Pages

Tuesday, August 18, 2020

Gardening Part VI

Salam,

Dah masuk part VI dah gardening nie. Nie cukup 10 sey tukar pakai nombor arab lah. Nombor roman nie tak hafal sangat aiii....

So Ahad lepas kami ke Seremban, seperti biasa uruskan barang mak. Kami singgah lah pasar tani, asalnya nak carik racun cicak, tapi tak jumpe. Sey ternampak pokok kari dan daun sup. Sey pun apa lagi, shopping anak pokok lah sey...



Daun kari nie asalnye dalam polibeg, sey pindahkan ke pasu. Harap dapat hidup dengan selesa lah dalam pasu tu. Nampak daunnya cantik, cuma pagi tadi semasa sey buat inspection nampak ada bintik-bintik hitam sikit. Sey pun siram dengan air beras. Tengok esok pagi macam mana.


Oleh sebab sey tak nak kuciwa menanam daun sup, sey pun beli lah. Beli 1 pasu je, tapi sebab merimbun sangat dan daun pun kecik-kecik, sey pun alihkan ke dua pasu, kira pecah 3. Masa tengok dari jauh confuse juga, nie daun sup ke daun ketumbar. Bila dekat baru nampak daun sup, tapi apsal daun dia kecil-kecil. Esok harinie daun sup nie semua rebah. Allah sedih betul sey rasa. Sey memang betul-betul lupa untuk letak daun sup nie kat tempat redup sikit sebab baru pindah rumah kan. Jadi malam semalam puas sey repair dia, buang yang kuning-kuning, kurangkan daun-daunnya, mana dah rebah sangat tu sey potong, simpan dalam fridge. Kemudian sey tawakal aje lah.



Balik keje tadi, tengok daun sup dah tegak balik. Syukur Alhamdulillah. Faktor panas boleh jadi tu. Pastu sey pun siram air sikit-sikit, biar medium aje yg basah, tak mau batang dia basah. Harap tahan lama lah daun sup nie.



Bayam sey nie tak besar-besar juga lah. Nak masuk 1 bulan nie.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?