Pages

Saturday, July 25, 2020

Seafood galore

Salam,

Hari Sabtu, hari kita bermalasan dan spend masa dengan famili. Cara sey spend masa dengan famili adalah dengan memasak. Hari kerja memang jarang masak, kalau masak pun untuk makan malam, yang biasanya lauk mudah seperti sandwich, nasi goreng, mee goreng, mihun goreng. Dah lame tak makan berat since my other half and me mula jaga badan. Anak-anak pun tak makan berat malam. Dulu sey memang masak lauk untuk makan malam, sebabnya masak untuk dinner sekali dengan lunch esok harinye. Senang anak-anak balik sekolah lauk dah ada. Cuma penatlah, dan bertambah penat dan serabut masa sey memegang jawatan sebagai ketua program. Kadang-kadang tu berkejar balik rumah nak masak, malam memang penat sangat. Tu belum nak lipat baju, gosok baju untuk esoknye. Sey pulak bukan jenis yang gosok baju untuk seminggu, sebab apa yang sey nak pakai hanya sey boleh decide malam sebelum hari esok. Sama juga bab memasak, ada orang boleh prep bahan pada hujung minggu, siap tumis-tumis, hari kerja terus panaskan, atau tambah lauk aje dalam kuah yang disiapkan pada hujung minggu tu. Sebab sey bila nak masak, hari tu baru fikir nak masak ape. Kiranya sey nie short term planner lah. Not good at long term. Sebab tu sey kalau kerja2 operational ok je, tapi kalau strategic, alahai....lemau rasanya.

OK, balik ke harinie, minggu lepas seperti biasa, bila beli barang dapur bonda, sey beli sekali barang dapur sey. Jadi haritu masa di pasar, jumpalah sotong besar dan ketam. Apa lagi, sey pun beli. Maka, harinie sey masak; ketam telur masin, sotong bakar dan honey lemon ikan fillet.





Tu dia spread makan tengahari tadi. 


Tambah meriah dan bermakna lauk tu bila sey guna daun kunyit, kucai dan kangkung tanaman sendiri. Kangkung tu baru nak belajar, jadi tak banyak. Kunyit tu sebab dah merimbun sangat, nanti tumbesaran dia terbantut pulak, maka sey ambil untuk jadi lapik semasa bakar sotong, baru wangi. Kucai tu pun dah merimbun. Seronoknye bila masak guna bahan yang ditanam sendiri. Macam youtuber dari China, Liziqi dan Dongxi. Best best.

Kesian kisah youtuber S&P tu kan. Yelah tak semua orang boleh cope dengan instant fame.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?