri daripada 1 bangunan yang terbahagi kepada 3 bahagian yang bercantum, berbentuk seperti U. Dua bahagian dining, tengah-tengah dapur. Atas dapur ada 1 tingkat, belum siap lagi. Tanya manager masa bayar dia kata bahagian atas tu untuk hold private event. Satu bahagian dining aje yang fully glass. Satu bahagian lagi atap tidak berkaca. Pintu masuk akan melalui bahagian tidak berkaca dulu. Sey sahaja pilih yang fully glass, tempat lebih luas, dan ada meja dining. Sey rasa bahagian yang bukan kaca sepenuhnya tu nak buat tempat santai sambil minum kopi sebab mejanya lebih kecil. Yang fully glass tu dining area. 

OK nie menu yang kami pilih.


Anak-anak pilih grilled chicken dan pasta carbonara. Anak-anak cakap sedap, nampak pun sedap. Tapi sey tak rasa sebab sey tunggu menu bawah nie..... 


Yang ini, sey dan my other half kongsi, chilli crab, served with fried mantou bun. Perrghhhhh sedap betul yang nie. Terus membawa kami ke genting, teringat chilli lobster kat lobster and burger. Kuah dia memang cukup rasa. Portion tu untuk kami memang untuk dikongsilah, kalau sey makan sorang tak habis kot, mungkin cepat muak. Roti mantou dia pun sedap, tapi oily sikit, so kalau diet tu kena beringatlah sikit. Tapi sey tak diet so sey makan 2 ketul roti tu....hahahahaha...


Ketam dia tak banyak, 2 ketul aje, sederhana besar. Kalau nak datang makan ketam aje tak cukup dan tak puaslah. Baik pergi bagan lalang. Tapi kite nak makan kuah dia, cicah roti, itu pun cicah-cicah tak kurang-kurang, cicah-cicah tak kurang-kurang. hahahahah...jenuh juga nak menghabiskan.


Satu yang kureng, diorang takde seleksi kopi ala cafe. Ada kopi panas dan kopi ais aje. Sey tengok menu dia lebih kepada british hi-tea. Seleksi air teh dia banyak dan macam-macam. Diorang punya speciality lah nie, ada package hi-tea with a pot of tea (for two). Tidak lah sey teruja, walaupun ada scones. Sey nak kopi, sey nak kopi. Kuciwa juga, lepas tu tengok waiter lalu lalang bawah choc milkshake, so sey pun order lah. My other half order kupi ais, miss y sama ngan sey, miss t mocktail macam blue lagoon MFM aje. Honestly air dia kureng sikit lah, sorry, tapi susah nak impress peminum kopi tegar macam sey nie. Slack yang itu aje. I hope in the future they will expand the menu by including some premium coffee selection. Tempat dah cantik dah, sayang takde kopi kan 😊.


Sebab sey kuciwa takde kopi, dan they were out of cakes as well, oh boy, so sey pun tambah order waffle nie. Dok bayangkan mesti macam waffle mama gourmet, tapi, biasa-biasa aje. Nasib baik bukan frozen waffle yang dipanaskan. 

So sey rasa tempat cantik dan exclusive, makanan sedap 😋, especially the chilli crab 😋😋. Air kureng sikit lah, kalau rasa nak lepak-lepak minum kopi baik kami pergi tempat biasa. Kek dia pun typical kek yang ada kek kedai kopi local, sey rasa mesti ambil dari supplier yang sama. Tengok nama kek pun dah boleh agak. Tapi food dia, yang kami try memang sedap. Boleh lah repeat 👍.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, December 15, 2020

First experience: Miss t interview TS Dr Jemilah Mahmood

Salam,

Sabtu, 12 Disember 2020. Nie bukan nak cerita tentang jualan 12.12 ye. Tidak lah sey terpengaruh dengan jualan bulanan nie. Rasa dah takde special bab2 sale nie, harga sama, free postage aje yang diberi.

Tapi, yang sey nak cerita nie, tentang pengalaman miss t jadi host untuk siaran live yang dikendalikan oleh Design for Change Malaysia. Miss t temubual Tan Sri Dr Jemilah Mahmood pada haritu. Temubualnya 10 minit, persiapannya 1 minggu . Terima kasih kepada cikgu Myzatul Sarah atas bimbingan dan galakkan, dan yang paling penting, peluang yang diberi kepada miss t untuk menemubual TS. Alhamdulillah, it all went well. 



Untuk rakaman video, boleh tonton di page Design for Change Malaysia. 

Untuk simpanan, beberapa ciapan daripada TS Dr Jemilah sebelum temubual tersebut.






