Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Saturday, May 16, 2020

MCO Day 60: 23 Ramadhan of cookies and work from home

Salam,

Tinggal seminggu lagi untuk kite meraikan hari raya. Hari raya kali nie adalah lain daripada yang lain. Hari raya kali nie tak boleh pulang ke kampung. Dulu pernah terfikir macam mana rasanya sambut hari raya di rumah sendiri. Haaa tahun nie merasa lah kau beraya di rumah sendiri. 

Sama juga dulu pernah terfikir, alah buat lah rotation system untuk work-from-home. Yelah sey duduk luar negeri, tiap-tiap hari nak kena rentas negeri pergi ofis, kadang-kadang 40 minit nak sampai ofis. Kalau ada hari-hari takde mesyuarat, perjumpaan, boleh kot kerja dari rumah. Macam kat QUT, pensyarahnye rotate, 2+3 atau 3+2 untuk yang nak, so macam my xsupervisor tu dia datang ofis 2 kali seminggu je. 2 hari tu lah dia buat kerja-kerja management macam meeting. Lagi 3 hari dia kerja kat rumah. Boleh login remotely. Yelah diorang kat sana trust tinggi. Kita kena percaya colleagues kita. Tapi orang dia tak abuse system, most adhere to it. Barulah trusted and reliable. Orang kita boleh ke idak? 

Tapi tahun nie sey dapat merasalah work-from-home. So apa yang sey rasa? Masa mula-mula mula MCO tu kekok juga, tak tau nak kerja macammana. Nak mula apa dulu, nak buat apa dulu. Plus your mind mulalah malas nak kerja. Tengok novel nak baca, tengok tv nak nonton. Sey terfikir untuk ambil cuti, tapi katanya tak payah ambil cuti. Katanya you work at your own pace. Aduhaiiii.... Tapi kemudian naik minggu ke 3 dan ke 4 slowly dapat rhythm kerja. Masuk minggu ke 5 dah boleh atur jadual. Mana dengan miss t punya online class yang nak follow. Headset pun ada satu, kadang kena rotate guna. Most of the time, bagi pada miss t. Dah beli online headset baru, tapi last-last seller cancel sebab stock out. Lama-lama, eh ok lah WFH nie, tapi sey cakap, jangan lama MCO, takut dah tak nak gi ofis je nanti.....hahahahahahha....

OK lain kali boleh cerita pasal WFH dan MCO lagi.

So harinie, kami buat bandung soda laici float, tudia, berapa bny kombinasi. Pastu buat popia carbonara, kali nie buat ikut tips orang bagi. Kat bahagian inti tu lapik sekeping kulit popia. Kemudian sebelum goreng, masuk dalam fridge dulu. Biar inti dia sejuk, bila goreng tak meletup-letup dan pecah. Alhamdulillah jadi.





Untuk makan malam, masak kari kambing dan kubis goreng. Lama nak masak kari kambing nie. My Indian neighbour yang sey citer mempengaruhi sey masak kari tu ntah dah berapa kali masak kari kambing. Waduh menggugat betul.


Malam pulak buat choc chip, cookies wajib buat nie. Walaupun raya kat rumah aje tahun nie, kena buat choc chip, kalau tak rasa lain je nanti. Lagipun choc chip nie bukan sebab kuih raye semata. Sebab dah jadi rutin tiap kali raya mesti ada choc chip cookies, dari sey anak dara lagi. Sampaikan kawan-kawan sekolah yang datang raya ke rumah, mostly boys (ahaks) datang rumah sey minta cookies nie. Masa tu sey tak geng lagi dgn my other half, dia mukim lain. Kawan-kawan sekolah yang mukim sama, tiap-tiap tahun mesti datang beraya. Tiap tahun semenjak sekolah menengah macam tu, yang boys datang naik basikal, yang gals jalan kaki. Bila masing-masing dah ada lesen memandu,  kami akan beraya rumah kawan-kawan sampai ke tengah malam. Port terakhir adalah rumah kawan kami kat Sikamat. Well those were the days. Bila dah masuk U, kawan-kawan pun minta choc chips cookies juga. Hahahah... so dah jadi kelaziman lah sey buat. Now, dah turunkan skill pada anak-anak untuk buat chip cookies. Cuma kali nie cookies jadi flat pulak, mungkin sebab sey letak soda. Sebelum ni mmg tak letak soda. Tu lah experimen sangat, tapi rasa tetap sedap.


