Yours truly,

Me Academia

Thursday, June 11, 2020

Hari pertama masuk ofis sejak MCO bermula

Salam,

Semalam hari pertama masuk ofis sejak MCO bermula. Dah hampir 3 bulan tak masuk ofis. Masa mula-mula sampai berdebar-debar juga nak masuk bilik, bukan apa, takut ada bocor lagi. Dinding bilik sey Januari lepas kan berkulat, air dari bilik air lelaki masuk ke dalam bilik. habis basah lantai. Mujur sey dah buang karpet masa tu, sebab habuk sangat dan dah berdebu. Alah karpet murah je. Karpet tu pun dah mula mereput sebelah bawahnye. Semalam masa masuk bilik, ada akak cleaner tengah sapu. Haa... kalau apa-apa sey tangkap dulu akak cleaner nie, mohon bantuan. Hahahahaa... bila buka pintu bilik, masuk bilik, alhamdulillah, semua OK. Bilik pun tak berhabuk sangat. Mungkin sebab construction depan bangunan nie pun dihentikan, jadi tak berhabuk bilik. Pokok pun hidup lagi, MashaAllah, tapi nampak layulah. Miracle korunk hidup lagi, siap ada daun-daun baru lagi. Pokok nie ada 8 tahun dah dengan sey. Masa sey jadi ketua program, bawa pokok nie ke blok lain, tak nak hidup pulak dia, tak nak membesar, umpama hidup segan, mati tak mahu. Sey pindah bilik lain pun macam tu. Letak kat tempat sejuk sikit pun tak mau juga. Tak taulah kenapa. Tapi bila dah habis term, 5 tahun lepas tu, bawa balik ke bilik sey, seminggu je dia segar bugar. Nie pun makin merimbun pulak, walaupun ditinggalkan hampir 3 bulan tanpa air. Memang kering kontang bekas tu. 




Tengok nie, nie lah keadaan dia masa mula-mula sampai. Akak cleaner siap tinjau cakap kat sey, meh saya jiruskan air. Sey pun bagi kat akak cleaner tu, kemudian sey kata, akak letak dulu kat bilik air tu ye, biar dia sejuk sikit. Sey tak tau lah, aura apa ada kat bilik sey tu sampai pokok tu tak segan untuk hidup. Satu punca pokok tu bertahan sebab pasu tu kot, dari tanah liat. Pokok nie pun sey tak letak tanah, hanya air aje. Kawan sey kata pokok keladi nie memang tahan lama. Alhamdulillah.



Nie lah tarikh akhir yang sey masuk bilik tu sebelum MCO bermula. 16 March 2020. Dan tarikh sey masuk bilik semula 10 Jun 2020. The rest is history.

OK sedikit observation sey ketika perjalanan ke ofis. Kereta masih tak banyak macam selalu. Gerai buah durian merata lah pulak, nampak manggis tergantung, walaweiii...tapi nak singgah malas. Tapi orang masih memandu dengan habit lama, tak bagi signal, tak bagi laluan, guna telefon ketika memandu. Alahai Malaysia. Bila nak berubah?

Tadi sey watch documentary kat youtube, Dari ICU ke liang lahad. Pasal urusan pesakit yang tenat disebabkan Covid19 sehingga ke saat kematian dan urusan jenazahnya. Solute kepada frontliner, nak berdepan dengan Covid19 lagi, pesakitnya, warisnya. Rupanya mereka berhubung dengan waris setiap hari, maklum status terkini pesakit. Hingga saat pesakit itu tenat pun, mereka buat panggilan, video call kepada waris. Aduh, tak sanggup sey menonton part tu. Documentary ini juga mendapat pelbagai reaksi daripada youtuber dari luar negara, yang rata-rata amat tersentuh dengan dokumentari itu. 

Ya Allah, kau berkati hidup para frontliner kami, lindungilah mereka. Dan kepada mereka yang telah pergi dahulu menemuiMu Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa mereka. Aamiin.



