Pages

Thursday, June 11, 2020

Hari pertama masuk ofis sejak MCO bermula

Salam,

Semalam hari pertama masuk ofis sejak MCO bermula. Dah hampir 3 bulan tak masuk ofis. Masa mula-mula sampai berdebar-debar juga nak masuk bilik, bukan apa, takut ada bocor lagi. Dinding bilik sey Januari lepas kan berkulat, air dari bilik air lelaki masuk ke dalam bilik. habis basah lantai. Mujur sey dah buang karpet masa tu, sebab habuk sangat dan dah berdebu. Alah karpet murah je. Karpet tu pun dah mula mereput sebelah bawahnye. Semalam masa masuk bilik, ada akak cleaner tengah sapu. Haa... kalau apa-apa sey tangkap dulu akak cleaner nie, mohon bantuan. Hahahahaa... bila buka pintu bilik, masuk bilik, alhamdulillah, semua OK. Bilik pun tak berhabuk sangat. Mungkin sebab construction depan bangunan nie pun dihentikan, jadi tak berhabuk bilik. Pokok pun hidup lagi, MashaAllah, tapi nampak layulah. Miracle korunk hidup lagi, siap ada daun-daun baru lagi. Pokok nie ada 8 tahun dah dengan sey. Masa sey jadi ketua program, bawa pokok nie ke blok lain, tak nak hidup pulak dia, tak nak membesar, umpama hidup segan, mati tak mahu. Sey pindah bilik lain pun macam tu. Letak kat tempat sejuk sikit pun tak mau juga. Tak taulah kenapa. Tapi bila dah habis term, 5 tahun lepas tu, bawa balik ke bilik sey, seminggu je dia segar bugar. Nie pun makin merimbun pulak, walaupun ditinggalkan hampir 3 bulan tanpa air. Memang kering kontang bekas tu. 




Tengok nie, nie lah keadaan dia masa mula-mula sampai. Akak cleaner siap tinjau cakap kat sey, meh saya jiruskan air. Sey pun bagi kat akak cleaner tu, kemudian sey kata, akak letak dulu kat bilik air tu ye, biar dia sejuk sikit. Sey tak tau lah, aura apa ada kat bilik sey tu sampai pokok tu tak segan untuk hidup. Satu punca pokok tu bertahan sebab pasu tu kot, dari tanah liat. Pokok nie pun sey tak letak tanah, hanya air aje. Kawan sey kata pokok keladi nie memang tahan lama. Alhamdulillah.



Nie lah tarikh akhir yang sey masuk bilik tu sebelum MCO bermula. 16 March 2020. Dan tarikh sey masuk bilik semula 10 Jun 2020. The rest is history.

OK sedikit observation sey ketika perjalanan ke ofis. Kereta masih tak banyak macam selalu. Gerai buah durian merata lah pulak, nampak manggis tergantung, walaweiii...tapi nak singgah malas. Tapi orang masih memandu dengan habit lama, tak bagi signal, tak bagi laluan, guna telefon ketika memandu. Alahai Malaysia. Bila nak berubah?

Tadi sey watch documentary kat youtube, Dari ICU ke liang lahad. Pasal urusan pesakit yang tenat disebabkan Covid19 sehingga ke saat kematian dan urusan jenazahnya. Solute kepada frontliner, nak berdepan dengan Covid19 lagi, pesakitnya, warisnya. Rupanya mereka berhubung dengan waris setiap hari, maklum status terkini pesakit. Hingga saat pesakit itu tenat pun, mereka buat panggilan, video call kepada waris. Aduh, tak sanggup sey menonton part tu. Documentary ini juga mendapat pelbagai reaksi daripada youtuber dari luar negara, yang rata-rata amat tersentuh dengan dokumentari itu. 

Ya Allah, kau berkati hidup para frontliner kami, lindungilah mereka. Dan kepada mereka yang telah pergi dahulu menemuiMu Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosa mereka. Aamiin.



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?