Yours truly,

Me Academia

Friday, May 15, 2020

MCO Day 59: 22 Ramadhan

Salam,

MCO Day 59, 22 Ramadhan. Friday nite match. Checking out new board game. Sambil main sambil belajar.




Spread the love

yours truly,

Thursday, May 14, 2020

MCO Day 58: 21 Ramadhan blue screen, I'm blue

Salam,

Busy busy busy day. Harinie ada kuliah, kemudian sambung meeting dengan supervisee. Kemudian siapkan bahan ngajar esok. Tanya group member update tentang buku, nan ado yang reply. Payah nie.

Hei lulu, sedap kau baring ye. Dalam tido ada jaga.

Esok nak gi survey tablet la, standby takut beloved X1 carbon buat hal. Dah selalu sangat masuk dump.





Spread the love

yours truly,

Wednesday, May 13, 2020

MCO Day 57: 20 Ramadhan, tagging leftovers

Salam,

So harinie sey tak masak. Siapkan bahan pengajaran dan petang ada meeting fakulti. Sey order je kat The Lorong. Sonang belakang rumah sey yo. Best Ramadhan kali nie PaRam comes to you, ye lah order2 kemudian ada delivery. Cuma tak best tu kena bayar delivery lah. Tapi bukan selalu pun order.

Harinie pun kali pertama meeting fakulti buat online. Ramai yang excited sampai lupa tutup mic. Ada yang dengar bini marah anak, "dah tido tido, orang suruh tido". Ada yang dengar suara cucu. Adoi lawak.

Tadi buka nasi lemak, mee kolok dan murtabak daging roti jala (macam tu ke nama nye, lebih kurang lah). Miss t seperti biasa tak habis punya, sekali my other half pun tak habis gak. Bulan puasa nie orang kurang makan sikit. Sey makan mee kolok je.



Tagging leftovers. Sape punye sebelah kanan tu? 😁



Spread the love

yours truly,

Tuesday, May 12, 2020

MCO Day 56: 19 Ramadhan, malam ke 20.

Salam,

Malam nie dah masuk 20 Ramadhan. Tahun lepas dan tahun tahun sebelumnya dah mula sibuk membuat persiapan hari raya. Dah mula ke bank tukar duit ghaye. Tahun nie tak de duit ghaye lah. Lagu anuar dan elina, suasana hari raya, kena tukar lirik, "asyik berwhatsapp pakcik dan makcik hai duit raye silalah bank-in".


Harinie kite buat jus tembikai dan cekodok pisang untuk berbuka.

Untuk makan malam, sey masak udang cili api campur nenes, orang kato gulai nenas udang. Samo lah kan. Dan sweet sour fish chips. Goreng yo fish chips brand Pacific West tu, kemudian buat kuah sweet sour. Noneh tu tak manis, sey gaul sikit ngan gulo.





Brand Pacific West nie memang otai lah, maso kek Brisbane pun ado brand nie. Sey kenal brand nie maso kek Brisbane lah. Punyalah happy jumpa local brand kat sana. Setiap kali jumpo barang jenamo tempatan memang ada satu perasaan kembang hinggap di hati. Banggo satu, terubat rindu satu. Cuma masa sey dulu, kicap kipas udang tak masuk lai. Kek Sydney katonya ado, kek Brisbane takdo. Kicap ABC banyak.

Sey dapat tau pengasas kicap kipas udang kembali ke rahmatullah hari ini. Innalillahi wainna ilaihirojiuun. Harap legacy berterusan.


Spread the love

yours truly,

Monday, May 11, 2020

MCO Day 55: 18 Ramadhan New norm ka, kulit hampir kering

Salam,

Dah lamo tak poi cafe hipster. Acib harinie my other half belanje mochaccino. Nie baru nak masuk ofis harinie.



Harinie cuti, panjang kaki sikit sey poi Aeon mall. Jenuh gak nak beli barang, setiap entrance scan suhu, pump sanitizer, keluar kedai pump lagi sanitizer. Masuk 5 kedai repeat 5 kali. Keluar Aeon tangan dah mula gatal-gatal sebab kulit mengering. New norm ka? Harap tak kekal lah. Staff dalam Aeon yang keje frontline (direct customer) pakai face shield lagi. New norm ka?

Pagi tadi baca 2 berita terkini:
1. Kemalangan di Kulai Johor, yang mengorbankan 2 pasangan suami isteri, yg survive 2 anak berumur 4 dan 6 tahun. Kejadian berlaku jam 11 lebih malam. Mereka dijumpai hampir 12 jam selepasnya.... haaa kau, terkujat sey baca,especially mengenangkan kedua-dua anak arwah.

2. Kes positif Covid19 dua beradik yang tidak bergejala. Mereka daripada Setiawan, pulang ke Johor kerana mula bekerja Isnin lepas. Dapat kesan Covid19 pun sebab majikan buat ujian saringan. Yang menariknya berita ini, dua beradik tu tidak bergejala, tidak pernah ke luar negara, dan tiada contact rapat yang positif sebelum ini. Kata warisnya dua beradik tu sepanjang PKP ada kat rumah je. Aaaa sudah, jangan ada kluster baru sudah.

Semoga Allah melindungi kita. Aamiin.

Cepat lah habis PKP, sey dah mula tak keruan nie.



Spread the love

yours truly,

Sunday, May 10, 2020

MCO Day 54: 17 Ramadhan

Salam,

Tadi PM announce PKP dilanjutkan sehingga 9 June. Alahai lomah pulak sey donga haaa... tapi boleh gerak dalam negeri. Rentas negeri no no. So ghayo kami kek sini yo lah. Kakak sey suh naik KL, fikirkan cagho supayo boleh naik KL. Alahai...sey maleh lah... habis PKP nanti boleh ziarah lagi. Ghayo kan sebulan...huhuhu..

Kelmarin beli pisang, asal nak buat cekodok, tapi lambat pulak dia nak masak sesuai utk cekodok, sey buat pengat dulu. Buatkan juga daging belado. Setengah kilo dapat banyak tu je, patut banyak resepi letak sekilo daging.



Esok sey nak merayaplah... lamo sangat kena perap nie....stress rasa.


Spread the love

yours truly,

Saturday, May 9, 2020

MCO Day 53: 16 Ramadhan Tema "buat sendiri lagi puas hati"

Salam,

Bertemu lagi hari Sabtu, hari minggu. Bila hari minggu aje liat nak bangun, hahahhahaha... Rutin pagi dimulai dengan jemur baju, kemudian berkebun sikit. Ala kecik aje flower bed dan pasu-pasu yg ada kat rumah nie. Kita sabar menunggu hasil.

Oleh kerana hujung minggu, jadi kepala ligat nak masak macam-macam. Sey buatkan popia sayur dan air soda herba untuk berbuka. Sey dengan anak-anak. Alhamdulillah miss y dan miss t ada membantu kat dapur, tak lah kalut sangat. Esok-esok miss y dah masuk kampus, tinggal miss t. Kot-kot miss t dapat tawaran asrama penuh, tinggallah sey dengan my other half, buka kat mesjid aje lah....hahahhaha...Rindu pula nak berbuka di masjid dan solat terawih jemaah. Itulah orang cakap, bila ada depan mata, kadang ngelat je, bila hilang, haaa kalut lah, rindu sana rindu sini.






Untuk makan malam, buatkan nasi ayam hainan. Nie favourite semua orang. 

Apa citer MCO/PKP kite nie? Bersambung atau tidak? Kita tunggu perutusan PM petang nie.


Spread the love

yours truly,