Pages

Sunday, June 7, 2020

MCO Day 82: MCO menuju ke RMCO... kenangan MCO

Salam,

Petang tadi PM annouce yang mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos, bermula fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) atau Recovery Movement Control Order (RMCO). Berita yang agak seronok didengar, perjalanan rentas negeri dibenarkan. Dah boleh bercuti juga. Ramai yang gembira mendengarnya, sehinggakan dalam masa sejam, hotel di Langkawi terima sehingga 1000 booking. Wow, bila mendengarnya, sey rasa syukur dah ke PD tempohari. Kalau tak, mau ramai orang kat PD hujung minggu depan. Sey nak jumpa bonda aje, kemudian kalau sempat gi IKEA. Tapi takut gak gi IKEA awal-awal nie, mesti orang ramai, atau q panjang. Ahhh...tak apelah....

OK, sey berkenan dengan beberapa status atau post yang orang share berkenaan MCO. So sebagai simpanan dan kenangan, ye lah MCO nak tamat dah kan, sey simpan kat sini.

2020 ..tahun yg dinanti nantikan.. rupanya ini sebabnya.. Allah sebaik2 perancang...

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB/CMCO)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP/RMCO)
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

📍 Konsert, pelancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus (Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️






Sey nak tambah berdasarkan pengalaman sey:

1. Adaptasi WFH ambil masa 2 minggu. Masa 1st two weeks tu agak stunned, tak tau nak buat ape, nak susun balik rutin kerja dan rutin harian. Jadual hidup agak ke laut. Dengan nak supervise kelas online anak lagi. Dah lah tahun nie tahun periksa.

2. Bila dah jumpa rentak rutin baharu, the new norm kata orang, dah pandai atur jadual harian. Yang tak bestnya bila tiap-tiap minggu ada pelaporan kena buat melalui google form. Ada yang kena isi 3 form, untuk benda yang sama. Lagi satu yang tak bestnye, keje bukan 8 jam 5 hari seminggu, kadang-kadang malam pun kena kerja, weekend pun, terutama bila student yang kita selia hanya ok untuk meeting pada malam hari atau hujung minggu.

3. Masa awal-awal MCO, sey kinda food horder juga. My other half nie cepat panic bila barang keperluan susah nak dapat. Jadi bila ada stok aje, terus beli lebih. Contoh roti, susu, sardin, tepung cucur adabi, tepung gandum, telur, santan, nie semua benda yang kami beli lebih dari biasa, sampaikan fridge kami sendat lah....hahahahahah.... nyaris nak beli freezer box....end up beli table trolley baharu juga.

4. Masa MCO beli barang basah secara online. Nie masa awal-awal bila hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barang. Terima kasih lah kepada penjual barang basah online. Ada yang OK ada yang kureng, yang OK kami repeat. Masa nie juga jumpa penjual daging/itik salai yang sedap, sampai repeat banyak kali. Sampai my other half cakap lepas nie tak payah pergi restoran XXX lagi, mama dah pandai masak. Woweeiii.... compliment di situ.

5. Download macam2 apps kat phone. Sey dulu memang tak suke sangat download apps, sebab dia akan kacau sistem. Tapi masa MCO nie, terpaksalah mengguna bny apps. Sampaikan baru tau dalam FB ada QR code reader. Nie nak masuk AEON kena scan QR code, cuma lately nie FB block pulak QR code dia. Ntah kenapa FB ko kedekut sangat.

6. Tak pernah-pernah sey sibuk nak menanam beria-ia, kali ini teruja pulak. Apatah lagi bila tengok tanaman kita menjadi. Alhamdulillah. Walaupun hingga setakat ini belum dapat tuai hasilnya lagi, tapi takpe, nampak pokok hidup tu dah kira ok lah.

7. Kadang rasa banyak masa, tapi tak tau nak buat apa. Yelah sebelum nie, hujung minggu selang seminggu balik rumah bonda. Atau pergi mall. Sekarang nie kat rumah aje, makanya banyak masa sey kat dapur, kat depan PC, dan dengan anak-anak. Boleh kata tiap hujung minggu kami main board game.

8. Boleh kata setiap minggu ada aje barang sampai, tiap-tiap minggu ada aje beli barang online. Sampai tiap sejam check tracking, terutama masa musim busy bulan puasa haritu. Bercinta aje rasa. hahahhaha... macam-macam benda beli, dari sekecil barang seperti sebatang pen, sehingga sebesar alat seperti airfryer. Nie pagi tadi baru je order tanah hitam dan rak untuk letak pasu-pasu sey. Anak bulu sey nie dah mula gian dengan pokok serai sey.

9. Beli barang baking kat lazada. Tak pernah-pernah sey beli barang baking seperti tepung naik sendiri, pewarna, esen, beras pulut, gula melaka, tepung beras, tepung pulut. Nie sebab manjang takde stok aje kat Giant atau JG. Ambil masa jugalah stok nak OK balik semenjak MCO mula, rasa dekat 1 bulan juga baru OK. Sey beli barang-barang baking nie pun sebelum Ramadhan mula, yelah ingat nak buat kuih raye beria-ia, kuih buka puasa lagi. Tapi tang kuih raya tu, last-last buat choc chips macam biasa, kemudian kuih rotan, yang sehingga ke harinie tak laku....hahahaha...esok-esok kena buang juga.

10. Sey update blog setiap hari. Ini memang rezeki ke?! hahahaha dapat update blog setiap hari. Waweiiii.....

11. Sey belajar guna banyak software untuk online meeting, seperti webex, MS teams, google meets. Sebelum nie guna skype aje. Sekrang nie lagi mudah untuk buat presentation dan share screen dengan orang lain. Dulu banyak benda nak kena install. Ye lah, dulu tu bila, 10 tahun lepas kot.

12. MCO nie bny ajar sey untuk bersabar. Bersabar menunggu servis. Bersabar dengan AA pasal refund/credit to acc. Walaupun tak dapat refund but instead AA bg credit to account, syukur lah dapat. Bersabar menunggu parcel sampai. Bersabar dengan karenah orang. Bersabar beratur nak masuk market/mall.

13. Dapat merasa moratorium.

14. Pakai mask bila di luar rumah.

15. Beli baju raya online

Apa lagi ekk.... rasa itu aje kot. Nak kena reset minda balik nie, bila dah kena masuk kerja nie, maka berubahlah rutin sekarang nie. Harap sangat boss kat keje WFH dulu well at least sehingga kuliah habis. 

Untuk harinie, sey masak nasi lemak, sambal baru, sambal telur puyuh, sambal ikan bilis petai, ayam goreng AF...perrghhhh.... bila tengok spread tadi, tak sangka sey boleh masak semua dalam masa 2 jam lebih. Terima kasih anak-anak banyak bantu sey masak semasa MCO nie. Dah masuk keje esok, tapau aje lah...hahahahahhahah....





                                 
 OK lah...esok cuti umum, tapi pagi esok ada keje nak kena buat. Rasa esok lunch order aje lah.

Nak rehat tengok TV... daaaa....


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?