Pages

Wednesday, July 29, 2020

Beg kait Kaay Bag

Salam,

Harinie nak cerita sikit berkenaan beg. Sey ini tak lah cerewet pasal beg atau handbag, tapi memilih juga lah. Sey nie apa-apa barang pun kalau dah selesa dengan brand/jenama tu, akan kekal lah dengan brand tu. Orang kata brand loyal...hahahahahha... Bila sey tukar ke brand lain? Bila 1) Produk brand tu discont. 2) Upgrade produk kepada yang lebih baik. 3) Tiba perasaan adventurous.

Jadi kisah harinie adalah hasil daripada faktor ke 3 tersebut. Tiba perasaan adventurous. Perasaan adventurous ini juga disokong oleh reka bentuk dan hasil yang menarik dan berkualiti. Bag Kaay Bag nie ambil tempahan untuk beg yang dikait. Haa... macam zaman 70s camtulah. Masa mula-mula sey tempah beg nie, sey tengah cari idea untuk hadiah my sistah. Dah lame tak belikan my sistah something. Puas mencari idea bernas, daripada flower delivery ke cake delivery ke perfume ke buku ke macam-macam lagi lah. Sampai satu haritu, ternampaklah iklan Kaay Bag nie kat FB. Lantas sey pun membelek-belek koleksi beg yang mereka ada. Masa tu tak banyak review, sey rasa baru lagi. Sey pun dengan perasaan teruja dan adventurous peyemlah nombor yang diberi. Setelah berbual, sey pun buatlah tempahan beg kerja untuk my sistah. Warna coffee brown, gambar ada di bawah nie.

                                                              

Sey order 1 aje dulu, sebab nak tengok hasilnya. Oleh kerana itu kali pertama sey menempah beg, Kaay Bag beri sey voucher. Dan bila beg dah sampai, sey tengok buatannya kemas dan cantik. Kualiti dia bagus. Yang ini bahannya kulit. Jadi sey pun sebab puashati, tempahlah lagi satu beg untuk sey sendiri. Sementelah ada voucher, sey pun nak carik beg kecil je. Sey tertarik hati dengan beg kat bawah nie. Ini juga merupakan beg kait pertama yang sey beli. Yang orang bagi adalah, tapi daripada Kaay Bag ini, kualitinya sangat puas hati.

Nie semua sey order semasa 2018.

                                                            

Tahun nie sey order lagi. Sey nak carik beg yang boleh masuk laptop. Dan juga sey tempah wrislet untuk student sey, tanda terima kasih atas projek yang telah dilaksana.




Cantikkan warna biru denim tu. Belum pakai lagi, lepas raye lah.

Search aje Kaay Bag di FB. Harga pun berpatutan. Beg ini make to order dan boleh customize.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?