Yours truly,

Me Academia

Friday, January 31, 2014

Sweet and Sour Fish

Hari ini cuti umum, Gong Xi Fa Cai. Tahun nie tahun kuda. Hari cuti haruslah ke dapur untuk masak tengahari. Kelmarin beli ikan, jadi masak lauk ikan la kita.


Ikan sweet sour, kalau tanya mak, itulah nama yang diberikan. Masa kecil-kecil dulu, lauk ini biasanya dihidang bila ada special event, ada tetamu nak datang dan bila kami adik beradik balik rumah pada hari pertama cuti sekolah atau kolej. Lauk ini juga beri kenangan manis untuk me kerana inilah lauk pertama yang dimasak untuk me hubby, masa tu we were about to be engaged. Sambil masak tu, mak aka sifu, berdiri sebelah tunjuk itu ini, ajar itu ini, nak pastikan lauk speciality dia tu dimasak dengan sempurna la tu....hahahha. Sekarang lauk ini adalah favourite miss 'y', tapi encik 'e' tak suke sangat lauk nie. Masa me mula-mula masak lauk nie kat encik 'e', dia makan dengan berselera juga, hahahha...habis makan bersama bakal mak mertua dan pak mertua, mestilah tunjuk berselerakan...ambil hati diorang la tu. Tapi kalau sekarang masak lauk nie, kena masak lauk lain untuk encik 'e', kalau tak encik 'e' akan makan sikit aje. Kesian pulak....

OK, bukan susah nak masak, me guna bahan-bahan yang mudah dan sentiasa ada kat rumah aje. Memang sesuai untuk wanita bekerjaya tanpa maid (WBTM) macam me. OK ini resepinya:

Bahan-bahan (main agak-agak aje nie):
Ikan bawal seekor (bersih, potong, lumur dengan kunyit dan garam)
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Bawang besar 1 ulas
(racik bawang-bawang dan halia)
Tomato buah 1 atau 2 biji (ikut saiz, kalau sebesar buah epal,1 cukup. tomato dipotong)
Sos tomato 2 senduk nasi
Sos cili 1 sudu makan
Air 1 cawan
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula (ikut rasa)

Untuk hiasan (optional):
1 Cili merah (dibelah dua secara memanjang, buang biji)
Nenas dalam tin (agak-agak banyak mana nak letak)
Daun bawang (racik)
Kacang peas.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan seperti biasa. Dah masak keluarkan.
2. Kurangkan minyak, agak-agak cukup untuk menumis.
3. Masukkan bawang-bawang dan halia yang telah diracik, tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili dan tomato buah.
5. Kacau-kacau, kemudian tambah air. Kacau-kacau sehingga kuah agak pekat. Kemudian perisakan dengan garam dan gula. Rasa hendaklah masam-masam manis gitu.
6. Bila kuah dah agak pekat, boleh masukkan bahan-bahan optional.
7. Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Gaul-gaul biar sebati, kemudian hidangkan.

Hidangkan bersama nasi putih panas-panas. Perghhh....Ada resepi letak cuka, tapi me mmg tak ada cuka kat rumah, ada pun biasan cuka cuma apple cider untuk buat red velvet. Tak payah cuka pun sodap. Untuk masakan kali ini, me beli ikan bawal emas. Brader ikan kat pasar malam la yg introduce, dia kata sedap. Rasanya sama macam bawal hitam, cuma texture dia agak halus, agak berisi sikit dari bawal putih tu. Harga pun lebih murah daripada bawal hitam, sekilo RM18. Bolehlah beli lagi lain kali. Camne rupanye? Alah google aje bawal emas.

OK, yang nie me prepare untuk encik 'e', favourite dia ikan berlado.



Wokeh, chalo.


yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?