Hari ini genap 2 minggu arwah meninggalkan kami. Minggu lepas dan minggu ini aku sangat sibuk, sama ada memenuhi panggilan mesyuarat atau saja buat-buat sibuk. Hari ini aku kena juga menulis di sini, sebelum memori bersama arwah di hari-hari akhirnya tidak luput. Emak pun kelihatan agak tenang minggu lepas. Emak tak nak ikut anak-anaknya, katanya tak elok tinggalkan rumah kosong. Alasan mak lagi, susah dia nak bertarawih kalau ikut anak-anaknya. Tapi kami anak-anak faham perasaan mak. Jadi kami pun tak memaksa emak untuk ikut. Kami adik-beradik berpakat untuk ambilkan mak pembantu rumah, sekurang-kurangnya mak tak de la sunyi. Terutama sekali ketika bulan Ramadhan ini, bila berbuka dan bersahur, ada la teman makan. Aku nie pun risau juga, takut mak tak lalu makan bila sorang-sorang. Mujur juga mak teh aku, adik mak tinggal berdekatan. Selalu juga la dia datang menjenguk mak di rumah. Syukur Alhamdullillah.
OK...aku nak sambung cerita pasal arwah.....awas....entry ini agak panjang dan penuh dengan emosi
Pagi Isnin itu 8hb Ogos, aku menghadiri bengkel di ofis. Sebelum bengkel bermula, aku cuba call mak. Dua kali cuba, takde jawapan. Kakak aku kemudiannya call aku tanya pasal mak n abah. Dia juga cuba call, tapi takde jawapan. Tak lama kemudian, aku cuba lagi. Dan mak jawab. Kata mak, doktor tengah buat round, so dia kena duduk di luar wad. Telefon pula mak letakkan di dalam poket abah. Abah pula tak sedar-sedar dari malam tadi. Kata mak, selepas aku balik malam tu, abah mengaduh kesakitan. Oleh kerana doktor lihat abah dalam kesakitan sangat, doktor pun berikan morfin lagi. Tapi kali ini bukannya sirap, tetapi dalam bentuk injection. Maknanya, doktor memberikan morfin dalam dose yang tinggi sedikit. Mak kata, lepas doktor inject abah, tak lama lepas tu abah dapat tidur, dengan nyenyaknya.
Pagi Isnin tu, mak kata abah sedar, tapi dalam keadaan ngantuk. Morfin masih lagi bersisa. Tapi menurut mak, abah tak banyak cakap. Bila doktor tanya, abah hanya jawab sepatah aje. Lepas tu abah tak nak makan ubat. Bila disua ubat, abah tutup mulutnya, mengetap bibir. Susah juga la nurse nak suapkan ubat. Bunyi seolah-olah abah macam protest tak nak makan ubat. Mak pun tak lama di hospital. Lepas doktor habis buat round, mak pun balik ke rumah untuk mandi dan rehat. Aku yang sedang menghadiri bengkel, rasa macam tak sedap hati pula. Aku pun minta izin dengan boss untuk ke hospital tengahari itu. Kesian pula abah tinggal sorang-sorang di hospital. Kali ini memang rasa lain sikit. Suara abah pun aku tak dengar lagi pagi tu. Bila aku dapat lawat abah, sekurang-kurangnya dapat la aku berborak sedikit dengan abah, untuk menguatkan semangat abah melawan penyakitnya itu,
Tengahari Isnin tu, aku sampai di HTJ 10 minit sebelum 12.30 tengahari, iaitu waktu melawat. Aku park kereta di kawasan letak kereta awam di sebelah bawah sekali. Mujur ada perkidmatan shuttle yang disediakan pihak HTJ. Sesampainya aku di katil abah, aku lihat abah sedang tidur. Abah berdengkur sedikit.
"Assalamualaikum bah, kita sampai nie," aku berbisik sambil mencium dahi abah. Takde reaksi dari abah. Aku segera menggenggam tangan abah, berselawat dan membaca surah Al-Fatihah. Tak lama lepas tu, nurse datang dan bertanya, "akak anak pakcik elias?" "haah" jawab aku ringkas. "akak cuba la bagi makan, tadi saya dah cuba pujuk, tapi dia tak nak makan," kata nurse tu lagi. "oh ya... ok...nanti saya cuba suapkan. terima kasih ya," balas aku. Aku pun segera capai tray hospital itu yang berisi bubur nasi.
