Yours truly,

Me Academia

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Sunday, January 3, 2021

Today I cooked Thai Chicken Rice or Khao Mun Gai

Salam,

Harinie mencuba resepi baharu, masak nasi ayam cara thai. Cara dia sama je dengan nasi ayam hainan, yang beza pada sos cili dia. Kemudian, ini kali pertama saya rebus ayam tambah pangkal daun bawang. Biasa letak halia sahaja. Bila ada pangkal daun bawang nie, bertambah sedap dan wangi jadinya.



Sey ikut resepi Marion.

Untuk buat sos thai tu, kena ada akar daun ketumbar, seulas bawang putih, sedikit halia, 1 sb taucu, cili padi dalam 4 biji, kicap pekat, kicap biasa, cuka dan gula. Memang sedap.



Spread the love

yours truly,

Sunday, May 3, 2020

MCO Day 47: 10 Ramadhan Soto Kaki Ayam

Salam,

Harinie ada projek menanam. Ada sahabat bagi coaching dari jauh. Thanks sahabat 😍. Semoga membuahkan hasil aamiin.

Esok korunk dah kena pergi ofis ke? Take care aaa...kita jaga kita. I stay at home still. Dah lame tk memandu lebih 10 km nie... 5 km pun tak smpi rasanya.



Dengar Pasar Besar Seremban ditutup? Kenapa ekk? Ada kes ke? Teringat zaman kecik-kecik dulu teman mak gi pasar lepas balik sekolah. Kalau ingat balik best ooo gi pasar masa tu. Satu Malaysia berniaga dalam tu. Those were the days.

Spread the love

yours truly,

Thursday, April 30, 2020

MCO Day 44: 7 Ramadhan, bubur pulut hitam

Salam,

Genap seminggu dah kita berpuasa. Rasa cepat pula masa berlalu. Harinie merupakan kuliah dalam talian pertama sey semenjak MCO bermula dan student dicutikan. Alhamdulillah all went well. The students attended the lecture until the end. I went online for an hour, the rest we discussed off meeting. We used chat box and other medium. Forgot to mention I used Microsoft Teams. It is easy to work around, I have used skype before this, so I have the advantage to adapt to it quickly. Alhamdulillah too for UKM has online teaching and e-learning systems available, for sharing the materials, assignment minder, a medium for the students to discuss on a topic and also taking attendance. With all these apps and systems, I managed to teach my classes online and virtually. Am I getting hang of it. Don't let me get comfortable. I may not want to conduct my classes the old fashion way after this.


As I have class today and tomorrow, the same practice before MCO applies which is no cooking. Luckily we have many option available to breakfast. So we ordered nasi briyani ayam, air soda herb and katira for breakfast today. Sedap pulak tu. Alhamdulillah. The seller even gave bubur pulut hitam, for free. Since nobody like the bubur except me, olalalala pucuk dicita ulam mendatang. Kena pula dengan kopi paneh.


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan.

Spread the love

yours truly,

Sunday, March 22, 2020

MCO Day 5: Bersangka baik pada manusia

Salam,

Harinie masuk hari ke 5 perintah kawalan pergerakan atau movement control order di Malaysia. Berbaki 9 hari lagi. Ada ura-ura akan dipanjangkan kerana kes positif masih tinggi. Nauzubillah min zalik. Harinie sahaja ada 2 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal 10 orang. Terdapat juga peningkatan jangkitan dalam kalangan frontliner KKM. Ya Allah lindungi kami, ampunni dosa kami. Tahun 2020 ini tahun penuh ujian.

Kisah lain pula, ada yang post tentang Dalgona coffee. Sejenis minuman berasaskan kopi dan krim. Dengan penggunaan susu yang banyak, tak nak le aku mencubanya, dah la tengah berjimat cermat. Susu freshmilk pulak susah nak dapat sekarang. Lagipun pakai instant coffee, memang tak adalah dalam rumah nie. Ok I will pass.

Ada pulak yang post macam tak puas hati pada netizen yang post pasal makanan, pasal masakan (eh aku pun post lah), pasal kopi viral si dalgona  coffee di musim MCO ini. Kononya membazir, tak beringat, tak fikir orang susah yadayadayada. Pada pendapat sey lah, biarlah orang nak post, dah itu kesukaan dia. Kita sangka baik aje lah. Orang kite bab2 post nie memang sensitif sangat. Takkan lah bila kita berduka, kita nak semua orang berduka. Lain orang lain ujiannya, mungkin dengan cara dia post tu boleh mengurangkan stress dia. Kita tak tau kan. I really getting tired with this one-sided-minded people. Ntah-ntah orang yg banyak post tu banyak keluar zakat, sedekah sana sini, bantu orang lain, kita tak tau kan. Dia happy cara dia, kita kena terima. Jangan judge orang. Yes, you are in a trying period now, I understand that. Kau pun secara tak langsung menarik perhatian orang dengan menceritakan kesusahan kau. Jangan lah rasa stress bila tengok orang happy. Lepas tu tau pulak cakap rezeki Allah tentukan. So makcik, jangan melatah, jangan mengeluh. La tahzan. Hidup kat dunia nie kena bersangka baik, kalau tak hati kau sendiri yang sakit. Kecuali lah bila nampak depan mata kemungkaran berlaku, ha itu patut kena tegur. Pasaipa hang tak tegur?! Aku tanya je....

Dah, pasal post2 masakan ini buat aku happy, jadi harinie menu dia simple je, Nasi Ayam. Aku pun tak nak berduka tak tentu pasai. Sendiri beringat cukup, jangan sangkut pautkan duka kau dengan kegembiraan orang. Salah tu, maksudnya hati kau tak tenteram. Pasal kau aku bebel pulak malam nie.


OK dah, baik aku layan kegembiraan aku yang lain iaitu baca buku....daaaaa....

Tak paham betul dengan setengah orang nie...

Dah fazid dah....hati mau jaga, hidup mau happy....

Semoga wabak ini akan berakhir tidak lama lagi, aamiin.....


Spread the love

yours truly,