Pages

Friday, August 21, 2020

Jalan-jalan Genting Highlands

Salam,

Minggu nie cuti sekolah, bermula 20hb Ogos hingga 24hb Ogos. Pendek aje cuti sekolah kali ini. Mujur ada juga cuti sekolah, bolehlah bawa miss y dan miss t jalan-jalan. Walaupun miss y tak cuti tapi oleh kerana kuliah masih online dan minggu nie dia ada tutorial aje, maka senang juga kami bercuti. Kebetulan 20hb cuti Awal Muharram, jadi basically Jumaat sahaja miss y ada kuliah. 

Lama betul kami tak ke Genting, last tak silap sey tahun 2012, itupun sebab ada conference. Masa tu miss t kecil lagi, tak banyak ride dia boleh naik. Dan masa tu, outdoor theme park masih lagi buka. Sekarang nie dalam proses naik taraf theme park tu. Sepatutnya tahun lepas siap, tapi dah behind schedule dah nie. Dengar juga haritu Genting saman Fox sebab tak dapat siapkan theme park on time. Dengan COVID nie lagi lah terpaksa tangguh lagi. Tak silap kali ini mereka janji siap 2021. We'll see.

So kami bertolak pagi, asalnya tak ada lah pagi sangat nak bertolak iaitu dalam jam 9.30 pagi. Rancang nak ke GPO dulu, sementara tunggu waktu nak check-in Awana Hotel. Tapi oleh kerana malam sebelumnya jem teruk kat hway KL-Karak, selepas solat subuh my other half announce, siap-siap, kul 8 kita gerak. Trafik dari rumah ke KL ok, tapi sampai aje persimpangan Gombak - Kuantan, terus kereta mengesot-ngesot. Situ kan merging road, bilalah nak upgrade jalan tu. Allah banyak betul kereta nak gerak ke pantai timur. Mujurlah kami tolak awal, dan mujur juga kami nie nak exit Genting Sempah aje, sebab kereta yang gerak ke Kuantan dah mula banyak, tapi bergeraklah, belum berhenti lagi.

Jadi dengan keadaan semasa, kami tukar rancangan, terus naik ke atas. Settle ronda-ronda atas baru check in hotel. Agenda utama kami ialah 1. Nak ke GPO dan 2. Nak ke Burger & Lobster. Yang lain-lain, macam theme park tu kita fit in kemudian. Jadi kami sampai atas jam 9.30 pagi, terus parking dekat dengan Genting Resort Hotel. Keluar aje kereta.... perrghhhh sejuk weeiii.... macam kat Brisbane masa awal winter. Suhu ketika itu 14 degree C. Nyaman aje rasa. Sempat pose depan hotel lama nie. Masa nie orang tak ramai lagi.




Banyak kenangan sey kat Genting nie. Sebelum ada Theme Park Hotel, First World Hotel dan generasi hotel seterusnya lagi. Dulu outdoor theme park pun bodoh-bodoh aje. Paling mencabar pun sampan kayuh bentuk burung flamingo...hahahahhahah.... Dulu abah sey selalu berkursus kat Genting. Zaman tu pun takde restriction untuk budak-budak masuk kawasan casino. Sempat lah sey tengok orang main slot machine, roulette, game judi yang bodoh-bodoh aje. Game lain yang berat macam poker tu member aje yang boleh masuk. Tiap-tiap hari berlari dalam kawasan hotel nie, dengan abang sey, main pinball,  dan arcade game. Yang sey ingat arcade game yang sey main atau lebih kepada tengok abang sey main, asteroids dan space invaders. Game nie memang popular masa tu, atau orang sekarang cakap trending.

Bila kami masuk yang sekarang diorang panggil Skytropolis, perrghhhhh....tergamam sey, teruja betul. Cantik betul. Dulu Skytropolis nie part of First World Hotel. Sekarang nie dah makin besar, dah expand siap ada mall lagi. Boleh shopping popular fashion brand kat situ.



Terasa macam kat Tokyo pulak (walaupun belum sampai Tokyo lagi hahahah, tengok kat TV aje). Tak dapat gi Tokyo tahun nie, kita dapat rasa seperti berada di Tokyo pun jadilah.

OK...semua dah lapa masa nie. Sementara tunggu Burger & Lobster buka jam 11 pagi, masa baru jam 10.15. Kita lapik peruk aje lah dulu. Masuk lah kami ke kedai kopitiam berdekatan Burger & Lobster tu, kedai RichDad. Sey ambil dua kaya toast set, yang datang sekali dengan kopi dan 2 biji telur separuh masak, boleh share 2 orang nie. Tapi miss t nak makan cheese durian toast, layankan aje....

....next kita borak pasal Burger & Lobster pulak...




Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?