"bah, makan bah" aku memanggil pelahan. Takde tindakbalas. "bah, abah kena makan sikit bah. nanti macam mana nak baik" aku cuba memujuk abah. Abah masih lagi tidak sedar. Nyenyak betul tidur abah nie.
Aku pun cuba letakkan sudu berisi bubur ke bibir abah, dengan harapan dapat masuk sikit pun jadi la. Mungkin abah akan terkejut dan terjaga. Tapi tak berjaya. Walaupun mulut abah terbuka sedikit, dan abah berdengkur. Bubur tu tak berjaya masuk ke dalam mulut dia.
Aku gerakkan tubuh abah. Perlahan. Takde reaksi. Aku gerakkan lagi, sedikit kuat. Pun takde reaksi. "Abah, abah, bangun laa..." pun masih takde tindak balas. hmmmm...aku iktiar apa nak buat. Oh ya, ada sehelai tuala yang lembab terletak di dahi. Aku capai tuala itu, dah agak hilang kelembapannya. Aku pun ke bilik mandi untuk membasahkan tuala itu lagi. Bila aku kembali, kelihatan nurse trainee sedang mengambil tekanan darah dan suhu abah. "Pakcik nie demam sikit," katanya. "Pagi tadi pun ada temperature sikit, ini naik lagi," sambung nurse tu lagi. Aku bertanya, "Sebelum ni berapa?" "37, sekrang 37.9, naik," balasnya lagi.
Aku pun meletakkan tuala lembab tu ke dahi abah. Tak lama lepas tu telefon aku berbunyi.
"B, camne abah?" tanya kakak aku. "Abah tak sedar-sedar la long, puas dah kejut. Makan tak nak. Demam sikit." aku melaporkan. Aku pun tak ingat dah apa lagi yang aku dan along borakkan, tapi yang pastinya tak lama kami berkomunikasi. Sesudah aku bicara dengan kakak aku, aku merenung wajah abah. Mungkin kesan morfin yang buatkan abah dalam keadaan begitu. Aku cuba menyuap air zam zam ke mulut abah. Aku hanya berjaya menyuap 2 sudu kecil air zam zam. Bila aku nak suap kali ketiga, abah mengetapkan bibirnya.
Eh...abah sedar, ada tidak balas, tapi kenapa abah tak nak minum. Dalam fikiran aku mula memikirkan yang abah mungkin beremosi, protest tak nak makan dan minum, mungkin kerana sedikit hampa atau sedih dengan keadaannya begitu.
Aku kemudian memanjangkan leher aku, mencari doktor yang boleh aku bertanyakan keadaan abah. Gagal mengesan doktor, aku menuju ke kaunter nurse. Selepas bertanyakan nurse di situ, aku pun berjumpa dengan doktor yang merawat abah di situ. Aku pun menyoal doktor tu macam-macam. Macam mana keadaan abah? Kenapa abah tak sedar-sedar? Adakah abah mengalami gangguan emosi, macam merajuk ke atau protest? Doktor pun menerangkan yang sebab utama abah dalam keadaan macam tu kerana morfin. Abah telah diberi morfin secara injection sebanyak dua kali, mungkin kesannya membuatkan abah tidur. Dalam keadaan abah begitu, doktor tak boleh nak determine sama ada abah sedikit emosi. Suhu abah meningkat mungkin kerana berlakunya infeksi. Doktor suspect cancer abah telah merebak ke otak. Aku pasrah mendengarnya. Doktor memberitahu lagi, sekiranya abah enggan makan, mereka akan memasukkan makanan melalui hidung. Aku memberitahu doktor, aku perasan lidah abah kelihatan kebiruan. Doktor kata mungkin itu bruising, disebabkan abah kekurangan darah. Doktor kata lagi, dia akan mencadangkan kepada pakar untuk buat scan, untuk lihat sekiranya terdapat ketumbuhan di otak. Mereka masih tidak pasti punca sakit belakang abah tu, hanya menganggar yang sakit itu berpunca daripada kekurangan darah.