Alhamdulillah, thank you Allah for this opportunity. A milestone for miss t.


Spread the love

yours truly,

Sunday, December 13, 2020

Masak ayam bawang penang style ke? Janji sedap

Salam,

There is a mamak's restaurant nearby, and my other half like to buy their ayam bawang for lunch. But it has been quite some time now that the restaurant has not served ayam bawang any more. So, this week I cooked ayam bawang for lunch, served with nasi minyak. 







For recipe, I refer to Che Nom and Chef Anand cooking videos. Sekarang nie senang masak dengan panduan video. Watch and learn 😃.




Spread the love

yours truly,

Thursday, December 10, 2020

Kisah planner dan drop shipper

Salam,

Sey dari dulu memang suke tulis jurnal harian. Arwah abah sey yang ajar tulis diary. Dulu masa kecil-kecil dulu, setiap tahun arwah abah akan beri diary tahunan kepada sey. Dia pun selalu dapat percuma diary tahunan nie. Daripada diary tahunan yang kulit keras, hingga sey pandai guna filofax. Pakai filofax nie best, sey mula guna masa sey form 4. Filofax warna biru. Ada lagi nie sey simpan. Ada sentimental value tu hahahaha... Kemudian semenjak dah keje, sey dah jarang tulis panjang-panjang. Masa tu pun sibuk dengan anak-anak, anak-anak kecil perlukan perhatian. Nak bukak pun kadang-kadang tak sempat. So sey banyak pakai calendar kat outlook, dan google aje lah. Setakat set appointment je. Dah tu zaman dah berblogging nie, sey pun banyak tulis kat situ.

Tapi tiga tahun lepas, sey suka tengok orang buat bullet journal. Sey banyak tengok video sharing mat salih-mat salih nie tentang bullet journal, atau bujo. Best dan kreatif mereka. Lepas tu sey pun mulalah berjinak-jinak nak cuba praktik. Sey beli buku, bahan-bahan art dan kraf, pen-pen pelbagai jenis dan warna. Download template bujo yang free online. Tapi sey nie tak kreatif, walaupun guna template yang ada, macam-macam warna pakai, hakikatnye bujo sey tak secantik dan semeriah orang lain. So sey give up.

Sehinggalah pada penghujung tahun 2018, nak dekat bulan Disember macam tu, Sey terjumpa iklan planner kat FB. Asyik lalu aje kat wall sey. Satu hari tu sey pun klik, to find out more. Sey tengok-tengok post yang ada, eh menariknya planner nie. Makanya sey pun order lah satu planner untuk tahun 2019....and the rest is history.

So di situ lah bermulanya sey mengguna Planner Aqisbi. Dalam tu macam-macam template bujo ada. Takperlu dah sey nak design, nak gunting dan tampal. Sey hanya perlu menulis, mencatat, dan mewarna jika perlu.

Untuk tahun 2020 pun sey beli Planner Aqisbi.



Awal September haritu, lalulah iklan Planner Aqisbi, kali ini dia keluarkan edisi khas, exclusive. Memang nampak exclusive dan menarik. Packaging pun special. So sey pun order lah 1. Bila sey dah order tu, seller tanya, "sis, berminat tak untuk jadi dropshipper?". Masa tu planner belum release lagi, masih dalam peringkat pra-tempah. Sey pun oleh sebab banyak masa masa tu, sey pun tanya. Dropshipper nie macammana, berapa komisennya? Seller pun explain lah pada sey. Sey pun sebab nak cuba benda baharu, sey pun setujulah untuk jadi dropshipper. 






Maka sey pun bukak order. Sey advertise kat group kawan-kawan sey aja, xschoolmate, xunimate, dan colleagues. Lepas sey dah advertise tu, perlahan-lahan order pun masuk....wahhh...setiap kali order masuk sey akan....wahhhh.... wahhhh...wahhhhh.......

1st round, sey ambil order untuk exclusive planner.

2nd round, sey bukak order lagi, sebab ada kawan tanya boleh order lagi tak? So sey bukak order untuk exclusive planner dan standard planner (masa tu dah bukak pra-tempah untuk standard planner).

3rd round, sey bukak order untuk student planner. Asalnye sey nak order planner exclusive untuk cikgu-cikgu miss t, sebagai hadiah. Lepas tu seller bagitau, diorang nak bukak order untuk student planner pulak. Design dia cantik-cantik, comel-comel, memang sesuai untuk anak-anak bersekolah. Sey pun ingat nak beli untuk kawan-kawan rapat miss t. So sambil sey order, sey pun bukak order. Student planner nie lagi banyak sey dapat order. 




