Yours truly,

Me Academia

Friday, June 17, 2011

Bahasa SMS... rasa lagi teruk dari tu

Sekarang nie semuanya nak ringkas, nak cepat. Makanan tu dah sedia maklum laaaa. Kita boleh lihat evolusi penyediaan makanan, dari kemunculan warung-warung, ke restoran, dan ke pasar malam. Kalau dulu-dulu orang akan makan di restoran (dine in), lepas tu ada take-away, kemudian diikuti delivery, sekarang nie dah ada drive-thru, call n pickup, pre-order daily, weekly dan sebagainya. Ditambah lagi dengan TV dinner yang sekarang nie dah macam-macam ada dekat supermarket di sini. Dan aku juga salah sorang yang pernah menggunakan semua pilihan yang telah disebutkan di atas tadi, sekurang-kurangnya sekali.



Haa...tapi aku bukan nak bercerita pasal makanan ringkas nie. Saje aje mukadimah pasal makanan, kasi teruja sikit nak menulis. Aku nak cerita pasal bahasa singkatan yang sekarang nie menjadi topik yang didebatkan golongan tertentu yang mungkin terkesan akibat kerosakan bahasa ini. Tu dia, kerosakan bahasa tu. Seriusnya bunyinya. Tapi memang serius, aku pun pening jugak bila baca singkatan bahasa sekarang nie. Lama jugak aku fikir untuk cuba fahamkan apa yang nak disampaikan. Jenuh jugak laaa... Singkatan yang aku kenal perkataannya dibuang huruf vokal sahaja. Tanpa huruf vokal, kita masih lagi boleh membunyikan perkataan itu. Tapi yang ini, lain benar, sampaikan bentuknya pun bertukar. Cuba lihat nie:

aq = aku (haaaa... q tanpa huruf vokal bunyinya 'que')
ce = cuba
dye = dia (yg nie lagi aku pening, bukan pencelup ke tu?)

tu sikit aje aku dapat kutip tu....terus terang aku cakap....blur wey....blur.....  sekrang nie isu nie jadi semakin emosional pulak, sampai ada yang terasa hati bila mendapat sms sesingkat nie....eh...aku rasa tak sesuai la cakap singkat, nie dah lari bentuk dah nie. Aku baca paper kelmarin ada yang sampai terbawa-bawa tulis singkatan macam nie dalam tesis...dalam tesis....hai....takkan la buat tugasan tulis macam nie boleh terlepas .... sampai ke tesis pun masih tulis macam nie.... parah dah nie..... ce citer apa nak buat?? (eh terikut pulak)

Lagi satu aku nak tau....Kertu tu apa weh!!!

"Bahasa jiwa bangsa"

Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?