Yours truly,

Me Academia

Sunday, October 18, 2020

Aktiviti masak-masak minggu nie

Salam

Hai apo lagi yang sey nak cito kalau bukan pasal masak-masak dan makan-makan kan. WFH kalinie sey tak masak tengahari. Sebab kedai makan semua bukak kan, so kite beli je lauk, masak nasik, settle. 

Tak sanggup lagi aku, memasak lauk tengahari waktu hari kerja.... kalut sey....

So, hari Ahad minggu lepas, bukan Ahad nie tau, Ahad minggu lepas. Kami ke AEON beli groceries. Masa tengah pilih-pilih sayur tu, my other half dok lah belek-belek ikan. Lepas tu dia pun panggil. "Yang tengok salmon tu, freshnye". Sey tengok, perghhhh Tasmanian Salmon nie. Boleh tahan harganye, sey pun dah lama tak makan Salmon. Makanya,.........


Dinner petang tu heavy sikit lah. Itupun sey dah pesan kat semua, jangan minum petang tau. Mama masak salmon kite early dinner, at 6.30pm. Sebab salmon nie kalau masuk freezer dah tak sedap dah. 


Silap sey lah pergi pakai periuk tak pakai griller. Sekali terbogel salmon tu, kulit lekat kat periuk. Rugi bahagian yang paling sedap...hahahahaha... dah lama tak masak salmon lah katakan, lupe teknik.



Burger nie menu hari Rabu tak silap. Sey buat burger pakai patty burger Aris. Burger ayam Aris. Best jugak nie. Yang paling best semua masak dalam airfryer. Tak kecah dapur. Sey siap-siap bahan, nanti sape nak makan, masak patty dan bakar roti sendiri. 



Dan hari nie, sey grilled lamb rack untuk makan tengahari. Lamb rack nie beli kat Cold Storage. Sedap....

Sekian....



Spread the love 

yours truly, 

Wednesday, October 14, 2020

Work from home sebab PKPB Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur

Salam,

Bermula hari ini, tarikh ini sey WFH sebab PKPB di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Dah sey duduk negeri sobolah, dah tak boleh masuk sempadan pulak. Tapi sey rasa eloklah kojo dari rumah skrang nie. Kes asyik meningkat yo nie. Asyik ado kluster baharu. Kite tunggu yo lah sampai 27 Oktober nanti. Tapi sey ghaso cam tambah tempoh lagi yo nie....




Harinie juga sey dan kawan-kawan sey, kami mengajar team teaching, ada pertemuan pertama dengan pelajar-pelajar tahun 1. Ala kira freshies lah nie. Ghamai pulak batch nie. Masak lah sey nando kertas nanti...



Kami pakai MS Teams sebagai platfrom mengajar. Setakat nie nampak sonang lah. Kuliah mula minggu depan, harap ok lah nanti. Doakan yang baik-baik yo. Subjek banyak ngiro nie, seriua gak sey.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, October 13, 2020

Gardening part VIII

Salam,

I just want to update on my small garden.


Pokok bayam dah mula membesar.


Pokok kunyit dah mula menguning, hasil tak terambil. Kena buang daun-daun kering. Sibuk je budak busuk.



Daun ketumpang air aka sireh cina sahaja dibiarkan. Nak buat ulam nanti.




Daun sup tinggal 2 tangkai sahaja.


Benih sawi dah sebulan semai, ada yang dah mati. Aduyaiii...

Kat luar rumah, flower bed, pokok kangkung macam dah tak boleh diselamatkan lagi.




Pokok bawang nie so far menggembirakan. Besar dan gemuk-gemuk.


Pokok kunyit nie dah dipulihkan, tapi macam hidup segan mati tak mahu. Rasa kena tanam ubi baru nie.




Spread the love

yours truly,

Monday, October 12, 2020

On the news

Salam,

So today's news: 

KPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
Manakala di Sabah pula, PKPB akan dilaksana di seluruh negeri tersebut berkuatkuasa 12.01 tengah malam 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020.
-Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri B Yaakob

Last week was hot on:

Selebriti, ahli perniagaan 'cuci wang' Macau Scam dalam senarai SPRM

Pasal Shuib, pasal Dato Addy Kana, Datin Alyaa Suhaila >> keywords untuk search.