Sey jadi seronok, tapi sey tak buat selalulah. Sey akan buat iklan on weekend, sebab tak nak order masuk on weekdays. Tak sempat lah nak kumpul order on weekdays. Dah lah pra-tempah, lepas tempah buyer kena bank in duit terus. Duit orang weeiii, takut sey nak pegang lama-lama. So sey selalu bukak order paling lama pun 2 minggu. Dah 2 minggu sey tutup order, kemudian bagi pada seller. 

Nie total order yang sey berjaya dapat:
planner exclusive = 33 buah
planner standard = 9 buah
planner student = 43 buah

Untung? Alhamdulillah. Dapatlah cover kos planner yang sey beli untuk cikgu-cikgu miss t, dan kawan-kawan dia. Marvelouskan.

Sey dah cakap seller, sey dah tutup kedai untuk tahun nie. Kalau ada rezeki tahun depan sey bukak order untuk planner 2022 pulak. hehehehehehe....



Spread the love

yours truly,

Saturday, December 5, 2020

Nak menulis bukannya mudah, tapi tak susah kalau nak mula menulis

Salam,

Sey buat blog inspection baru-baru nie. Tengoklah statistik, tengok reader dari mana dan sebagainya. Lepas tu sey tengok rekod penulisan sey kat sini. Rupenya ada tahun sey tak menulis apa-apa langsung, tahun 2016 dan 2018. Tahun 2017 pun 1 post aje, itupun 1, bulan November. Dan pasti sey post di FB dulu, sebelum copy n paste ke sini, perkara biasa yang sey buat. 

Tahun-tahun merundum, kurang post, tahun-tahun sey pegang jawatan pentadbiran. Punyalah hectic, dan sey rasa masa tu pun transition account yahoo ke gmail. Banyak kalu juga sey reset password. 



Tahun 2020, ini disebabkan Covid19, PKP, PKPB, PKPD, dan WFH sey banyak menulis, banyak idea, banyak bahan. Tambah lagi sey tidak lagi memang jawatan pentadbiran.

Simpan sini buat kenangan. 


Spread the love

yours truly,

Thursday, December 3, 2020

Mee kicap lagi, tapi kali nie ayam stim

Salam,

Mee kicap atau mee wanton antara mee yang sey suka makan. Nak masak pun mudah. Semenjak dah tahu teknik untuk mee tidak lembik dan memek, makan pun makin kenyal-kenyal, sey dah confident untuk memasaknya. 

Mee wantan kalinie lain dari yang lain sebab ayam tu sey stim. Stim dengan halia yang tanam sendiri lagi bertambah enak dan wangi ayam tu. Sebenarnya, ini kali pertama sey stim ayam. Sey ingat tempoh lama untuk stim ayam, rupanya, tempoh masak ayam panggang dan stim sama je, janji air kena menggelegak. Seperti biasa ayam tu sey perap dulu dengan kicap, bawang putih, halia dan minyak bijan. Lebih elok kalau dapat perap semalaman, tapi kalau tak sempat, at least 4 jam pun ok. So nie, sey perap waktu tengahari, untuk masak petang.





Kat rumah nie, sey sorang aje yang nak makan ayam stim, so yang lain tu sey panggang aje.



Mee wantan tak boleh makan selalu. Apa-apa noodle gandum dan telur, nanti cepat ghemss....hahahahah....

Spread the love

yours truly,

Wednesday, December 2, 2020

Kisah kopi dan rendang

Salam,

Damn.... lepas post sey pasal dripper vs capsule tu. Sey pun buatlah kopi pakai dripper, tapi setengah jam tunggu nak minum kopi, sampai kopi pun sejuk. hahahahahha.... bukan salah dripper tu, salah serbuk kopi yang sey beli, tak cukup haluih. Mujur lah sey order plunger aka French press dari IKEA Sabtu lepas. And the waiting game is completed. Semalam barang IKEA sey sampai. Maka, petang semalam sey pun bancuh kopi pakai plunger nie...yeihaaa.... now nak tunggu serbuk kopi yang sey order dari Blend (aka Kopi Bangi). Nanti satu hari sey tulis post pasal kopi-kopi yang sey cuba semenjak terjebak dengan group Peminat Kopi nie.



Semalam juga sey dapat parcel kejutan daripada my sistah.

Bestnye bestnye bestnye....
Mula-mula terkejut. Siapalah yang menyamar jadi sistahku! Sey kenallah tulisan kekandaku. Lepas teliti, ohhhh nie mesti tulisan seller. Wahh bestnye, teringat zaman terima food ration dari Malaysia weiii..... Rendang pucuk ubi in the house uols.




Spread the love

yours truly,