Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Sunday, November 1, 2020

Ikan kurau goreng belado potai

Salam,

Iyo panjang eh pulak nama makanan nie. Hahaha, punye lah nak bagitau dengan jelas apo masakan eh. Tak mau lagi bagi nama yang polik-polik kan.

Al kisahnya, jiran dalam taman sey nie ha, ada jual sambal ayam penyet. Dia iklanlah dalam whatsapp. Yang sey tak boleh tahan tu, dia belanja sekali video, goreng udang lotak sambal penyet nie samo potai. Umangaaiiiii saba yo lah. Sey pun terus teringat ikan kurau yang dah 2 minggu sey boli dan potai yang raso dah 2 bulan kot. Tapi sebab sey simpan dalam freezer potai dah siap kopek. Asalnye sey nak buek kari ikan. Tapi my other half nie, kalau lauk ikan, dia suka yang kering-kering yang goreng-goreng. Makanya, dengan video tersebut, timbullah idea nak masak. Sey pun apo lai, order lah 3 botol sambal penyet tu.




Haaa terliur tak? Kawan-kawan sey kat fb tu ramai yang terliur tengok lauk nie. My other half pun suka. Siap sebut-sebut lagi.


Sambal penyet inilah yang telah memudahkan keje sey.....haaa nak order? Korang carilah sendiri...hehehehehe



Spread the love

yours truly,

Sunday, October 18, 2020

Aktiviti masak-masak minggu nie

Salam

Hai apo lagi yang sey nak cito kalau bukan pasal masak-masak dan makan-makan kan. WFH kalinie sey tak masak tengahari. Sebab kedai makan semua bukak kan, so kite beli je lauk, masak nasik, settle. 

Tak sanggup lagi aku, memasak lauk tengahari waktu hari kerja.... kalut sey....

So, hari Ahad minggu lepas, bukan Ahad nie tau, Ahad minggu lepas. Kami ke AEON beli groceries. Masa tengah pilih-pilih sayur tu, my other half dok lah belek-belek ikan. Lepas tu dia pun panggil. "Yang tengok salmon tu, freshnye". Sey tengok, perghhhh Tasmanian Salmon nie. Boleh tahan harganye, sey pun dah lama tak makan Salmon. Makanya,.........


Dinner petang tu heavy sikit lah. Itupun sey dah pesan kat semua, jangan minum petang tau. Mama masak salmon kite early dinner, at 6.30pm. Sebab salmon nie kalau masuk freezer dah tak sedap dah. 


Silap sey lah pergi pakai periuk tak pakai griller. Sekali terbogel salmon tu, kulit lekat kat periuk. Rugi bahagian yang paling sedap...hahahahaha... dah lama tak masak salmon lah katakan, lupe teknik.



Burger nie menu hari Rabu tak silap. Sey buat burger pakai patty burger Aris. Burger ayam Aris. Best jugak nie. Yang paling best semua masak dalam airfryer. Tak kecah dapur. Sey siap-siap bahan, nanti sape nak makan, masak patty dan bakar roti sendiri. 



Dan hari nie, sey grilled lamb rack untuk makan tengahari. Lamb rack nie beli kat Cold Storage. Sedap....

Sekian....



Spread the love 

yours truly, 

Saturday, July 25, 2020

Seafood galore

Salam,

Hari Sabtu, hari kita bermalasan dan spend masa dengan famili. Cara sey spend masa dengan famili adalah dengan memasak. Hari kerja memang jarang masak, kalau masak pun untuk makan malam, yang biasanya lauk mudah seperti sandwich, nasi goreng, mee goreng, mihun goreng. Dah lame tak makan berat since my other half and me mula jaga badan. Anak-anak pun tak makan berat malam. Dulu sey memang masak lauk untuk makan malam, sebabnya masak untuk dinner sekali dengan lunch esok harinye. Senang anak-anak balik sekolah lauk dah ada. Cuma penatlah, dan bertambah penat dan serabut masa sey memegang jawatan sebagai ketua program. Kadang-kadang tu berkejar balik rumah nak masak, malam memang penat sangat. Tu belum nak lipat baju, gosok baju untuk esoknye. Sey pulak bukan jenis yang gosok baju untuk seminggu, sebab apa yang sey nak pakai hanya sey boleh decide malam sebelum hari esok. Sama juga bab memasak, ada orang boleh prep bahan pada hujung minggu, siap tumis-tumis, hari kerja terus panaskan, atau tambah lauk aje dalam kuah yang disiapkan pada hujung minggu tu. Sebab sey bila nak masak, hari tu baru fikir nak masak ape. Kiranya sey nie short term planner lah. Not good at long term. Sebab tu sey kalau kerja2 operational ok je, tapi kalau strategic, alahai....lemau rasanya.

