Pages

Saturday, August 22, 2020

The VOID - our immersive virtual reality experience

Salam,

Visiting or going to The VOID was not our initial plan. In fact I came to know about it accidentally. When I booked Awana Genting, the confirmation came with an offer to buy The VOID ticket. So I found out that The VOID is an immersive VR game aka movie or what ever they want to call it. Mula-mula ingat I will get a special discount if I buy the ticket with the booking. Tapi bila tengok sama aje harga, and tak tau lagi sempat ke nak ke sana nanti, so sey pun tak beli lah tiket awal.

And since, on that day, we went to the Resort City early, dah habis makan kat B&L we went and check-it out. Mula-mula tu sesat juga lah nak mencari tempat tu. Dok bayangkan tempat nie separate daripada indoor theme park tu. Kami dah pergi pun indoor theme park, tapi tak nampak juga. Bila study peta tu betul-betul barulah jumpa. Itupun dah turun naik, pusing-pusing jugalah...takpe tambah steps untuk haritu...hahahahaha.... Rupe-rupenya kat dalam indoor theme park juga. Dulu tak silap sey tempat tu cinema, sebelahnye ada foodcourt. Sekarang nie dah lain betul. 

Setakat nie The VOID ada 2 IVR staging, or they call it dimension, The Ghostbusters dan Nicodemus. Harga tiket RM85 per head, sebab kami datang on public holiday cum school holiday. Kalau biasa weekdays RM80, RM5 aje kurang...hahahhaa.... Demi nak cuba juga, dah alang-alang sampai sini kan why not. Miss t nak cuba The Ghostbusters. So kami pergi yang itu dulu.



Game tu 10 minit aje, tapi sebelum masuk kena pakai gear dulu, dan ada taklimat. Total time 20 minutes camtu. Masa kami mula-mula sarung gear tu, tempat pakai gear tu dinding dia kaca, orang yang lalu lalang kat luar boleh nampak. Jadi kami jadi bahan tontonan lah. Free-free aje kami tolong promote The VOID nie kat orang hahahahaha.....

Sebelum masuk kami posing dulu.




Amacam, smart tak hahahahah... kami dipanggil The Rookies, sebab kunun kami nie recruit baharu lah. Sebelum mula tu ada briefing oleh Dr Raymond "Ray", ala mamat dalam The Ghostbusters tu. Dia beritahu lah task kami. Dalam tu kami tembak-tembak aje semua ghost yang keluar. Tapi real juga rasa, especially scene tembak kat bangunan tinggi. Bila pandang bawah, mak aiiii.....seriau sey. 

Bila dah habis tu, sey cakap, jom try Nicodemus pulak. Kang nyesal pulak tak cuba. Nicodemus nie pulak macam masuk rumah hantu, ada task juga kena buat, tapi yang tak bestnye kami kena gerak in pair. Masa mula-mula tu yang paling excited miss t, dan miss y dia biasa-biasa aje. So kami decide miss y pair ngan miss t, sey pair dengan my other half. Tapi bila kami dengar group sebelum kami menjerit-jerit, miss y dan miss t mula ubah fikiran. Terpaksalah sey berpisah dengan my other half, jadi sey pair dengan miss y. Bila gerak my other half dengan miss t gerak dulu. Kami tengok aje train yang bawa kami tu disjoint. Lepas tu mulalah benda-benda scary berlaku. 

Yang paling tak syioknye, group sebelum kami nie kejap-kejap jerit kejap-kejap jerit. Kami pun tunggu lah momen-momen yang menyeramkan tu berlaku yang menyebabkan kami juga menjerit. Tapi takde pun yang boleh buat kami menjerit, setakat terkejut dan melatah aje lah sey...hahahahaha.... miss y lagi best, dia boleh cakap, mama mama pandang bawah padang bawah, tak payah tengok atas...hahahahaha... bila dah bergabung balik dengan my other half dan miss t, semasa dalam lif yang bergerak ke bawah, miss t pun boleh cakap, tutup mata dan pekakkan telinga.....eh yo yoan lah anak-anak sey nie, tadi excited sangat, nie main tutup mata dan pekakkan telinga pulak haaa.... patutlah macam takde reaction aje diorang.

Tapi seram juga Nicodemus nie, sebabnya kau pakai alat tu kat mata kau kan, macam movie lah shot dia. Terang gelap terang gelap, kalau ada objek kat depan tu, bila on off on off objek tu makin dekat ngan kau, tiba-tiba aje ada depan mata. Opocot..... Pastu ada satu staging kau kena masuk bilik yang bersawang, memang terasa sawang tu. Memang real lah. 

Lain-lain experience The Ghostbusters dan Nicodemus. Nasib baik sey decide nak masuk dua-dua. Puashatilah, walau sekejap. 

Price wise mahal tapi sey tau memang teknologi IVR nie mahal, staging dia lagi, gear dia lagi, nak maintain lagi. Experience memang lain dari yang lain. Sey dah cuba 3D, 4D, dan motion ride, so IVR nie something different. Dia punya immersive tu, sampai ke perasaan kita nie terpengaruh. Ada satu part dalam Nicodemus kena merentas sekeping plank to get to the other side, bila tengok bawah, plunge perrghhh.... Masa tu sey dah fikir bukan-bukan dah rasa macam ehhh camne aku nak lintas nie, aduh...macammana nak teruskan. Pastu controller cakap, jalan je kak macam biasa. Tapi perasaan kau masa tu memang rasa benda nie macam betul, jadi sey pun rentas secara side ways...side ways you.... hahahhahaha

Meh tengok sini untuk preview.


Kalau minat nak cuba, sey recommend Ghostbuster dulu. 
 

Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?