Salam,
Ahad malam Isnin, tengah rehat-rehat lunjur-lunjur kaki, miss t tanya, "mama boleh beli mangga tak esok?" . "Adik nak buat ape?", sey tanya, "untuk science projek," katanya.
Allah, sey memang malas nak singgah kedai esok. Sabtu dan Ahad nie pun asyik keluar masuk rumah beli barang dapur bonda. Hey miss t nie pun satu, malam-malan camnie, nak sekolah esok baru lah teringat nak beli itu ini. Nie mesti leka siang hari, malam baru nak check list sekolah.
Sey pun cakap,
"Ala dik, mama malas lah nak singgah kedai esok. Ada tak benda lain selain mangga?'
Adik said something, but I forgot what was it. Her science project is about pickling, menjeruk. Then she said,
"Takpelah mama, esok kawan adik bagi nenas, nak buat jem"
" Dah buat jem pulak, tadi kata jeruk. Lagi payah nak buat jem, nak blend, nak masak lagi. Masak tu payah juga, nanti meletup-letup," sey terangkan pada miss t.
Hmmmmmmm..... kemudian sey teringat. I turned to miss y.
"Eh kakak, bukan pernah ke buat projek sains jeruk nie?"
"Haah"
"Awak buat jeruk apa?"
"Kakak buat cili je"
Haaa cili..... cili hijau pun banyak dalam fridge.
"Haaa... apa kata adik buat cili jeruk?" sey memberi idea.
"Cili jeruk? Nanti macammana nak makan tu? Adik kena tunjuk bukti makan dengan jeruk tu?"
"Makan lah dengan mee goreng ke, mihun goreng ke?" sey bagi cadangan.
"OK...."
Maka, malam tu, sebelum sey tido, sey pun siapkan bahan-bahan untuk menjeruk cili. Sey pun bukan tau pun buat, dulu pun miss y yang buat sendiri. Apa lagi sey pun meng google, jumpalah
page ini.
Nanti boleh tengok hasilnya, jadi ke tidak.
Spread the love
yours truly,