Pages

Tuesday, April 14, 2020

MCO Day 28: Cukup 4 minggu sudah

Salam,

Harinie genap 4 minggu Malaysia menjalani (betul ke guna perkataan nie?) Perintah Kawalan Pergerakan atau Movement Control Order. Esok PKP bersambung lagi dan bermula fasa ketiga PKP. Fasa ketiga akan berakhir pada 28 April. Besarlah harapan sey agar ini adalah fasa yang terakhir. Masa tu inshaAllah Ramadan pun sudah bermula. Sey takdo lah kisah sangat kalau Ramadan dah mula pun sebab takdo apa yang kurang. Kalau pasal solat sunat tarawih, rasa semenjak ada miss y nie solat sunat kat rumah je, agak jarang-jarang ke surau sebab tak mau kehadiran miss y ganggu jemaah lain. Walaupun miss y masa kecil, miss t pun, tak banyak karenah, tapi manalah tau kan. Kalau pasal berbuko, dah biasa dah buko masak sendiri, kadang-kadang aja pergi PaRam. Yang mungkin agak terkesan adalah solat sunat Aidil Fitri, yang ini memang tak pernah miss lagi solat berjemaah ramai-ramai. Paling rindu solat raya kat Brisbane, di padang Munro Park, beratapkan langit biru. Dulu, masa sey jadi anak perantau, Hari Raya jatuh pada waktu Spring, awal dan hujung Spring. Masa mula-mula sampai sana 2007, tengah-tengah Spring, sebelum balik Malaysia for good, puasa semasa Winter, raya hujung Winter tak silap. Perrghhh best. Nyaman je.

OK kalau yang nie sey tak kisah sangat, apa yang sey terkilan. Sey nak balik kampung jumpe Bonda lah, dah 4 minggu tak balik weiiii....

Harinie sey masak asam podeh ayam yo. Sey nie masak takdo lah handal, tapi setakat basic-basic nie ok lah. Ini pun sebab kena poi tompek oghang, mano ado kodai makan cam sini, takkan hari-hari nak makan pizza Abra, Nandos St Lucia atau West End atau Queen St, filletOfish Macca, kebab Toowong atau Indooroo, fishNchips George, nasi briyani Miss India, chicken butter rice Queen St, nasi ayam kat West End, pizza Moorooka, fried chicken Fortitude Valley, sandwich Merlo QUT, kuay teow goreng Satay Club, sushi Hanaichi.......

.............................................<pause kejap, terkenang semasa dulu>.........................................

Banyak tempat makan halal kat Brisbane tu, but still, bila ko bayangkan sedolar = 3 ringgit takkan ko laratnye nak makan luar selalu. Masak lah weiii, lagipun tekak melayu, memang carik nasi selalu. Nak-nak oghang nismilan, nak podehnyo, nak masak kuningnyo...hai hai hai....kira sey master cooking skill maso kek brisbane lah....

Ok balik ke pangkal jalan, nie sey berangan nak jadi utuber amik video kejap.


Asam podeh nie den dah masak masa anak dagho lagi. Ado acik kedai runcit nie ha ajar omak sey, dio kato, akak cubolah masak ayam tu asam podeh, asyik masak bersanton yo...haaa memang sodap tul asam podeh ayam.... mokasih lah acik, tak tau lagi acik tu ado lai ko tak, kodai runcit eh dah lamo tutup.


Sekian.....

Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?