Pages

Sunday, August 23, 2020

Awana Genting and Genting Premium Outlet

Salam,

Sambungan jalan-jalan ke Genting. Selepas kami experience IVR di The VOID, kami bagi chance anak-anak untuk naik ride. Masa tu dah jam 2.30 petang, orang pun dah mula ramai. Kami cari surau dulu sebab nak solat zuhur. Surau ada dekat dengan The VOID, tapi berkunci. Rupenya mereka tak bagi solat sebab SOP PKP. OK lah malas nak fikir, lagipun sempat nie check-in hotel dan solat. So kami cakap dengan miss y dan miss t, cari ride yang queue tak panjang, which was difficult actually. Because practically all ride had long queues. Then they decided to ride Power Surge. One ride is RM15 per person. Sempat lah diorang naik ride, actually we just waited for 15 minutes. Habis ride, kami pun pergi ke car park. Kemudian ke Awana Genting untuk check-in 1 malam.



Sejuknye lah rasa. Menggigil malam hari. Awana nie hotel lama, tak refurbish lagi. Last datang sini masa conference pada tahun 2012 tu lah. Walaupun lama, bilik besar, 2 queen beds, and carpeted. Kalau tak carpet, lantai sejuk macam ais weii. Kami retired awal juga malam tu, semua dah kepenatan. Tapi sebelum tu kami dinner di coffee house dia, Rajawali. Mereka takde room service, semua ala carte. For breakfast pula mereka takde buffet, tapi mereka sediakan set sarapan. Sey tak ambil pun sarapan, booking bilik sahaja, semalam RM199. Tapi set breakfast dia ok juga. Tak perlu order per person. Ikut lah berapa set kita nak order.

Untuk dinner sey order kuay teow dia yang marvelous ini. The kids makan pizza, my other half kari nyonya. Semua tido macam ular sawa malam tu...hahahaha....



Nie view esok paginye..... a breathtaking view. Nie pun ambil dalam jam 8 pagi ++ camtu. Tak sanggup nak pergi ke luar selepas subuh. Sejuk sampai ke tulang.


Miss y ada tutorial pagi tu, so kami tunggu dia habis baru kami check-out. Kalau dia tak habis pun, kul 10 kami check-out juga, sebab nak pergi GPO...hahahahahah... 



GPO macam JPO, butik pun lebih kurang aje. Tapi pagi tu orang dah mula beratur at a few outlets, antaranya Coach, Fossil, Michael Kors, Clarks. Sey pun tinjau Fossil dari luar aje. Tak sangup sey nak beratur nak tengok, tak de hajat nak beli pun. 



Sebelum balik kami pekena Godiva dulu. Mereka ada merdeka promotion RM63 for any 3 soft serve or chocolixir, dan 2 lagi which sey tak ingat. 

Maka, tamat lah sudah percutian kami di Genting Highlands pada tahun ini. Sey pun dah siapkan photobook. Nak hantar untuk print kejap lagi.



Spread the love

yours truly,  

No comments:

Post a Comment

what say you?