OK, balik ke harinie, minggu lepas seperti biasa, bila beli barang dapur bonda, sey beli sekali barang dapur sey. Jadi haritu masa di pasar, jumpalah sotong besar dan ketam. Apa lagi, sey pun beli. Maka, harinie sey masak; ketam telur masin, sotong bakar dan honey lemon ikan fillet.





Tu dia spread makan tengahari tadi. 


Tambah meriah dan bermakna lauk tu bila sey guna daun kunyit, kucai dan kangkung tanaman sendiri. Kangkung tu baru nak belajar, jadi tak banyak. Kunyit tu sebab dah merimbun sangat, nanti tumbesaran dia terbantut pulak, maka sey ambil untuk jadi lapik semasa bakar sotong, baru wangi. Kucai tu pun dah merimbun. Seronoknye bila masak guna bahan yang ditanam sendiri. Macam youtuber dari China, Liziqi dan Dongxi. Best best.

Kesian kisah youtuber S&P tu kan. Yelah tak semua orang boleh cope dengan instant fame.


Spread the love

yours truly,

Thursday, July 9, 2020

Express dinner: Roti telur dan tuna

Salam,

Petang tadi briskwalk dengan rakan sepejabat. 1st briskwalking for this year, tertangguh sebab MCO. Briskwalking dalam kampus. Sampai rumah tadi perut dah lapa, mula merancang nak masak apa yang pantas. Jadi buat lah roti telur dan tuna nie.

Sey buat style roti john, tuang bancuhan telur atas pan, kemudian tampal roti atasnye, kemudian tuang lagi telur. Untuk anak-anak sey tambah mozzarella cheese, mau kasi effect tarik-tarik tu.







Menu 30 minit siap. Sey post ke FB, ada rakan-rakan yang tanya cukup ke makan tu aje. Sey cakap cukup lah, malam-malam memang tak makan banyak. Lagipun tengahari tadi dah bedal sotong goreng kunyit kat Nasi Dulang Sg Ramal. Kenyang sampai ke malam.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, May 12, 2020

MCO Day 56: 19 Ramadhan, malam ke 20.

Salam,

Malam nie dah masuk 20 Ramadhan. Tahun lepas dan tahun tahun sebelumnya dah mula sibuk membuat persiapan hari raya. Dah mula ke bank tukar duit ghaye. Tahun nie tak de duit ghaye lah. Lagu anuar dan elina, suasana hari raya, kena tukar lirik, "asyik berwhatsapp pakcik dan makcik hai duit raye silalah bank-in".


Harinie kite buat jus tembikai dan cekodok pisang untuk berbuka.

Untuk makan malam, sey masak udang cili api campur nenes, orang kato gulai nenas udang. Samo lah kan. Dan sweet sour fish chips. Goreng yo fish chips brand Pacific West tu, kemudian buat kuah sweet sour. Noneh tu tak manis, sey gaul sikit ngan gulo.





Brand Pacific West nie memang otai lah, maso kek Brisbane pun ado brand nie. Sey kenal brand nie maso kek Brisbane lah. Punyalah happy jumpa local brand kat sana. Setiap kali jumpo barang jenamo tempatan memang ada satu perasaan kembang hinggap di hati. Banggo satu, terubat rindu satu. Cuma masa sey dulu, kicap kipas udang tak masuk lai. Kek Sydney katonya ado, kek Brisbane takdo. Kicap ABC banyak.

Sey dapat tau pengasas kicap kipas udang kembali ke rahmatullah hari ini. Innalillahi wainna ilaihirojiuun. Harap legacy berterusan.


Spread the love

yours truly,

Friday, May 1, 2020

MCO Day 45: 8 Ramadhan daun pandan sepokok kau: Gardening part I

Salam,

Selamat hari pekerja semua. Walaupun public holiday sey tetap buat tutorial. Tanya student semalam, diorg ok je. Ada lah 28/49 student je yg hadir, oklah tu. Diorg serius nak belajar. Lagipun bila WFH nie, public holiday ka rasa sama je, sebab semua kat rumah kan. Tak perlu ke mana-mana, on je laptop buat keje. Teruja OL nie bila student bagi komitmen dan feedback.


Lepas kelas ada project meeting. Yang nie libatkan colleague daripada bidang kesihatan.


