Pages

Thursday, July 26, 2012

Borang soal selidik

Hari ini menyudahkan dua borang soal selidik yang bilangan muka suratnya tidak kurang dari 10 muka surat dengan bilangan item tidak kurang daripada 60 untuk setiap borang tersebut...huhuhu...ambil masa 1 jam lebih dari masa kualiti aku.



Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

Wednesday, July 11, 2012

Harta dan Kekayaan


Dari Abu Darda` ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Tidak ada suatu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: Dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: ‘Wahai sekelian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit (rezki) serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat’; dan tidak masuk matahari (terbenam matahari) melainkan ada di kiri kanannya dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: ‘Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah swt’.” (Imam Ahmad dan Ibn Hibban)