Yours truly,

Me Academia

Saturday, October 10, 2020

Ekor lembu bakar ala Cibiuk

Salam,

Haritu kami ke Cibiuk untuk makan tengah hari. Itulah kali pertama makan kat Cibiuk. Cibiuk nie restoran yang hidang masakan Sunda. Oleh kerana sey sudah ke Bandung tahun lepas, serba sedikit familiar lah dengan lauk-lauk Sunda nie. Jadi kami makan set ayam dan itik dan my other half order ekor bakar. Mak aiiii sedap jugak ekor bakar nie. Jadi sey pun apa lagi, carilah resepi. Jumpa youtube 
Datin Eina Azman share resepi ekor goreng nie, oh laaahhh mudah juga, bahan-bahan pun memang ada kat rumah. Cuma jodoh sey dengan ekor aje yang payah sikit. Alhamdulillah minggu lepas jumpelah ekor, maka, harinie sey pun cuba lah masa ekor bakar. Kebetulan my other half kurang sihat, harap ini dapat buka selera dialah.





Bahan-bahan dia mudah aje. 

Kicap manis ABC (agak-agak nak pakai banyak mana)
1 kiub stok lembu
Bawang besar, bawang putih dalam 4 ulas, cili padi 4 ulas, 1 cili besar semuanya racik.
Limau nipis sikit
Madu
Dan ekor lembu rebus dulu.
Kacau semua, biarkan setengah jam kemudian bakar.


Sedapnye.....



Spread the love 

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?