Spread the love

yours truly,

Tuesday, June 9, 2020

MCO Day 84: Gardening Part II-Last MCO, kenangan MCO, tanam pokok

Salam,

So esok dah kena masuk ofis. Maka bermulalah rutin kerja seperti biasa. Sey akan stop counting MCO mulai harinie. Harinie post MCO terakhir.

Kenangan MCO, berjaya menanam anak kunyit, anak serai, kangkung pun dah keluar anaknya dan cubaan tanam halia. Tak sangka sey boleh menanam juga. Achievement unlocked.

Berdebar pulak nak ke ofis esok. Hampir 3 bulan tak masuk ofis. Semoga semua baik-baik dan urusan dipermudahkan aamiin.

MCO Day 84. Roger and out.



Anak halia


Serai dan anak kunyit

Anak kangkung



Anak kunyit kat luar rumah


Spread the love

yours truly,

Monday, June 8, 2020

MCO Day 83: Cheesecake sempoi aje

Salam,

So harinie cuti am, sambutan keputeraan Agong. Jadi siang tadi sey buat kerja ringan-ringan aje, itupun sebab ada deadline hujung minggu nie. Sambil tu tengok movie House of Wax, sebab ada actor nie memang sey minat sangat, Chad Murray. Dulu ikut siri One Tree Hill. Lepas tu dah terlepas banyak season sey pun tak ikut dah. Lepas tu terus lupa. Ada jumpa box set masa kat aussie dulu, tapi mahal ler... rupenya ada 9 season ye. OK, lepas citer House of wax, sey sambung tengok citer Puaka Tasik Hitam dan 7ujuh kat siaran Boo. Mana tau minggu nie last dapat tengok free channel dari astro nie kan. Sey lenjan dulu channel yg dia bagi free tu. Tengahari, sey order McDs aje. My other half pun takde pergi ride dengan adiknya. Dah kemaruk sangat, 3 bulan tak ride jauh-jauh. Asalkan dia happy.

Lepas zuhur aje, sey mula baking. Nak habis kan philly yang dah lama beli nie. Sey buat cheesecake sempoi. Resepi lama nie, dari zaman aussie dulu. Boleh tengok resepi kat sini. Mudah je sebab pakai 4 bahan: Cream cheese, gula, telur dan crust. Esen vanila dan lemon juice optional. Resepi nie sey dapat daripada seorang kenalan fotopages, perrgghhh fotopages pun macam dah berkubur sekarang. Nie sebelum FB ada lagi. Masa tu kat aussie, teringin nak makan cheesecake SR. Kat sana cheesecake yang boleh makan pun Sara Lee. Ada cheesecake house yang halal juga, tapi tak sesedap SR. Bila jumpa resepi nie, rasa macam New York cheesecake, tapi takde whipping cream dengan yogurt. Kalau cuba resepi NY memang terangkat lah, tapi kena pakai 3 kotak philly. Philly kat Malaysia nie almaklumlah harganye kan....

Cheesecake yang sedap tak perlu letak tepung. Cream cheese tu aje dah cukup. Tapi kena pakai philly lah. Kalau brand tatura tu dia cair sikit, kena letak tepung jagung sikit. Rasa pun lain. Sey tak suka cheesecake yang ada tepung. Kalau whipping cream, sour cream atau yogurt ok lah, tak ubah rasa cheese sangat. Sebab tu sampai harinie tak terbuka hati nak buat burnt cheesecake. Kalau setakat rupenye, tak pe lah. Sey dah boleh tau rasanya, sebab pernah buat cheesecake terbakar sikit atasnya....tu masa sey buat open house kat rumah nie, 2016. Eh kira sey ke pioneer burnt cheesecake tu....kakakakakakah...perasan.


Untuk crust sey lebih suke pakai biskut digestive daripada graham cracker.


Nampak texture shiny kalau guna philly. Telur pun dapat telur baharu, naik gebu.



Dah siap bakar....tadaaa....


Untuk minum petang tadi. 2 slice sey makan. Dah lama tak makan cheesecake buatan sendiri. 

OK... nak tido, esok nak puasa ganti.