Selesai berbincang dengan doktor, aku kembali ke katil abah. "Bah...ooo bah....bangun bah, kita makan" Banyak kali juga aku mengulangi ayat tu dan aku tak ingat untuk kali ke berapa aku mengulang ayat itu baru abah memberi tindakbalas. Abah membuka matanya, "bah...bah ..kite nie...makan sikit ya". Tapi pandangan abah seakan kosong. Aku lihat mata abah sudah kelabu keputihan. Ya Allah, terkejut betul aku melihatnya. Abah kemudiannya mengeluh, "Adoii...." sekali....dan abah kembali menutupkan matanya dan berdengkur. Aku masih tergamam melihat mata abah, hanya membiarkan abah tidur. Air mata aku mula bertakung dibibir mata. Aku berdoa di dalam hati, "Ya Allah, kau ampunkan dosa-dosa abah, kau mudahkan la sakitnya itu" dan bersalawat. Hati aku ketika itu terasa sangat berat. Sedih betul aku dengan keadaan abah. Aku terasa sangat buntu, tak tau nak buat apa, tak tau nak cakap apa. Bodohnya aku rasa ketika itu. Bodohnya aku tak membawa surah yassin. Hanya boleh membaca surah Al-Fatihah sahaja. Aku cepat-cepat menghantar sms ke kawan rapat aku di Kelantan. Ntah kenapa, ketika itu aku rasa itu sahaja cara yang dapat menenangkan aku.
Tak lama kemudian, datanglah tiga orang nurse trainee ke katil abah. Katanya nak basahkan badan abah kerana abah demam. Jadi aku biarkan mereka bertiga membasuh badan abah. Aku hanya perhatikan dari jauh. Ketika nurse trainee tu mengangkat badan abah, abah tersedar, dan membuka matanya. "Adoiii...." itu sahaja yang keluar dari mulut abah. Aku membuat tafsiran, abah sepanjang masa mengalami kesakitan, cuma morfin itu yang membuatkan abah tak sedar. Bila sesekali abah sedar, dia akan merasa kesakitan itu. Aku membuat tafsiran lagi, yang morfin dalam badan abah mula berkurangan, kerana abah sudah boleh membuka matanya, walaupun sekejap, dan boleh memberi tindak balas. Dalam hati aku berkata, sekiranya morfin itu membuatkan abah lega, aku redho. Selesai nurse trainee itu membasahkan badan abah, dan suhu abah menurun, aku kembali duduk di sebelah. Sambil menggenggam tangan abah, aku membaca surah Al Fatihah, menghembus ke kedua-dua tapak tangan aku, kemudian aku sapukan ke perut abah. Perut abah masih lagi kembung seperti semalam. Aku bersama abah sehingga jam 2.10pm. Waktu melawat pun dah habis. Berat juga hati aku untuk meninggalkan abah dalam keadaan macam tu. Tapi aku nak melawat mak di rumah, dan kemudian perlu pulang ke rumah sendiri. Sebelum melangkah pergi, aku usap kepala abah, beristighfar, berselawat, dan memohon Allah meringankan sakit abah dan aku berserah kepada Allah. Langkah aku terasa berat, air mata aku sudah mengalir. Sedih melihat abah begitu. Di dalam hati aku sarat dengan perasaan yang negatif. Tapi aku tau aku perlu kuat menghadapi segala kemungkinan.