Nie gambar 10 years ago. Masa nie kat 60 Warren St., St Lucia, Brisbane. Sey memang sedari mereka kecil sey dah minta buat kerja-kerja rumah yang sesuai dengan umur. Masa nie miss y 8 tahun, dah boleh harap kerja-kerja dapur nie. Miss t kecil lagi, jadi penghibur kami :). 

My two princesses, my two lil kitchen helpers (well not anymore). Bulan puasa tahun depan ntah-ntah tinggal kami, my other half and me aje, kat rumah.




Didiklah anak dengan kerja-kerja di rumah, supaya esok mereka tidak kekok. Nie salah satu cara kita memupuk kasih sayang. Macam sey dulu, bonda dah suh sey buat chores macam-macam dari sekolah rendah lagi. Sapu laman, cuci bilik air. Bila dia masak, tolong dia kupas bawang, tumbuk cili etc. Dah habis kerja rumah, baru lah boleh buat kerja lain atau main atau nonton TV. Tu tak masuk berlatih organ. Jadi anak-anak nie kena keep them busy, baru lah dia tak spend banyak masa kat gadget dan juga TV.

Untuk survival mereka juga.....



Spread the love

yours truly,

Saturday, April 11, 2020

MCO Day 25: Dari wanton ke oatmeal cookies

Salam,

Tibanya hari Sabtu, semangat nak masak. Masa keluar beli barang dapur kelmarin, hajatnye nak cari mee laksa sebab my other half beli daun kesum, dan banyak pula. Daun kesum tu untuk buat asam pedas ikan nanti. Otak pun terus compute, macammana nak habiskan daun kesum nie. OK ikan asam pedas satu kali, ayam asam pedas satu kali, laksa satu kali. Done. Tapi bila cari mee laksa, takde, baik yang basah mau yang kering. Hmm tak dapat ler nak melaksa. Kemudian ternampak mee wanton. 2 minggu lepas datang takde, ehhh peluang jangan dilepaskan. Kulit wanton pun dah lame beli tak buat-buatnya lagi.

Maka, tadi untuk makan tengah hari buat lah fried chicken wanton dan mee wanton. Musim PKP nie, susah nak nampak kelibat mee wanton kat sini. Mungkin sebab senang nak buat mee wanton nie, memang cepat habis jawabnya. Mee kuning, kuay teow pun sikit-sikit. Mee laksa apa tah lagi, kadang ada kadang takde. Macam teka teki nujum pak belalang pulak, banyak-banyak time bukan PKP, bila mula PKP sikit-sikit mee kuning dan kuay teow, jarang-jarang mee wanton, kadang-kadang mee laksa. Apa daa sey mengarut nie.

Rujuk beberapa sumber juga, antaranya mee kicap Adam corrie dan mee wanton kak ida. Dan seperti biasa, sey mesti nak menderhaka resepi punya, jadi nie cara sey buat kedua-duanya.


Chicken Fried Wanton


Mee Wanton @ mee kicap


Fried chicken wanton
Yang ini sey ikut resepi Adam Corrie
Bahan-bahan
Kulit wanton (tak kisah yang 4 segi atau yang bulat, harinie sey pakai yang bulat)
Dada ayam 1 keping (yang nie besar tapak tangan)
1 biji carrot sagat
1 batang daun bawang potong macam untuk sup
Lada sulah
Oyster sauce

Cara-caranya
1. Bersihkan dada ayam, kemudian cincang dia.
2. Dalam bekas yang sama, satukan kesemua bahan-bahan, kecuali kulit wanton (of course lah). Kemudian kacau kasi sebati.
3. Rasa-rasa lah ikut selera sendiri. Oyster sauce tu sey letak dalam setengah sudu besar je.
4. Dah boleh bungkus isi dalam kulit wanton. Boleh tengok video kat youtube macam mana nak bungkus, ada macam-macam bentuk boleh buat. Video sey tak de pulak.
5. Dah habis inti, boleh lah mula goreng dalam minyak yang panas, tapi jangan api besar, nanti tak masak pulak isi dalam. Goreng sehingga kekuningan.
6. Siap.

