Pages

Saturday, August 22, 2020

Burger and Lobster, once in blue moon lah

Salam,

Sudah lama sey merancang nak pergi makan kat Burger & Lobster. Semenjak my sistah pergi dengan family dia, lupe dah bila, rasanya macam 3 4 tahun yang lepas. Masa tu B&L nie baru buka kat Genting, dan ramai juga blogger, vlogger yang review pasal restaurant ini. Tengok harganya, perrghhh boleh tahan. Roughly sorang dalam RM200. So tahun nie ada rezeki lebih, kami pun pergilah B&L.

Baca review ada yang recommended, tapi ada juga yang cakap cawangan kat Malaysia nie so-so aje. Tapi ramai yang cakap kalau nak pergi, pergi awal sebab queue dia boleh tahan panjang. So masa kami breakfast kat RichDad, kejap-kejap tinjau B&L, takut dah buka. Bila jam sey nak kul 11, kami pun geraklah ke sana. Bila sampai tengok dah ada orang q, ada lebih kurang 6 ke 7 meja lah kot orangnye.  Itupun pintu B&L tak buka lagi.



Kami posing lah macam-macam gaya kat depan tu sementara dapat masuk.

Bila dah dapat tempat duduk, our waiter pun ambil order. Atas recommendation dia kami order, Chili Lobster, Seven Samurai roll dan the Original roll. Kemudian waiter tu tanya, ada allergy dengan seafood tak? Masa nie sey terdiam kejap. Masa mula-mula merancang nak makan situ, terfikir juga miss y, dia memang ada alahan dengan ketam. Tak boleh makan sikit langsung, kuah ketam pun tak boleh. Kalau dia makan akan naik rashes dan bengkak-bengkak muka. Kalau dia kena alahan tu, memang kena pergi klinik dan doktor akan jab. Itu aje remedy dia. Tapi sey rasa nie spesis udang kot, tak pe lah kot. Tapi untuk langkah berjaga-jaga sey pun cakap lah yang miss y ada alahan ketam. Waiter tu pun pergi check dengan chef.

Tak lama lepas tu, dia datang balik bagitau, atas nasihat chef elok jangan makan lobster, dan order burger sahaja. Sebab takutlah jadi apa-apa nanti. Ye juga, dah lah atas bukit nie, kang payah pulak nak carik doktor. Jadi untuk miss y, kami order the Mayfair. My other half pun kena sign declaration form. Kalau jadi apa-apa kami tak boleh complaint lah. Kami faham tu, it's a win win situation.

So nie apa yang kami makan. 

Chili Lobster

Seven Samurai

The Original


Sey ngan my other half aje yang makan Chili Lobster tu. Sedap sungguh, rasa dia masam-masam tomato, tapi tak pedas lah. Ada rasa sedikit heat. Portion dia memang boleh share dua orang, untuk orang macam kamilah. Miss t masih kenyang dengan cheese durian toast dia, so dia makan fries aje. Miss y makan burger dia lah. Makanya, dua roll tu kami bungkus sambung makan kat hotel.

Price wise, untuk sey mahal lah.  Yelah harga UK pun kalau convert lebih kurang aje harganya. Untuk repeat selalu macam kami tak mungkin, dah lah nak kena ke Genting. Once in blue moon maybe. Alhamdulillah dapat juga makan kat situ. 

Taste wise, sedap. The rolls memang sedap sangat. Nak lagi sedap sejukkan dulu, jadi macam cold sandwich. Rasa lobster nie macam ketam sikit, tapi padat, texture wise macam udang. Overall sey puas hatilah.

The restaurant pun cozy, the staff are very friendly and helpful. Their hospitality memang awesomelah. Kami spend RM540 keching keching.....  

Kami habis makan masa tu dah pukul 12 tengahari. So next stop, the VOID.

p.s. masa kami lalu kat situ dalam jam 1 tengahari, queue pun dah panjang, melingkar 3 kali....perrghhhhh



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?