Yours truly,

Me Academia

Friday, May 6, 2011

It's mom day everyone

Happy Mother's Day to all mothers out there.

Pagi tadi dalam perjalanan ke ofis, seperti biasa radio IKIM diputarkan. Memang semenjak pulang dari negara kangaroo nie siaran radio itulah yang selalu aku dengarkan. Dulu radio seperti hitz dan era sering aku dengar, sekarang nie agak jarang aku mendengarkannya. Bukan, this is not a sign of aging, cuma lebih suka mendengar tazkirah dan kata-kata motivasi terutama di awal pagi. Kadang-kadang sangat menyentuh perasaan, lalu senang aje mata ini mengalirkan air mata. Sampai aje ofis, cepat-cepat aku kesat airmata, malu kalau ada yang nampak...hahahhahah... sebab tu pagi-pagi buta aku memakai sunnies (dan sunnies itu pun telah menghembuskan nafas yang terakhir semalam). Matahari baru nak naik seperempat pun aku dah pakai sunnies, ye, sebab ada rahsia di sebaliknya. OK sekarang bukan rahsia lagi kan.



Jadi topik yang aku dengar pagi tadi berkenaan hari ibu. Terima kasih kepada Ustazah Hafizah (kalau aku tak silap) dari UTM yang memberi pengisian yang amat menyentuh jiwa aku pagi tadi. 15 minit perjalanan aku ke ofis amat bermakna sekali pagi ini. Alhamdullillah. Yang sangat menarik dan yang tak nak aku lupakan apabila   beliau menyatakan hubungan ibu dengan anak ini secara amnya boleh disimpulkan kepada 4 peringkat. Peringkat pertama ketika menyedari yang dirinya hamil, peringkat kedua adalah ketika proses membesarkan dan mendidik anak, peringkat ketiga apabila melihat kejayaan anak, atau melihat anak itu dewasa dan bagaimana kehidupab anak itu ketika itu (yang pastinya diharapkan yang positif sahaja), dan peringkat akhir apabila si ibu sudah tua, kurang berdaya, dan mengharapkan anak beri perhatian kepadanya. Lebih kurang begitu la ustazah hafizah membincangkan hubungan ibu dan anak, dan peranan anak kepada ibunya. Antara kata-kata ustazah hafizah yang meninggalkan kesan dalam minda dan sanubari ku ini adalah berkenaan priority atau keutamaan. Berapa ramai yg meletakkan ibu sebagai main priority? Contoh yang mudah berkenaan cuti, lazimnya bila membuat perancangan cuti, berapa ramai yang meletakkan ibu (menziarah ibu, bawa ibu jalan-jalan) sebagai keutamaan no.1. Ada, tapi tak ramai. Aku yang mendengarnya pun terasa juga weh. Mujur juga la kampung aku tak jauh, nak balik pagi tadi pun boleh, tapi tuntutan tugas terpaksa aku pendam la dulu. Tengok tu, tak letak priority lagi.

Tapi sebenarnya, bab priority nie memang sukar. Tambahan pula kita ada tanggungjawab yang lain perlu dipikul, tuntutan tugas, anak-anak bersekolah, suami bekerja. Tapi jangan perkara ini menjadi alasan untuk mengenepikan ibu. Lagi la zaman ICT, semuanya dihujung jari sahaja. Seminit aje dapat telefon ibu tanya khabar dah cukup mengembirakan hati merekakan. Bila aku telefon, inilah skrip yang selalu aku guna,

"Assalamualaikum Mak, buek apo tu?"
"Takdo, duduk tgk tv" (Omak aku nie kalau dengan aku memang susah nak cakap nogori, anak dio yo yang beriyo-iyo cakap)
"Mak dah makan lum, masak apo harinie?"
"Ala, biaso la" (Katakan mak, pantang orang tua-tua kalau bagitau lauk apa pada orang jauh, takut kempunan katanya)
"Mak sihat ke? Dah makan ubat"
"Sihat/Batuk sikit/Ado la domam sikit......"
"Ok... nak tanyo tu yo" (tu kalau kat ofis, kalau kat rumah, anak-anak akan sambung cakap ngan uwannye)

Ha... tak lame pun, kejap aje kan. Tapi lepas tu rasa best sangat kan.
Jadi takde alasan la untuk tidak bertanya khabar pada ibu setiap harikan. Tak ada alasan!

Berbakti la pada ibu dan bapa sementara mereka ada lagi dibumi ini. Itukan perintah Allah swt.

Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?