Spread the love

yours truly,

Sunday, June 7, 2020

MCO Day 82: MCO menuju ke RMCO... kenangan MCO

Salam,

Petang tadi PM annouce yang mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos, bermula fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) atau Recovery Movement Control Order (RMCO). Berita yang agak seronok didengar, perjalanan rentas negeri dibenarkan. Dah boleh bercuti juga. Ramai yang gembira mendengarnya, sehinggakan dalam masa sejam, hotel di Langkawi terima sehingga 1000 booking. Wow, bila mendengarnya, sey rasa syukur dah ke PD tempohari. Kalau tak, mau ramai orang kat PD hujung minggu depan. Sey nak jumpa bonda aje, kemudian kalau sempat gi IKEA. Tapi takut gak gi IKEA awal-awal nie, mesti orang ramai, atau q panjang. Ahhh...tak apelah....

OK, sey berkenan dengan beberapa status atau post yang orang share berkenaan MCO. So sebagai simpanan dan kenangan, ye lah MCO nak tamat dah kan, sey simpan kat sini.

2020 ..tahun yg dinanti nantikan.. rupanya ini sebabnya.. Allah sebaik2 perancang...

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB/CMCO)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP/RMCO)
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus (Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️






Sey nak tambah berdasarkan pengalaman sey:

1. Adaptasi WFH ambil masa 2 minggu. Masa 1st two weeks tu agak stunned, tak tau nak buat ape, nak susun balik rutin kerja dan rutin harian. Jadual hidup agak ke laut. Dengan nak supervise kelas online anak lagi. Dah lah tahun nie tahun periksa.

2. Bila dah jumpa rentak rutin baharu, the new norm kata orang, dah pandai atur jadual harian. Yang tak bestnya bila tiap-tiap minggu ada pelaporan kena buat melalui google form. Ada yang kena isi 3 form, untuk benda yang sama. Lagi satu yang tak bestnye, keje bukan 8 jam 5 hari seminggu, kadang-kadang malam pun kena kerja, weekend pun, terutama bila student yang kita selia hanya ok untuk meeting pada malam hari atau hujung minggu.

3. Masa awal-awal MCO, sey kinda food horder juga. My other half nie cepat panic bila barang keperluan susah nak dapat. Jadi bila ada stok aje, terus beli lebih. Contoh roti, susu, sardin, tepung cucur adabi, tepung gandum, telur, santan, nie semua benda yang kami beli lebih dari biasa, sampaikan fridge kami sendat lah....hahahahahah.... nyaris nak beli freezer box....end up beli table trolley baharu juga.

4. Masa MCO beli barang basah secara online. Nie masa awal-awal bila hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barang. Terima kasih lah kepada penjual barang basah online. Ada yang OK ada yang kureng, yang OK kami repeat. Masa nie juga jumpa penjual daging/itik salai yang sedap, sampai repeat banyak kali. Sampai my other half cakap lepas nie tak payah pergi restoran XXX lagi, mama dah pandai masak. Woweeiii.... compliment di situ.

5. Download macam2 apps kat phone. Sey dulu memang tak suke sangat download apps, sebab dia akan kacau sistem. Tapi masa MCO nie, terpaksalah mengguna bny apps. Sampaikan baru tau dalam FB ada QR code reader. Nie nak masuk AEON kena scan QR code, cuma lately nie FB block pulak QR code dia. Ntah kenapa FB ko kedekut sangat.

6. Tak pernah-pernah sey sibuk nak menanam beria-ia, kali ini teruja pulak. Apatah lagi bila tengok tanaman kita menjadi. Alhamdulillah. Walaupun hingga setakat ini belum dapat tuai hasilnya lagi, tapi takpe, nampak pokok hidup tu dah kira ok lah.

7. Kadang rasa banyak masa, tapi tak tau nak buat apa. Yelah sebelum nie, hujung minggu selang seminggu balik rumah bonda. Atau pergi mall. Sekarang nie kat rumah aje, makanya banyak masa sey kat dapur, kat depan PC, dan dengan anak-anak. Boleh kata tiap hujung minggu kami main board game.

