Pages

Wednesday, July 11, 2012

Harta dan Kekayaan


Dari Abu Darda` ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Tidak ada suatu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: Dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: ‘Wahai sekelian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit (rezki) serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat’; dan tidak masuk matahari (terbenam matahari) melainkan ada di kiri kanannya dua malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: ‘Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah swt’.” (Imam Ahmad dan Ibn Hibban)     






so....dah lame tak menulis di sini, kali nie mmg masa menjadi faktor utama. kadang-kadang ada juga curik masa untuk menulis, tapi bila nak mula tu....alamak....apa nak tulis... hmmmm...tak tau la ini yang dikatakan writer's block atau tanda-tanda penolakkan, atau tanda-tanda aku nie dah tua, dah tak boleh buat lebih kerja dalam suatu masa. tapi bila dah log out... bila2 masa aje idea nak menulis tu datang, nak tulis pasal ini laa..itu laaa... nak update pasal ini laa...itu laaa....masa tu pulak idea mencurah-curah... hai... aku anggap ini semua dugaan aku untuk menulis.

kenapa aku copy dan paste hadith di atas....ntah laaa... terpanggil pulak untuk mencari hadith pasal mencari kekayaan nie. aku nie mmg jenis skeptical, pelik melihat orang yang berusaha mencari income tambahan, walhal bagi aku apa yg dia dapat skrang tu, sudah cukup memadai. aku juga pelik, bila ada yang membeli barang-barang berjenama yang mahal tetapi bayar secara ansuran. aku pelik, kalau mampu, beli aje la terus, kenapa nak ansur2 bayar. kenapa nak berhutang. kalau la umur pendek, hutang tu macammana, sapa nak bayar? waris? kalau la barang tu ada wear and tear, dah la tak abis bayar, barang sudah down grade, kena orang lain pula membayarnya...adeh....

yes i know, why should i make a fuss about this, it's none of my business. mesti aku akan dengar ayat klise ini, "aku punye duit, apsal ko nak sibuk, aku punye hutang, ko nak susah hati kenapa". yela...aku ingatkan aje, hutang kena jelaskan. hutang tetap hutang, kalau tak jelas, esok kat akhirat kena tuntut, camne tu... dah la tunggu giliran lama utk dihisab, bila giliran sampai, kena banyak benda dihisabkan... hmmmmm

sama juga yang rasa apa yang dah ada tu tak cukup....nak tambah lagi.... mungkin mengejar kepuasan agaknya, tapi kepuasan ape? kalau kekayaan itu dikongsi dengan golongan yang sepatutnya, aku sokong. tapi kalau kekayaan itu untuk keluarga sendiri, kononnya utk memastikan yang kehidupan akan datang akan terus senang dan lenang dan penuh kemewahan.....aku tak setuju....mesti ada yang cakap, eh betul apa, aku save money for my children. ye tak salah...save laa... tapi zakat, sedekah kepada fakir miskin jgn lupa. pada harta kita tu, ada yang berhak ke atasnya. bukan utk kita aje. lagipun, mana kita nak tahu masa depan tu ada lagi. simpan la berpada-pada.

kadang-kadang aku pun rasa penat bila tengok orang dengan kesenangan yang melampau, membeli sesuatu yg tak perlu pun.

peringatan untuk diri sendiri juga.




Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?