Setelah aku melawat mak di rumah, sebelum asar aku bertolak balik ke rumah aku. Sesampai di rumah, aku meneruskan rutin seperti biasa. Sekitar jam 6 petang, kakak aku telefon. "B, awak kat mana? Doktor kata abah sakit tenat. Tapi tak pasti. Awak balik Seremban tak?" aku tak terkata, terkejut bila kakak aku cakap macam tu. "Abah macam mane long?" aku bertanya minta kepastian. "Doktor kata major organ abah are failing, kidney not functioning well, heart is weak. Doktor kata diorang tak boleh buat apa-apa dah kecuali bagi morfin untuk kurangkan rasa sakit tu," kakak aku menerangkan keadaan abah. Aku hanya diam seribu bahasa. Ketika itu aku terasa berbelah bahagi. Satu aku kurang percaya dengan tafsiran doktor, ye la dulu pun cakap macam tu. Doktor ini cakap based on theory. Kakak aku pula cepat panik. Dan seperti tahu apa yang sedang aku fikirkan kakak aku berkata, "Awak tak payah balik dulu pun takpe, kita tengok abah ok. Demam pun dah surut. Apa-apa nanti kita bagitau," kakak aku sambung. Abah tenat! Itu aja yang bermain di fikiran aku. Lebih kurang jam 6.30 petang, abang aku telefon, setelah bercerita keadaan abah, itupun dari laporan kakak aku, abang aku yang pada ketika itu berada di rumah mak kerana menunggu shif menjaga abah malam tu berkata, "B, awak tak payah balik la. Biasa la tu along panik. Awak standby aja kat rumah" dan mak pun bercakap dengan aku macam tu, mak kata, "Kau tak payah balik laaa...kau bukak puasa dulu, apa-apa nanti mak bagitau". Tapi aku kat sini, nak berbuka pun rasa serba salah. Risau....
Selesai solat maghrib, sekejap-sekejap aku meninjau handphone, kot-kot aku termiss panggilan. Tak ada. Aku pun dah siap semua pakaian, masa tu aku fikir aku nak ambil cuti besok. Jadi aku siapkan pakaian untuk semua untuk 3 hari. Mana la tau. Aku juga membawa sekali sepasang jubah, kot-kot dapat bertarawih. Aku menempis segala perasaan negatif. Tapi pada masa yang sama aku pasrah dan berserah. Nak dekat jam 10 malam, kakak aku telefon, "B, awak balik tak?" "Tadi mak kata tak payah balik," balas aku. "Mak kata balik, abah nazak nie" haaaaaaaaa....bergetar jantung aku bila mendengarnya. Aku segera menghantar sms ke sang suami yang sedang bertarawih di surau. Dan kemudian memberi arahan kepada si adik dan si kakak untuk mengemas dan bersiap-siap. Jam 10.30 sang suami pulang dari surau. Sebelum itu aku sudah pun bagitau adik ipar aku di Seremban untuk minta dia jagakan adik dan kakak di rumah mertua aku. Sang suami pun kemudiannya menelefon mertua aku untuk memberitahu keadaan. Sekitar jam 10.45pm, kami bertolak dari rumah. Sang suami memandu laju, seperti biasa, dan seperti biasa juga aku membebel. Kami merancang untuk tinggalkan adik dan kakak di rumah mertua aku yang tak jauh dari hospital. Tak la mereka penat menunggu nanti. Setelah menghantar adik dan kakak ke rumah mertua, aku dan sang suami bergegas ke hospital. Setibanya aku di perkarangan hospital, abang ipar aku menelefon, "b, awak kat mana?" "Dah smpi, kat bawah," aku balas. "cepat...cepat...cepat" itu sahaja bicara terakhir abang ipar aku. Aku dan sang suami pun bergegas ke atas. Nasib baik security guard kat bawah tak banyak cerita, aku hanya bagitau wad mana dan kata tengah nazak dan mereka benarkan naik.
Sesampainya aku di wad 3A, aku lihat ramai orang di keliling katil abah. Mak aku lihat duduk jauh sikit dari katil abah. Bila aku sampai ke katil, mak cakap, "abah kau dah takde". Aku tak percaya. Abang ipar aku yang berada di kanan abah segera memberi laluan kepada aku. Aku rapat ke telinga abah, terus mengucapkan syahadah, "Ashadu an la ilaha illa'llah" berulang kali. Aku melihat monitor, dengupan jantung abah ada lagi. Di sebelah kiri abah, abang aku juga sedang membisikkan syahadah. Aku lihat abang aku juga sedang menangis. Dalam hati aku berkata, "abah...kite dah sampai abah". Aku mengucap syahadah berulang kali di telinga kanan abah. Kemudian aku lihat mulut abah berbuih bercampur darah. Suami aku berkata, "darah keluar". Aku cepat-cepat mencari tisu, tapi abang aku dengan pantas mencapai tuala yang berada di tepi abah dan mengelapnya. Aku kemudiannya menggenggam tangan abah, sambil membaca al fatihah. Aku rasa abah menggenggam tangan aku. Aku tak percaya. Aku ingatkan perasaan aku sahaja. Aku pandang ke tangan aku, dan aku melihat sendiri tangan abah menggenggam tangan aku. Dalam hati aku berkata, abah tau aku datang. Kemudian aku melepaskan tangan abah dan mengeluarkan surah yassin dari dalam beg aku, dan memberi peluang kepada sang suami untuk membisikkan kata-kata syahadah. Baru sahaja aku selesai membaca ayat keempat surah yassin tu, suami aku berkata, "abah dah tak de yang" sambil menunjuk ke arah skrin. Tapi aku lihat denyutan di lehernya masih ada. Mulut abah pun berbuih lagi. Nurse pun datang untuk memeriksa, dan kemudian memanggil doktor. Aku tau pada saat itu, abah dah tiada, meninggalkan kami untuk selama-lamanya.