Since cuti harinie, lepas meeting tadi sey pun masuk dapur. Harinie nak buat kuih bakar. Haritu cari-cari resepi kat blog lama. Dulu pernah buat kuih bakar nie kat sana. Ada beberapa kali juga buat sebab semua suka. Jumpe post kat blog lama tu. Nak buat kuih nie tapi kena tunggu pandan paste sampai dulu. Kat sini jumpa pandan flavour je. Sekali sey gi online carik pandan paste, 2 3 botol sey beli, ada paste, ada esen. Bukan tu aje, beli daun pandan online gak. Sekali datang, 1 pokok pandan tu dia bagi. Ambik ko. Ko nak berniaga ke atau buat bunga rampai nie 🤣. Ini pun dah kerat-kerat daun, ada yang simpan dalam freezer. Ada yang dah pakai harinie. Esok boleh buat tepung pelita pulak.




Ta daaa... baru keluar oven.



Inilah juadah berbuka kami untuk harinie.


Malam, it's match night. We played Uno and Jenga.


Spread the love

yours truly,

Tuesday, April 28, 2020

MCO Day 42: 5 Ramadhan, Ikan keli di kuali

Salam,

Orang nismilan dan salai memang susah dipisahkan. Masa order itik salai marin, order sekali ikan keli salai. Masa nak bersihkan ikan tu, wanginya bau salainya. Sambil menaip nie, bau salai masih lekat kat tangan sey...hahahahaha.... Tak nak bagi keli pecah, kita masak ikan keli salai dalam kuali.




Genap 6 minggu dah MCO. Tak sangka dah begitu lama kena perap dan kerja dari rumah. Minggu nie juga semester 2 bersambung. Fasa baharu pun bermula, cuba utk adapt dengan new normal.
Dah buat 3 meeting online dengan student. So far ok lah guna Teams, cuma from the student side, kadang tak dengar sangat (mic issue), ada tu meeting 1 jam, habis 1 gig data, rasa elok voice call dari video call.

Barang baking sey dah sampai, order dari Lazada. Puas mencari tepung beras, tepung pulut kat JG dan Giant, tak ketemu juga jodohnya. Berjodoh di Lazada. Macam-macam projek kuih lah weekend nie.




Kacang tanah, marjerin, minyak daisy, kacang hijau, sweet corn pun dah beli nie. Jangan tak buat sudah.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, April 22, 2020

MCO Day 36: Kata orang pahit tu bagus

Salam,

Kejap je dah Rabu. Esok potong tengok anak bulan Ramadan. Ghaso bilo mulo poso?

So harinie, keje macam biasa lah. Pastu sey masak asam podeh ikan yo, tumis sawi. Sawi nie my other half yg beli. Minta belikan sawi bunga, asalnya dio terambil sawi jopun. Mujo dia call minta confirmation. Nasib belum bayar lagi. Patah balik, ambil sawi, cakap ngan dio takdo sawi bunga ambil sawi biasa, 2 ikat. Sey mano lah tau 1 ikat tu bosa mano kan. Sekali satu ikat tu lobih socokak den...hahahaha...ambik. Sawi nie asalnye nak buek makan ngan mee kari, kemudian utk mee goreng esok-esoknya. Skali sampai ke harinie tak habis2 lagi sawi nie. Pahit sikit sawi nie. Tu yg sey selalu beli sawi bunga daripada sawi biasa. Orang kata benda-benda pahit nie bagus. Moga dapat kebaikannya. Aamiin.




OK lah, kito tunggu lah announcement esok.


Spread the love

yours truly,

Monday, April 20, 2020

MCO Day 34: Lomak labu

Salam,

Today is Monday. Actually I got permission to go to the office to pick up my teaching material. But since I need to get permission from PDRM as I will cross the state border, I decided to not go. Takpe lah, I will find ways to prepare the materials. I am doing it pun.

So for lunch, I cooked masak lomak labu and sardin goreng yo. Ada biji labu tu, cuba lah nak experimen. I asked miss y to google what can we do with the seeds. She said can roast them. Makanya, miss y pun buatlah experimen.



Terlama pulak panggang, this is just under 10 minutes. Kena buat dalam 5 minit aje kot. Still tasted nice, extra carbon.

Trending kat FB now, page "Masak apa tak jadi hari nie" klaka.


Spread the love

yours truly,

Saturday, April 4, 2020

MCO Day 18: Feeling wonky

Salam,

I woke up today, and went back to sleep immediately after. I have been up late for a few days now, slept at almost 2 am, reading Along came a spider. I wanted to finish it before the weekend ends. And as a result I feel wonky today.

