Yours truly,

Me Academia

Sunday, January 24, 2021

Masak daging ala daging nasi kandar

Salam,

Sey kan ngikut instagram DRI. Sey suke dengar dia pung pang pung pang, teringat makcik-makcik sey kat Tepeng nun...hahahaha... So haritu dia adalah masak daging ala nasi kandar nie. Daging rimau melalak dia kata. Masa tu tengah trend pasal ada orang claim daging rimau menangis tu dia punya IP. hahahahaha... so ramai jugak lah selebriti-selebriti men troll kan isu itu. 

Nampak menarik dan mudah jugak. Sey pun masakkah, kawankan dengan acar tumis atau acar rempah. Sey sebenarnya dah lame cari resepi acar rempah nie. Acar yang selalu dapat makan kat kenduri kawin je. Dapat pulak lah resepi, menjadi pulak. Alhamdulillah.....








Nie resepi daging melalak DRI:

Daging hitam (daging nasi kandar Dato Rizalman)
Bawang merah 
Bawang putih
Daun kari
Rempah kari
Cili kisar
Kicap pekat
Air asam jawa
Santan
Daging
Air sikit
Garam gula
Cara dia tengok aje lah video masak dia kat insta dia.

Untuk resepi acar, sey ikut tt nie:

Acar Timun Ala Peranakan
(http://mamawandiha.blogspot.com/2013/06/acar-timun-ala-peranakan.html)
Resepi asal: Mat Gebu
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-Bahan:

2 biji timun saiz besar, kerat 3 atau 4, buang empulur dan hiris jejari*
Sedikit garam*
1 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 batang lobak merah, kerat 3 dan hiris jejari 
1 batang cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris jejari
1 batang cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah 2 setiap 1 (MaDiHaA letak 7 ulas je)
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 inci halia, mayang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar penuh rempah kari ikan
3 - 4 camca besar gula
2 - 3 camca besar cuka makan (cm guna cuka Jalen)
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

Bahan Tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 camca teh penuh biji sawi

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis sekejap. Tambah bahan kisar halus dan rempah kari, masak hingga terbit minyak. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah. Tambah gula dan cuka makan. Kacau rata dan biar mendidih.

2. Masukkan lobak merah, gaul rata dan masak hingga lobak lembut. Tambah cili merah dan cili hijau. Toskan timun, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi tomato.




Spread the love

yours truly,

Sunday, January 17, 2021

PKP 2.0

Salam,

Lama menyepi. Dihujung semester, agak sibuk dengan habiskan kuliah, tanda assignment student, kira markah student. Dengan student final year nak present projek lagi, student master nak submit tesis untuk defense lagi, student Phd nak prepare progress seminar lagi....dengan grant opening, webinar...paper nak finalised, projek buku nak finalised.....Allah, bertimpa-timpa kerja. Tu lah orang kata, kerja nie pernah habis. Bila dah selesai satu, datang lagi yang baru. Kemudian ada masanya relax je...ada masanya bertimpa-timpa. Tapi semua nak kena selesai juga.

Semenjak sey tak pegang admin post nie, sey cakap dengan diri sey, Sabtu dan Ahad rehat. Paling awal mula kerja pun, Ahad malam. Paling lewat habis kerja pun Jumaat malam. Yang lain-lain, nasib lah....urgent kalu, tunggu hari Isnin. Kita kena buat camtu, kalau tak nanti bila dah biasa, nanti ada je yang akan ambil kesempatan. Dengan student pun sey cakap camtu, I don't work on weekends, please respect my decision.

Dulu masa pegang admin post, memang tak cukup masa, Sabtu dan Ahad lah sey nak buat preparation mengajar, Jumaat, supervision. Kadang tu sampai lewat malam. Takde rehat. Terpaksa buat camtu, kalau tak, tak siaplah keje...menangis tak berlaku....

Eh sey sebenarnye nak citer, Malaysia lockdown kali kedua, PKP 2.0. Tapi kalini bukan 1 Malaysia. Ada negeri yang PKP, ada yang PKPB, ada yang PKPP, bermula 13hb Januari sehingga 26hb Januari.

Negeri-negeri yang terlibat:



Jumaat, 15 Januari, kerajaan announce, Kelantan pulak masuk PKP.


Semalam, Sabtu, 16 Januari, mencatatkan jumlah positif yang paling tinggi.


Semoga Allah lindungi kami sekeluarga, bonda, dan adik beradik dari musibah ini.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.



Spread the love

yours truly,

Sunday, January 3, 2021

Today I cooked Thai Chicken Rice or Khao Mun Gai

Salam,

Harinie mencuba resepi baharu, masak nasi ayam cara thai. Cara dia sama je dengan nasi ayam hainan, yang beza pada sos cili dia. Kemudian, ini kali pertama saya rebus ayam tambah pangkal daun bawang. Biasa letak halia sahaja. Bila ada pangkal daun bawang nie, bertambah sedap dan wangi jadinya.



Sey ikut resepi Marion.

