Yours truly,

Me Academia

Saturday, May 16, 2020

MCO Day 60: 23 Ramadhan of cookies and work from home

Salam,

Tinggal seminggu lagi untuk kite meraikan hari raya. Hari raya kali nie adalah lain daripada yang lain. Hari raya kali nie tak boleh pulang ke kampung. Dulu pernah terfikir macam mana rasanya sambut hari raya di rumah sendiri. Haaa tahun nie merasa lah kau beraya di rumah sendiri. 

Sama juga dulu pernah terfikir, alah buat lah rotation system untuk work-from-home. Yelah sey duduk luar negeri, tiap-tiap hari nak kena rentas negeri pergi ofis, kadang-kadang 40 minit nak sampai ofis. Kalau ada hari-hari takde mesyuarat, perjumpaan, boleh kot kerja dari rumah. Macam kat QUT, pensyarahnye rotate, 2+3 atau 3+2 untuk yang nak, so macam my xsupervisor tu dia datang ofis 2 kali seminggu je. 2 hari tu lah dia buat kerja-kerja management macam meeting. Lagi 3 hari dia kerja kat rumah. Boleh login remotely. Yelah diorang kat sana trust tinggi. Kita kena percaya colleagues kita. Tapi orang dia tak abuse system, most adhere to it. Barulah trusted and reliable. Orang kita boleh ke idak? 

Tapi tahun nie sey dapat merasalah work-from-home. So apa yang sey rasa? Masa mula-mula mula MCO tu kekok juga, tak tau nak kerja macammana. Nak mula apa dulu, nak buat apa dulu. Plus your mind mulalah malas nak kerja. Tengok novel nak baca, tengok tv nak nonton. Sey terfikir untuk ambil cuti, tapi katanya tak payah ambil cuti. Katanya you work at your own pace. Aduhaiiii.... Tapi kemudian naik minggu ke 3 dan ke 4 slowly dapat rhythm kerja. Masuk minggu ke 5 dah boleh atur jadual. Mana dengan miss t punya online class yang nak follow. Headset pun ada satu, kadang kena rotate guna. Most of the time, bagi pada miss t. Dah beli online headset baru, tapi last-last seller cancel sebab stock out. Lama-lama, eh ok lah WFH nie, tapi sey cakap, jangan lama MCO, takut dah tak nak gi ofis je nanti.....hahahahahahha....

OK lain kali boleh cerita pasal WFH dan MCO lagi.

So harinie, kami buat bandung soda laici float, tudia, berapa bny kombinasi. Pastu buat popia carbonara, kali nie buat ikut tips orang bagi. Kat bahagian inti tu lapik sekeping kulit popia. Kemudian sebelum goreng, masuk dalam fridge dulu. Biar inti dia sejuk, bila goreng tak meletup-letup dan pecah. Alhamdulillah jadi.





Untuk makan malam, masak kari kambing dan kubis goreng. Lama nak masak kari kambing nie. My Indian neighbour yang sey citer mempengaruhi sey masak kari tu ntah dah berapa kali masak kari kambing. Waduh menggugat betul.


Malam pulak buat choc chip, cookies wajib buat nie. Walaupun raya kat rumah aje tahun nie, kena buat choc chip, kalau tak rasa lain je nanti. Lagipun choc chip nie bukan sebab kuih raye semata. Sebab dah jadi rutin tiap kali raya mesti ada choc chip cookies, dari sey anak dara lagi. Sampaikan kawan-kawan sekolah yang datang raya ke rumah, mostly boys (ahaks) datang rumah sey minta cookies nie. Masa tu sey tak geng lagi dgn my other half, dia mukim lain. Kawan-kawan sekolah yang mukim sama, tiap-tiap tahun mesti datang beraya. Tiap tahun semenjak sekolah menengah macam tu, yang boys datang naik basikal, yang gals jalan kaki. Bila masing-masing dah ada lesen memandu,  kami akan beraya rumah kawan-kawan sampai ke tengah malam. Port terakhir adalah rumah kawan kami kat Sikamat. Well those were the days. Bila dah masuk U, kawan-kawan pun minta choc chips cookies juga. Hahahah... so dah jadi kelaziman lah sey buat. Now, dah turunkan skill pada anak-anak untuk buat chip cookies. Cuma kali nie cookies jadi flat pulak, mungkin sebab sey letak soda. Sebelum ni mmg tak letak soda. Tu lah experimen sangat, tapi rasa tetap sedap.


Nie gambar 10 years ago. Masa nie kat 60 Warren St., St Lucia, Brisbane. Sey memang sedari mereka kecil sey dah minta buat kerja-kerja rumah yang sesuai dengan umur. Masa nie miss y 8 tahun, dah boleh harap kerja-kerja dapur nie. Miss t kecil lagi, jadi penghibur kami :). 

My two princesses, my two lil kitchen helpers (well not anymore). Bulan puasa tahun depan ntah-ntah tinggal kami, my other half and me aje, kat rumah.




Didiklah anak dengan kerja-kerja di rumah, supaya esok mereka tidak kekok. Nie salah satu cara kita memupuk kasih sayang. Macam sey dulu, bonda dah suh sey buat chores macam-macam dari sekolah rendah lagi. Sapu laman, cuci bilik air. Bila dia masak, tolong dia kupas bawang, tumbuk cili etc. Dah habis kerja rumah, baru lah boleh buat kerja lain atau main atau nonton TV. Tu tak masuk berlatih organ. Jadi anak-anak nie kena keep them busy, baru lah dia tak spend banyak masa kat gadget dan juga TV.

Untuk survival mereka juga.....



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?