I prepared lunch early today. Sotong goreng kunyit and ikan masak taucu. Ikan masak taucu the least fav dish in my family, but I love it. I love it during my childhood days. Bonda often cooked it. This type of dish susah nak jumpa kat kedai. This time I used Knife's tauchu. Sedap. You only neef to add water. Dah cukup asam garamnye.



OK... I want to go back to the book.

Spread the love

yours truly,

Tuesday, March 31, 2020

MCO Day 14: Dipengaruhi jiranku

Salam,

Harinie masuk hari ke 14 PKP. Bermakna sudah 2 minggu kerajaan mengeluarkan perintah kawalan pergerakan. Esok bermula PKP tahap 2 yang akan tamat pada 14 April. Harapnya tidak dilanjutkan PKP inilah. Nampak banyak rekod yang baik, bilangan kes positif yang berkurangan, bilangan kes yang sihat meningkat. Moga semuanya akan selesai tidak lama lagi.

Harinie rasa nak relax sikit. Tumpuan kerja harinie cuma pada student sahaja dan membalas email. Kemudian ke dapur lah saya.

Masakan tengahari harinie dipengaruhi oleh jiran bawah. Selang sebuah unit bawah kami, ada keluarga India yang baru pindah daripada Penang. Katanya pindah ke sini sebab nak dekat dengan anak. Mujur mereka pindah awal sikit, dalam bulan 2 macam tu, sebelum PKP. Jadi semenjak ada jiran India nie, selalulah naik bauan seperti kemenyan, daun semambu, dan juga masakan kari. Ada orang kata bau kemenyan dan semambu tu (neem leave diorang panggil) untuk halau kuman. Musim covid nie lagi galak mereka perasap, hahahahaha.... sebelum naik bau tu diorang bunyi loceng. Pagi sekali, petang sebelum maghrib sekali. Kalau betul ada kebaikan kami dapat tempiasnya lah. Tapi yang pasti nyamuk memang berkurang kat rumah nie.

Asalnya tadi nak masak ikan kicap aje. Tengah-tengah buat keje, dengar jiran dah mula kelentang kelentung kat bawah. Dia masak kat luar, jadi kite nie bilik ofis memang dekat tingkap selari dengan balkoni belakang unit dia, tempat dia masak. Dalam kul 10 pagi tu memang dia akan mula memasak. Hampir tiap hari bau kari, hahahahaha... sedap pulak tu. Makanya, harinie, keputusan menu yang dibuat malam semalam telah ditukar kerana terpengaruh dengan bau kari jiran yang naik ke atas sampai menggugat konsentrasiku. Kerap sangat dah macam nie, concentration ku digugat. Acib ada rempah kari ikan cap O.

Jadi menu pada hari nie, kari ikan tenggiri, sambal udang dan kacang panjang goreng campur tempe. Cukup lah tu, Alhamdulillah.




Lauk banyak lebih lagi nie, esok goreng telur dadar aje lah...cukup tu.

Tadi tengok balik gambar-gambar lama kat facebook. Diam tak diam dah hampir 12 tahun guna facebook, web service/socmed yang paling lama aku guna. Tadi terfikir nak simpan gambar-gambar raya setiap tahun dalam satu folder, ada idea nanti boleh buat photobook.

OKlah...retire dulu....

Spread the love

yours truly,

Tuesday, March 24, 2020

MCO Day 7: Along came the bayam

Salam,

Apa khabar semua? Cheh macam ada yang membaca blog ku nie. Tak apelah, kita tulis sebab suka-suka. Boleh asah otak yang lembab di musim MCO nie, nak menulis apa-apa pun macam tak jadi, writer's block ke? Hah...

Nak tau apa aku rasa sekarang? Rasa macam kat Brisbane balik, sebab, buat kerja kat rumah, jadual kerja pun macam dulu; bangun pagi buat kerja dulu, kang masuk kul 11 berhenti jap masak, makan, solat, lepas tu sambung kerja jap, kul 4 take a nap, pastu bangun asar, goreng/buat kuih untuk minum petang, siap2 makan malam, solat, makan malam, kemas dapur, kemudian sambung kerja. Haa lebih kurang macam tu lah. Masa kat Brisbane dulu, ada tambahan kerja, hantar yaya sekolah jam 8 pagi, jemput dia jam 2.30 tengahari. Sambil bawa budak thirah busuk masam tu. Eh goosebump pulak rasa. Dejavu.