Untuk buat sos thai tu, kena ada akar daun ketumbar, seulas bawang putih, sedikit halia, 1 sb taucu, cili padi dalam 4 biji, kicap pekat, kicap biasa, cuka dan gula. Memang sedap.



Spread the love

yours truly,

Saturday, January 2, 2021

Gardening Part X

Salam,

Lepas lunch tadi, sey berkebun kejap kasi keluar peluh. Isnin dah mula keje, kite selesaikan keje2 di rumah dahulu. Pokok2 nie sey baja setiap minggu. Banyak pokok dah kena diganti, maka sey semai benih baharu. A new addition, pokok selasih ungu (purple basil) nie sey dah tanam sebulan lebih, asal beli anak pokok, dipecah tiga pasu. Tapi yang jadi 1 pasu je.


Selasih ungu, belum ungu sepenuhnya.

Bayam nie rasa batch terakhir nie. Dah takde anak pokok baharu.

Sawi pun dah taknak keluar daun baharu. Ada 3 pokok je yang jadi, sey gunting2 daunnya ambil utk masak mee.

Daun sup dalam proses pemulihan. Lama dia nak keluar pucuk baharu. Baru2 nie je nampak pucuk baharu yang galak.


Daun kunyit sey besar2. Dah jarang masak sekarang nie. Masa awal PKP tahun lepas, sebab susah dapat daun kunyitlah menyebabkan sey jadi petani kota chewah. Dapat pulak ubi kunyit yang bagus. Serai belakang tu sey belum guna lagi.

Pokok halia nie memang cepat membiak.


Ubi halia yang banyak.

Semaian baharu.


Halia muda.



Spread the love

yours truly,

Thursday, December 31, 2020

Selamat tinggal 2020, selamat datang 2021

Salam,

Malam nie, tutup buku 2020, esok pagi buka buku 2021. Tahun ini, terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Tahun yang penuh kejutan, ketakutan dan debaran. Tahun yang banyak ujian. 



Catatan dalam buku hitam itu, 50% isinya lebih kepada kejutan, kerisauan, keraguan, kekecewaan; 20% kegembiraan; 10% aspirasi; 10% harapan dan 10% normal baharu (adaptasi). Tahun 2020, terasa perjalanannya agak perlahan dan panjang. Sehingga ada kala terasa seperti masa terhenti (nauzubillahiminzalik). Hari ini ialah hari terakhir untuk tahun 2020. Selamat tinggal tahun 2020, terima kasih atas semua kenangan. 

Semoga tahun 2021 menjanjikan perkara yang lebih baik, inshaAllah. 

Perancangan kita adalah usaha, namun perancangan Allah itu adalah takdir. 

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Allah adalah sebaik-baik perancang.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan.

(copy paste from fb post)

Spread the love

-sign off for 2020-
yours truly,

Percutian sempena penamat tahun 2020

Salam,

Penutup tahun 2020, bercuti bersama keluarga besar. Bersama keluarga kakak dan abang sey, di Port Dickson. Cukup indah, yang penting anak-anak gembira. Bukan mudah untuk berkumpul ramai-ramai macam ini. Bila ada peluang, hargainya. Belum tentu esok dapat buat semua ini. Atau kalau ada kesempatan itu, belum tentu semua akan ada. Anak-anak buah pun dah makin dewasa, tidak lama lagi mereka pun akan punya keluarga sendiri, jadi masa itu akan jadi lebih terhad. Jadi, hargai setiap momen yang ada.


Pantai Teluk Kemang, masih lagi cantik dan bersih. Alhamdulillah. Kebetulan ada shooting pulak kat pantai tu. Sey yang perasan dulu, mula-mula sey nampak macam dorsal ikan jerung, eh sey pun ambil kamera dan zoom in, makin lama makin jelas. Eh sey dah panic. Sey pun cakap, ehhh..apa tu...famili sey yang ada terus pandang ke arah tempat yang sey tunjuk. Lama-lama tengok..... laaaaa.... orang main-main rupenya. Mula-mula memang ingat orang main-main, lepas tu baru perasan ada krew filem kat tepi pantai. Laaa...ada shooting filem rupenya. Tapi takde pelakon yang sey kenallah.

Tahun ini Lexis Hibiscus takde bunga api untuk menyambut tahun baharu. SOP covid19. Maka, begitulah penutup cuti kami.


Spread the love

yours truly,

Sunday, December 27, 2020

I made cinnamon roll with cream cheese frosting

Salam,

Sudah lama sey teringin nak buat cinnamon roll. Terpikat sebab cara membuat dia macam senang je. Sebagai persediaan nak membuat, sey dah beli silicone mat, masa tu sey fikirkan nak uli perlu ada lapik dan cutter, kalau pakai pisau biasa takut melekat. Sey biasa dah buat donut, pakai pisau biasa aje nak potong, hasilnya doh jadi penyek. Lepas tu sey cari resepi cinnamon yang mudah, foolproof dan yang penting, uli pakai mixer. Musim berguru membuat roti dengan sifu lebih 7 tahun yang lalu membuktikan, sey tak larat kalau nak knead tepung roti nie...hahahaha... mujur sey dah ada standmixer yang durable dan boleh menguli dengan steadynya.

