Pages

Thursday, June 18, 2020

Bila kita buat kira-kira dan berfikir secara rasional

Salam,

Hujung minggu yang busy dan penuh dengan aktiviti. Hari Sabtu baru ini, untuk pertama kalinya semenjak MCO bermula dan semenjak RMCO bermula kami merentas negeri. Kami ke rumah my siblings, menziarah keluarga, sementelah masih beraya kan. Alhamdulillah. Adik beradik sey tak ramai, ada sorang kakak, dan sorang abang. Masing-masing sudah bekeluarga dan menetap di KL. Sey aje masih di nismilan. 

Kehidupan kota bukan tempat sey. Dulu masa paktikal pernah 4 bulan menetap di KL, keluar pagi gelap-gelap lagi, balik malam pun gelap-gelap lagi. Balik rumah untuk tido. Itu pun sey menumpang rumah abang sey, jarang sekali dapat jumpa mereka. Bila hujung minggu sey balik rumah bonda, ye lah nak buat apa lagi kat rumah abang sey. Lagipun tak nak mengganggu abang sey dan isterinya, baru 2 tahun bernikah, masih lagi honeymoon year sebab wife dia pun baru pregnant masa tu.

Dua hari pertama minggu nie sey bekerja dari rumah. Kebetulan ada beberapa urusan personal yang perlu diuruskan, service kereta, miss y ada kelas memandu, nak semak bil letrik. Ye topik hangat minggu ini adalah bil TNB yang melambung tinggi. Sey pun masa mula dapat bil terkejut beruk juga, tengok bayaran bil yang kena buat bulan nie. Sey pun terkesan dengan kata orang yang kata salah kiralah, harga yahudi lah, TNB saje nayakan orang lah, TNB ambil kesempatan atas PKP lah, dan macam-macam lagi. Sey pun ada juga tengok video orang dok explain lah kenapa diorang kata TNB salah kira. Tambahan pula ada yang dok forward berita-berita tahun lepas, di mana Suruhanjaya Tenaga kenakan tindakan (ayat masa tu akan kenakan) kepada TNB atas kesilapan mengira bil. Sey pun masa tu tengah marah (biasalah sey, bab-bab duit nie memang cepat marah), mudah percaya dengan kata orang. Dalam hati sey, weiii aku dah bayar kot bil tiap-tiap bulan semasa PKP tu. Sey update apa, tengok bil kat online tu. 

Jadi Isnin minggu nie, lepas sey dah kewl down sikit, sey tengok balik bil tu. Sey tengok tarikh pengiraan bil tersebut, sey cari bil sebelumnya, dan sey print resit bayaran yang telah sey buat. Masa tu sey cadang untuk pergi ke kedai TNB esoknya (Selasa). Lepas tu sey teringat web MyTNB, jadi sey pun login. Nie paparan penggunaan elektrik untuk rumah sey.



Jadi bila tengok-tengok balik, bayaran yang sey dah buat sebelum nie semua estimate sahaja, kalau ikut pengiraan di bil yang dicetak, jumlah bayaran yang sey perlu buat untuk bulan ini dah tolak bayaran 2 bulan yang sey dah buat, iaitu bulan April dan May. Cuma masa tu, bacaan yang diberi cuma anggaran sahaja. Bermula bulan Jun, bila mereka buat penggiraan sebenar, bil terkini sudah tolak bayaran yang telah sey buat (eh ayat berulang lah pulak). Cuma bila dia kata pro-rate tu, yang ini sey tak nampak sangat, sebab bacaan dikumpul pada bulan Jun. Anyway, sey fikirkan logik juga sebab sey memang percaya pengguna semasa PKP tu meningkat, dengan aircond selalu pasang waktu siang, dengan penggunaan komputer, TVs, dan macam-macam lagi. So sey oklah walau terpaksa bayar double bulan nie, eh bulan depan (kalau ikut akaun kira-kira sey). So korunk, tengok bil tu betul, jangan cepat melenting (macam sey awal-awal). So kalau prorate dalam pengiraan sey, semasa bulan April dan Mei tu, bil sey dalam anggaran 350 sebulan, tambahan 25% lah..lebih kurang. 

Tak jadilah sey gi kedai TNB Selasa tu.



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?