OK lah, kerja harinie mengedit paper lagi untuk camera ready, esok nak kena submit dah. Keje lain bny lagi in the pipeline. Editor kat Jepun pun dah tanya status bab dalam buku, aduhai, yang itu memang blank, rasa kena minta tambahan hari lagi lah. Esok lah balas email dia.

So untuk tengahari nie masak simple je, goreng ikan pelaling, goreng mackerel cili dalam gambar bawah nie, kemudian sayur bayam masak lomak. Kena pulak dengan sambal belacan yang buat semalam tu.




Alkisah harinie, sayur bayam tu my other half tersilap ambil, orang suh beli kangkung, dia dengan yakinnya ambil sayur bayam, sampai rumah siap cakap, "yang kangkung nie tak cantik sangat lah, ini je yang ada". Kita tengok dari jauh apsal terencat daun kangkung nie, kecik-kecik. Masa tu tak pegang lagi sayur tu, tengah siap2 makan tengahari. Bila nak simpan sayur dlm peti Ya Allah, "yang nie bukan sayur kangkung, nie sayur bayam, siap ada tag lagi sayur bayam". My other half jawab, "laa kat rak tulis sayur kangkung." Haaa...tipah tertipu you. Acib lah bini dia nie tau nak repair2 resepi. Ingat sayur kangkung tu nak buat nasi goreng kampung. Jadi bayam masak lomak untuk lauk tengahari lah jadinya.

OK harinie baca buku baru, Along came a spider by James Patterson. First time baca buku dia. Korang tau tak James Patterson nie antara top 10 best selling authors? Haa.. aku pun baru tau...

OK till next time.....


Spread the love

yours truly,

Thursday, March 19, 2020

MCO Day 2: Kecelaruan

Salam,

Harinie MCO hari kedua, tinggal 12 hari lagi. 12 hari lagi, lame lagi nie. So far I am ok, cuma kurang berjalan dan naik turun tangga, risau pulak berat badan naik dan kaki tak kuat pulak. Banyak duduk, kurang pergerakan, badan pun rasa layu, kerap ngantuk. Jadi kena banyak lompat-lompat kat rumah nie. Esok kena mula yoga 10 minit.

Yang nampak terkesan dengan MCO nie is my other half. Dah tak boleh solat berjemaah kat surau, jadi kuranglah dia bergerak. Sebelum nie, 5 waktu dia keluar naik motornya ke surau belakang rumah nie. Now kena berjemaah kat rumah. Yang untungnye iols dan anak-anaklah, dapat berjemaah sama-sama.

OK harinie dapat beri tumpuan pada kerja sikit. Satu task dah selesai, tinggal task paling besar nie, nak siapkan book chapter untuk buku Springer. Sikit aje lagi, you can do it.

Untuk menu MCO Day 2, harinie masak ikan berlado, sotong kicap, dan masak lomak sayur kubis campur fucuk dan suhun. Dapat ikan dan sotong nie pun balance-balance kedai, dah masuk ais, kurang sedap sikit. Tapi sebab haritu nak sangat ada stok ikan, den ambil jugalah. Ringkas je masak nie, tapi kawan-kawan cakap meriah dan luxury. Allahu. Biasa sangat, kalau meriah ada ketam ngan ikan kerapu ke kikikiki. Mujur yaya ada tolong masak, so tak lama nak siapkan makanan tengari nie, 1 jam lebih je.




Apa pula perkembangan Covid19 di Malaysia? Ada lagi kes positif baharu harinie. Lepas tu ada yg masih berdegil, pergi main kat taman, main basketball aduh....kenapa lah. Diorang tak faham ke maksud MCO nie. Tolonglah Malaysia, be selfless sikit.


Spread the love

yours truly,

Wednesday, August 12, 2015

[Dapurkuofiskeduaku] Sotong goreng kunyit bajet.

Hujung minggu lepas beli stok makanan untuk seminggu. Me tengok kat Giant Nilai tu ikan dan sotong dia segar, jadi me beli ikan tenggiri bunga dan sotong. Alahai kociknya ikan tenggiri dia, kenalah beli dua ekor. Seekor masak lomak cili api, seekor lagi masak berlada. Eh bukan sekali masak tu, hari lain-lain. Sotong pulak, masak tempura dan sotong goreng kunyit. Eh sama jugak, masak untuk hari lain-lain.

Friday, January 31, 2014

Sweet and Sour Fish

Hari ini cuti umum, Gong Xi Fa Cai. Tahun nie tahun kuda. Hari cuti haruslah ke dapur untuk masak tengahari. Kelmarin beli ikan, jadi masak lauk ikan la kita.