Mee wanton @ Mee kicap
Nak buat mee wanton nie sey ikut cara kak Ida . Sebab apa, sebab kuah kicap tu tumis dulu dengan bawang putih, baru naik bau.

Bahan-bahan
Mee wanton (beli satu papan tu boleh makan 4 orang. Satu gumpal tu 1 orang)
Bawang putih dalam 5 6 ulas besar, racik halus (minced)
Oyster sauce, kicap pekat, minyak bijan, lada sulah
1/2 kiub pati ayam
Sayur bok choy yang telah dicelur

Untuk ayam;
2 keping ayam (elok kalau pakai boneless)
Kicap manis dan kicap masin.

Cara-cara
Rebus 2 keping ayam. Bila dah masak, angkat dan perap dengan kicap manis dan masin. Biarkan dulu. Ayam nie nanti digoreng. Alternatif, boleh je perap ayam dengan kicap manis dan masin kemudian panggang, tak perlu rebus.

Buat kuah kicap: Tumis bawang putih sampai golden brown. Kemudian masukkan oyster sauce dlm 2 sudu besar, kicap pekat 1 sudu besar dan kacau-kacau. Masukkan air rebus ayam (sebab tu sey rebus ayam tu), agak-agak lah banyak mana nak buat kuah. Jangan cair sangat, nanti mee tak gelap. Agak-agak dalam 4 senduk gulai air rebusan cukup. Kalau takde air rebusan, letak je air biasa.

Bila air kicap dah menggelegak, masukkan minyak bijan, agak-agak dua dash macam tu (eh faham tak nie), lada sulah dan kiub pati ayam. Kacau-kacau kemudian tutup api.

OK sekarang nak siapkan mee pulak.

Ambil 1 gumpal mee wanton, kirai-kirai atas pinggan. Sambil tu panaskan air dalam periuk. Kita nak celur mee nie. Bila air dan menggelegak, masukkan mee yang dah kirai-kirai tu. Kirai sikit-sikit aje tau. Sediakan satu mangkuk air sejuk, letak ice cube sikit. Nie trick supaya mee tu tak lembik. Celur mee dalam 2 minit jangan lama nanti lembik, pusing-pusing dia dalam air, angkat guna tapisan. Kemudian tuang dalam mangkuk berisi air sejuk tadi. Pusing-pusing lagi. Di mangkuk lain, tuang dalam 2 senduk kuah kicap tadi. Angkat mee wanton dlm air sejuk tu, tapis dia, kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang ada kuah kicap tu. Kacau-kacau bagi sebati. Kemudian masukkan ke dalam pinggan untuk dimakan.

Mee wanton nie kena buat satu-satu. Masukkan segumpal-segumpal sebab tak nak bagi dia lembik. Jadi repeat step atas nie sehingga mee wanton habis.

OK proses seterusnya, dan last sekali, garnish lah mee wanton tu dengan ayam yang dipotong atau dicarik, sayur bok choy yang telah dicelur dan fried wanton tadi. Nak lagi kaw, potong cili padi sikit. Haaaa...senang aje kan.... nanti buat ehhh.....


Oatmeal cranberries cookie
Lepas solat dan rehat kejap, sey masuk dapur balik, nak buat cookies pulak. Quaker oats kat rumah nie dah lama dipandang sepi semenjak sey mula IF. Kita jadikan biskut pulak. Minum petang nie dengan oatmeal cranberries cookies, kena pulak dengan farm fresh cafe latte, marvelous.

Untuk resepi boleh jenguk kat sini https://www.livewellbakeoften.com/soft-chewy-oatmeal-raisi…/
Sey pakai quaker oats je, dan tukar raisin ke cranberries.

Oatmeal cranberries cookie

Untuk malam, sey dah order siap-siap rendang, lemang dan yong tau foo. Kita kasi test sambil support orang berniaga.

OK, esok nak masak apa pulak?

p.s. Esok birthday Bonda, camne nak buat surprise dari jauh nie?

Spread the love

yours truly,