8. Boleh kata setiap minggu ada aje barang sampai, tiap-tiap minggu ada aje beli barang online. Sampai tiap sejam check tracking, terutama masa musim busy bulan puasa haritu. Bercinta aje rasa. hahahhaha... macam-macam benda beli, dari sekecil barang seperti sebatang pen, sehingga sebesar alat seperti airfryer. Nie pagi tadi baru je order tanah hitam dan rak untuk letak pasu-pasu sey. Anak bulu sey nie dah mula gian dengan pokok serai sey.

9. Beli barang baking kat lazada. Tak pernah-pernah sey beli barang baking seperti tepung naik sendiri, pewarna, esen, beras pulut, gula melaka, tepung beras, tepung pulut. Nie sebab manjang takde stok aje kat Giant atau JG. Ambil masa jugalah stok nak OK balik semenjak MCO mula, rasa dekat 1 bulan juga baru OK. Sey beli barang-barang baking nie pun sebelum Ramadhan mula, yelah ingat nak buat kuih raye beria-ia, kuih buka puasa lagi. Tapi tang kuih raya tu, last-last buat choc chips macam biasa, kemudian kuih rotan, yang sehingga ke harinie tak laku....hahahaha...esok-esok kena buang juga.

10. Sey update blog setiap hari. Ini memang rezeki ke?! hahahaha dapat update blog setiap hari. Waweiiii.....

11. Sey belajar guna banyak software untuk online meeting, seperti webex, MS teams, google meets. Sebelum nie guna skype aje. Sekrang nie lagi mudah untuk buat presentation dan share screen dengan orang lain. Dulu banyak benda nak kena install. Ye lah, dulu tu bila, 10 tahun lepas kot.

12. MCO nie bny ajar sey untuk bersabar. Bersabar menunggu servis. Bersabar dengan AA pasal refund/credit to acc. Walaupun tak dapat refund but instead AA bg credit to account, syukur lah dapat. Bersabar menunggu parcel sampai. Bersabar dengan karenah orang. Bersabar beratur nak masuk market/mall.

13. Dapat merasa moratorium.

14. Pakai mask bila di luar rumah.

15. Beli baju raya online

Apa lagi ekk.... rasa itu aje kot. Nak kena reset minda balik nie, bila dah kena masuk kerja nie, maka berubahlah rutin sekarang nie. Harap sangat boss kat keje WFH dulu well at least sehingga kuliah habis. 

Untuk harinie, sey masak nasi lemak, sambal baru, sambal telur puyuh, sambal ikan bilis petai, ayam goreng AF...perrghhhh.... bila tengok spread tadi, tak sangka sey boleh masak semua dalam masa 2 jam lebih. Terima kasih anak-anak banyak bantu sey masak semasa MCO nie. Dah masuk keje esok, tapau aje lah...hahahahahhahah....





                                 
 OK lah...esok cuti umum, tapi pagi esok ada keje nak kena buat. Rasa esok lunch order aje lah.

Nak rehat tengok TV... daaaa....


Spread the love

yours truly,

Saturday, June 6, 2020

MCO Day 81: Jelitawan, Didi dan serai

Salam,

So harinie keluar beli barang dapur sikit, kemudian singgah nursery dekat ngan Giant tu nak carik tanah hitam. Tanah kat rumah nie dh habis. Tak cukup 2 beg. Nak kena beli 3 beg camnie. For lunch beli aje Nandos. Dah lama cili sey tak bertambah. 

Lepas kemas barang dapur, maka bermula lah projek baking sey. Mula-mula baking kek marble jelita. Jelita sebab atas kek tu ada corak. Resepi ambil daripada Azlina Ina. Sedap. Resepi nie lain daripada yang lain sebab telur putih dan kuning diasingkan. Buat meringue. Macam kek siffon.

So kita main warna-warna harinie.





Siap dah kek marble ku, jelita ke? Bolehlah kan.