Last weekend hot on:

Kemalangan maut di Jaybee. Kereta myvi langgar honda, terbalik, pemandu honda meninggal, pemandu myvi positif dadah, pemandu myvi perempuan tiada lesen dan roadtax mati.


Sekian dari bilik berita untuk kenangan.

Spread the love

yours truly,

Saturday, October 10, 2020

Ekor lembu bakar ala Cibiuk

Salam,

Haritu kami ke Cibiuk untuk makan tengah hari. Itulah kali pertama makan kat Cibiuk. Cibiuk nie restoran yang hidang masakan Sunda. Oleh kerana sey sudah ke Bandung tahun lepas, serba sedikit familiar lah dengan lauk-lauk Sunda nie. Jadi kami makan set ayam dan itik dan my other half order ekor bakar. Mak aiiii sedap jugak ekor bakar nie. Jadi sey pun apa lagi, carilah resepi. Jumpa youtube 
Datin Eina Azman share resepi ekor goreng nie, oh laaahhh mudah juga, bahan-bahan pun memang ada kat rumah. Cuma jodoh sey dengan ekor aje yang payah sikit. Alhamdulillah minggu lepas jumpelah ekor, maka, harinie sey pun cuba lah masa ekor bakar. Kebetulan my other half kurang sihat, harap ini dapat buka selera dialah.





Bahan-bahan dia mudah aje. 

Kicap manis ABC (agak-agak nak pakai banyak mana)
1 kiub stok lembu
Bawang besar, bawang putih dalam 4 ulas, cili padi 4 ulas, 1 cili besar semuanya racik.
Limau nipis sikit
Madu
Dan ekor lembu rebus dulu.
Kacau semua, biarkan setengah jam kemudian bakar.


Sedapnye.....



Spread the love 

yours truly,

Episod makan lagi

Salam,

Sambung episod makan. Masa kat Benny haritu, kami order Cinnamon Roll. Pernah sekali pergi situ nak beli cinnamon rolls aje tapi habis. Jadi haritu bila ada, kami terus beli 4. Tudia....



Sedap, lembut dan tak manis sangat.





Spread the love

yours truly,

Friday, October 9, 2020

Episod makan-makan

Salam,


Sabtu lepas ke Seremban. Risau rasanya dengan kes Covid19 yang mendadak naik. Risau PKP balik. Kes naik sampai hampir 700. Allah. Cuma kes-kes tinggi berlaku di kawasan  under control. Kita doa baik-baik ajelah.

Jadi hujung minggu lepas dipenuhi dengan aktiviti makan-makan....hahahaha.... takde lah, makan macam biasa, cuma my sister pun balik sama, jadi ada lah menu tambahan. 



Roti paung nie memang bahaya, cabut satu makan, cabut satu lagi makan. Kena pula cicah sup kaki ayam...waduhhh......


Sey memang teringin lama dah nak makan roti canai. Tak ingat dah bila last makan, rasa dah berbulan-bulan. Jadi kite lupakan siklem jap, kite makan rotcan. Kena pula rotcan garing minum kopi O panas.....



My sister bagi cawan enamel nie. Trending balik cawan enamel nie, dulu-dulu orang lama2 pakai. Panggil pun pinggan ayan. Masa kocik-kocik maghin sey ingatkan pinggan ayam, hahahahaha... pulak tu ada lukisan ayam kan. Rupanye ayan, ayan = enamel. Sey tengok celebriti Dato Rizalman nie pakai mangkuk2 ayan nie bila memasak. Ala mangkuk ayan yg warna kuning cair tu. Tapi tengok harga orang jual boleh tahan, harga online lah. Kalau gi kedai-kedai kat Singapore St ada jual kot ye. 




Dan Rabu lepas sey pergi Mesa Mall cari barang. Kemudian kami makan FishNChips dengan Benny. Sedap weeiii.... crispy. Teringat sey Fish n Chips George kat West End, Brisbane. Dan sey teringat juga Fish N Chips kat JB, suatu masa dahulu.


Sedap sedap semua.......

Spread the love

yours truly,