Wad 3A pada ketika itu agak sayu. Ketika doktor memeriksa abah, aku baru sedar dengan keadaan sekelilingi. Aku lihat beberapa orang sepupu aku berada di situ. Jiran-jiran mak dan abah juga ada di situ. Mak aku lihat sedang termenung. Abang aku pula menyangkung di belakang katil abah menangis. Kakak aku sedang menjawab panggilan juga menangis. Aku pula tak tau apa perasaan aku ketika itu. Aku memerhatikan doktor yang sedang memeriksa. Tak lama kemudian doktor mengumumkan yang abah telah tiada, pada 9hb Ogos 12:00am, iaitu tepat tengah malam. Aku baru sahaja sampai di hospital lebih kurang 15 minit sebelum abah pergi. Aku adalah orang yang terakhir datang. Seolah-olah abah menunggu aku. Ketika aku mengadap abah untuk kali terakhir sebelum abah diuruskan untuk dibawa pulang, aku terasa sangat sayu. Aku tak percaya abah telah pergi. Berita ini sangat mengejutkan buat aku. Aku tak percaya, sungguhpun aku ada merasakan yang abah akan pergi, tapi aku tak percaya yang ia berlaku secepat itu. Aku sedekahkan Al Fatihah buat abah, kemudian aku mencium dahinya. Aku adalah orang pertama yang berbuat demikian. Aku renung lagi muka abah, mencari kepastian. Mak kemudiannya berdiri di sisi aku, meraup wajah abah, menggengam tangan abah. Pada ketika itu aku cuba menahan tangisan. Setelah mak beredar, aku pun cepat-cepat beredar dari situ, cuba untuk menahan tangisan aku, cepat-cepat aku menelungkup tangan aku ke mulut, tapi tak berjaya. Aku akhirnya menangis teresak-esak. Terdengar suara abang ipar aku berkata, "b sabar b..." dan kakak aku datang menghampiri aku lalu memelukku. Tak sempat aku berlari ke luar untuk menangis.
Abah dikebumikan setelah solat zuhur, 9hb Ogos 2011. Berita kematian abah adalah suatu berita yang mengejutkan bukan sahaja untuk kami sekeluarga, malahan keluarga besar aku, jiran-jiran serta sahabat handai abah. Ramai sedia maklum abah menghadapi kanser tahap keempat, tetapi ramai juga tidak menyangka yang abah akan pergi begitu cepat. Abah sakit kuat lebih kurang 3 hari. Hari terakhir abah tak sedar diri, dan abah pergi dalam keadaan tidak sedar diri. Apa-apa pun aku redho abah pergi. Abah juga pergi di bulan yang mulia. Aku bersyukur abah tak sakit lama. Aku bersyukur dapat berkhidmat di hari-hari terakhir abah. Cuma aku sedikit terkilan kerana abah belum melihat kejayaan aku lagi. Sedikit terkilan kerana aku tidak dapat menyarung jubah graduasi ke tubuh abah. Apa-apa pun aku redho, ini semua ketentuan Allah.
Semoga abah ditempatkan dikalangan as-soleheen. Al-Fatihah kepada Elias bin Mohd Hanafiah.
Abah...tenanglah mu di sana.
Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK
yours truly,
2 comments:
al fatihah.
Nice weblog right here! Additionally your website lots up very fast!
What web host are you using? Can I get your associate hyperlink on your host?
I wish my website loaded up as quickly as
yours lol
Post a Comment
what say you?