Lepas tu sambung masak laksa penang pula. Dari mula MCO lagi sebelum puasa teringin nak makan laksa. Mula-mula tak jumpa mee laksa, kemudian takde bunga kantan pulak. Bila barang dah cukup my other half tak nak makan laksa pulak. Macam-macam cabaran/halangan nak buat laksa. Akhirnya, harinie dapat buat laksa. Ala laksa ekspres je, pakai sardin dalam tin. Tapi rasa sama macam laksa beli.



Pagi tadi sey dah membebel kat Didi. Habis pokok serai sey dia gigitnya. Dah letak pagar kawat pun dia boleh menyelinap masuk nak gigit daun serai tu. Rupenya kucing memang suka daun serai. Dia bersugi. Baru sey teringat dulu kucing kat rumah bonda pun camtu. Risau gak takut pokok mati. Harap oklah. Tapi yg buat sey lagi geram tu dia lalu ikut pasu anak kunyit sey. Habis senget dan ada yang patah. Eeeiii geram betul lah.

Petang tadi sempat lah membetulkan balik anak pokok nie. Kemudian tanam anak serai yg baru. Kemudian sey cuba tanam daun kesum pulak. Lepas tu tanah pun habis.






Nie anak kunyit yang tanam kat flower pot luar rumah. Akhirnya keluar daun dah. Alhamdulillah.


OK sey nak pergi beli tanah jap.

Spread the love

yours truly,

Friday, June 5, 2020

MCO Day 80: Looking at the same sky

Salam,

Though we are apart, but we are looking at the same sky.





Cehhh jiwang pulak. Sibuk cari barang-barang kek nie... Projek baking lagi hujung minggu nie.

OK bye.

p.s. tetiba teringat lagu "Under the same sun"  by the Scorpions. Nyanyi masa English course lepas SPM marin kat Kolej Negeri...huhuhu....

"Cause we all live under the same sun
We all walk under the same moon
Then why, why can't we live as one"

Spread the love

yours truly,

Thursday, June 4, 2020

MCO Day 79: Short vacay ended with happines...Alhamdulillah

Salam,

I woke up this morning to this sight. Walaupun terlepas matahari baru nak naik, nie dah jam 7.50 pagi macam tu, tapi pemandangan dia, MashaAllah. Nampak macam senja kan, sebab awan mendung, nak hujan.


Sebab tu sey suka bilik yang mengadap laut, sea view. Pagi-pagi boleh tengok view macam nie. Antara sunrise dan sun down, sey lebih suka sun rise.


Simpan posing paper cup nie tadi. Harinie breakfast complimentary. So kami pilih America dan regional breakfast. Breakfast pulak kat tepi-tepi pool, atas laut....perrghhh.....Alhamdulillah. Last kami breakfast style macam nie masa sambut birthday my other half. Itu pun sebab dapat free 1 night stay voucher from my brother. My brother ada 1 unit kat Lexis Hibiscus. Jadi, setiap tahun dia akan dapat beberapa free voucher. Jadi hampir setiap tahun kami dapat bercuti di Lexis. Sebab tu haritu booking sey booking Grand Lexis, sebab belum pernah lagi menginap kat situ. Oh well, rezeki di Lexis juga kali ini. Syukur dapat bercuti kejap dalam musim MCO nie.



On the way balik, singgah Aunty Aini's. Dah lame tak pergi. Sebab kalau nak pergi elok pergi awal-awal, dalam jam 11 pagi camtu. Kalau sampai jam 12, memang full house lah. Tadi kami sampai dalam 12.45 camtu, musim PKP nie restoran pun lengang. Dah lame tak perkena rendang itik nie.



Maka, berakhirlah short break kami kali ini. Anak-anak pun happy. Dapat berkubang dalam pool, dapat view cantik, dapat bilik yang best juga. Pool lebih privacy, tak perlu bertudung bilik duduk dekat pool sebab tempat agak secluded daripada public eye. Boleh tengok kapal lagi.

Esok ada kuliah. Dan ada proposal tertangguh lagi nie. Semoga dipermudahkan. Aamiin.


Spread the love

yours truly,