Pages

Friday, August 19, 2011

Ramadhan 1432: the Medication

Sebelum aku meneruskan catatan hari-hari terakhir aku bersama abah, aku di sini ingin merekod ubat-ubat yang perlu diambil oleh arwah setiap hari. Sebeban juga la. Sampaikan aku turut risau melihat ubat-ubat tu. Aku tertanya-tanya boleh ke arwah abah mengingat ubat-ubat yang perlu diambilnya itu. Kerap kali juga la aku bertanya, "abah, abah boleh ingat semua ini abah?" Bukan aku tak percaya. Abah jenis orang yang sangat terperinci. Setiap perkara, aktiviti akan dicatatnya. Abah juga la yang memperkenalkan aku dengan diari harian, mengajar aku bagaimana untuk mencatat perkara-perkara yang penting. Cuma, memori abah akhir-akhir ini sedikit terganggu, sedikit nyanyok, kesan dari ubat-ubat yang diambilnya itu.



Satu lagi yang buat aku gusar, katakan dalam keadaan darurat, seperti abah sakit kuat, sudah tentu abah tak dapat nak bagitau ubat mana yang perlu diambil. Bila tanya mak, mak pun cakap mak tak tau. Kata abah, abah dah pun tulis jadual pemakanan ubatnya atas sehelai kertas, tapi kertas tu pun aku tak tau ke mana. Jadi semasa abah berada di hospital, kali terakhir itu, aku mengambil inisiatif untuk mengetahui ubat-ubat yang perlu diambil oleh abah. Langkah pertama yang aku buat adalah membeli pill organiser box untuk tempoh seminggu x 4 kali sehari (lebih kurang macam gambar kat bawah).


Langkah kedua, aku curi masa nurse yg jaga abah aku kat hospital, minta nasihat berkenaan ubat-ubat abah. Aku bawa sekali semua ubat-ubat abah, walaupun aku tau hospital ada rekod semua tu, tapi dengan ubat-ubat tu, dapat la aku kenal mana satu. Kalau bagi nama ubat tu, meraba juga aku nanti. Oh ya, sebelum mula puasa, aku ada tanya abah, "bah, abah nak puasa ke tahun nie". "puasa" jawab abah ringkas. Aku kata lagi, "abah, dalam keadaan abah nie, abah boleh tak puasa". "abah tau, tapi sayang pulak tak puasa, kesian kat mak nanti". Abah semenjak akhir-akhir ini memang agak risaukan mak. Risau kalau abah tak makan, mak pun tak makan. Abah pun akhir-akhir ini sangat kurang selera makan. Kalau abah boleh makan 5 suap tu memang sangat bertuah la. Biasanya 2-3 suap aje abah dapat makan. Itu pun seleranya sudah tertutup. Dulu abah macam aku, eh....aku yg macam abah. Semua boleh makan, semuanya sedap. Tak terlintas pulak aku ketika itu, Allah dah tarik satu lagi nikmat, deria rasa, yang dipinjamkan pada abah. Alhamdullillah, beberapa minggu sebelum puasa, aku kerap balik Seremban dan masakkan untuk mak dan abah. Mak pun tak berapa sihat. Mungkin nak ambil hati aku, abah nampaknya berselera makan.

OK, berbalik pada ubat tu. Bila abah kata dia nak puasa juga, aku tanya la,"bah, abah takde ubat-ubat yang kena ambil tengahari ke?" Kata abah, "takde, sehari dua kali aje." Kata abah lagi, ubat yang sama dia kena ambil untuk pagi dan malam. Tapi semasa aku bertanyakan nurse, rupanya ada ubat yang siang abah kena ambil tapi malam tak payah. Ada yang kena ambil 3 kali sehari. Adeh...rupanya abah termiss jadual ubat nih. Yela, tak boleh salahkan abah 100%, aku sendiri pun belum tentu boleh ingat. Inikan abah yang dah berumur.    Jadi untuk ke sekalian kalinya, aku belajar nama ubat-ubat yang abah perlu ambil dan catatkan jadualnya. Aku nak letak semua ubat-ubat tu dalam pill box, sebab tak semua ubat hospital beri, kerana jika pesakit ada ubatnya sendiri, pesakit guna ubat sendiri. Lagipun ubat tu hospital tu juga yang bekalkan, sebab tu boleh camtu. Berikut adalah ubat-ubat yang perlu abah ambil dan jadualnya.

1. Cardura (untuk buah pinggang) 1 kali sehari (malam).
2. Imdex isosorbide-5 mononitrate (untuk jantung) 1 kali sehari (pagi sebelum sarapan).
3. Calcium carbonate 2 kali sehari (pagi dan malam).
4. Bisoprolol (concor) 5mg (untuk jantung) 1 kali sehari (pagi).
5. Simvastatin (zocor) 20mg (untuk kolesterol) 1 kali sehari (malam).
6. Angsobide  (untuk jantung) 3 kali sehari (pagi, tengahari dan malam).

Dan juga vitamin-vitamin yang perlu diambil:
1. Iron tablet 2 biji 1 kali sehari (pagi).
2. Folic acid 2 biji 1 kali sehari (pagi).
3. B complex 2 biji 1 kali sehari (pagi).
4. Vit. D 2 biji 1 kali sehari (pagi).

Bila dah dapat penerangan daripada nurse tu, aku pun terus masukkan ubat-ubat ke dalam slot tertentu pill box tu. Yang akan tak tau (sudah pastinya, hanya Allah yang maha mengetahui), aku buat semua nie sehari sebelum arwah meninggal dunia. Dan arwah hanya menggunakannya sekali sahaja. Kerana selepas tu arwah tak sedar kerana morfin dose yang tinggi yang terpaksa doktor berikan untuk mengurangkan rasa kesakitan yang abah tanggung.

.........Tak dapat aku nak berkidmat lama untuk abah..........


Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?