Tadaaa.... cinnamon roll with cream cheese frosting untuk minum petang tadi.


So kisahnye, petang tadi, ehhhh... tengahari tadi, sebelum zuhur sey dah mula prep bahan. Mula-mula nak pastikan yis sey sihat walafiat dahulu...hahahaha...maksud sey, yis tak mati, so sey siapkan yis. Bila nampak foamy, baru sey teruskan dengan bahan-bahan lain. And the rest.....maka jadilah cinnamon roll.


Nie doh dah naik 2 kali ganda.


Proses menabur cinnamon sugar



Elok naik, bersedia untuk dibakar


Dah siap makeup dengan cream cheese

Untuk resepi, sey follow resepi dari video tutorial nie.

Cinnamon Rolls with Cream Cheese Glaze (by Chef Meredith Laurence)
Serves 12 
Ingredients: 
1 recipe Cinnamon Roll Dough (see below), or 1 to 2 pounds frozen bread dough
¼ cup butter, melted and cooled 
¾ cup brown sugar 
1½ tablespoons ground cinnamon

Cream Cheese Glaze: 
4 ounces cream cheese, softened 
2 tablespoons butter, softened 
1¼ cups powdered sugar 
½ teaspoon vanilla

Directions: 
1. Let the dough come to room temperature on the counter. On a lightly floured surface roll the dough into a 16-inch by 13-inch rectangle. Position the rectangle so the shorter 13-inch side is facing you. Brush the melted butter over the dough, leaving a 1-inch border uncovered along the edge farthest away from you. 

2. Combine the brown sugar and cinnamon in a small bowl. Sprinkle the mixture evenly over the buttered dough, keeping the 1-inch border uncovered. Roll the dough into a log starting with the edge closest to you. Roll the dough tightly, making sure to roll evenly and push out any air pockets. When you get to the uncovered edge of the dough, press the dough onto the roll to seal it together. 

3. Cut the log of dough into 12 pieces, slicing slowly with a sawing motion so you don’t flatten the dough. Turn the slices on their sides on a greased and lined (with silicone or parchment) 9” x 13” sheet pan and cover with a clean kitchen towel. Let the rolls sit in the warmest part of your kitchen for an hour to rise. 

4. To make the glaze, place the cream cheese and butter in a microwave-safe bowl. Soften the mixture in the microwave for 30 seconds at a time until it is easy to stir. Gradually add the powdered sugar and stir to combine. Add the vanilla extract and whisk until smooth. Set aside. 

Air-Fryer Directions: 
5. When the rolls have risen, pre-heat the air fryer to 350ºF. Transfer 6 of the rolls to the air fryer basket. Air-fry for 5 minutes. Turn the rolls over and air-fry for another 4 minutes. Repeat with the remaining rolls. 

Oven Baking Directions: 
5. Pre-heat the oven to 375ºF. Transfer the sheet pan to the oven and bake the rolls for 25 – 30 minutes, or until lightly browned. Cover with foil if the rolls start to get too brown. 

6. Let the rolls cool for a couple of minutes before glazing. Spread large dollops of cream cheese glaze on top of the warm cinnamon rolls, allowing some of the glaze to drip down the side of the rolls. Serve warm and enjoy!

Cinnamon Roll Dough 

Ingredients:
½ cup milk 
2¼ teaspoons active dry yeast 
¼ cup sugar 
4 tablespoons butter, melted and cooled 
1 egg yolk 
1½ teaspoons vanilla extract 
3½ cups all-purpose flour ¾ teaspoon salt

Directions: 
1. Warm the milk and ½ cup of water to take the chill off. Bring the liquid to roughly 100ºF. Sprinkle the yeast on top with a pinch or two of the sugar. Let the yeast “proof” and foam. This will prove that the yeast is indeed active. If there is no foaming, you will need to start again with new yeast. 

2. Add the melted (and cooled) butter, the egg and the vanilla to the yeast mixture. 

3. Combine the flour, sugar and salt in the bowl of a stand mixer. With the mixer working with the dough hook attachment, poor in the yeast mixture until a sticky soft dough forms. Let the stand mixer knead the dough for about 5 to 10 minutes or until it is soft and elastic. 

4. Shape the dough into a ball and let it rest, covered with plastic wrap, until it has doubled in size (about one hour). You can use the dough at this stage if you’re in a hurry. Punch the dough down and follow the recipe for Cinnamon Rolls. For enhanced flavor, however, punch the dough down, knead it back into a ball and return it to the bowl. This will re-distribute the yeast in the dough. Cover the dough again with plastic wrap and let it rise for a second time. You could do all these steps a day ahead of time and let the second rise take place in the refrigerator.


I am happy with how it turned out, the recipe is a keeper definitely. Cuma sey kurangkan sukatan gula untuk frosting, pakai 3/4 cawan aje. Miss t, and miss y ate a lot. Lepas nie boleh cuba perisa lain pulak.


Spread the love

yours truly,